Skip to main content

Posts

Showing posts from June 24, 2014

Malaysia tak perlu ISIL, pelampau Umno - Zolkifly Md. Lazim

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan penganut agama tidak memerlukan kumpula pelampau ala Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL).
Justeru, AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim dalam kenyataannya berkata, kenyataan terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah membayangkan Perdana Menteri menyokong unsur keganasan antarabangsa dalam konteks Malaysia ini.
"Malaysia tak perlu unsur ganas. Malaysia tak perlu pelampau asabiah macam Umno yang hanya tahu rasuah dan tipu Melayu," respons Zolkifly semasa dihubungi tadi.
Menurut beliau, iltizam politik Najib mahu Umno bak ISIL sekaligus boleh menggadaikan kehormonian rakyat di tanah air ini.
"Cina MCA, India MIC dan seluruh parti asabiah Sabah Sarawak perlu menyatakan pendirian untuk sokong unsur keganasan 'ISIL Malaysia' ini, atau sokong keharmonian rakyat yang sedia ada sekarang," tegas Zolkifly lagi. 
Zolkifly yang juga Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pin…

Adakah Najib Razak mahu Umno jadi kumpulan pelampau di Malaysia, bak ISIL?

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno mencontohi Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) demi mempertahankan servival parti di tanah air ini, walhal ISIL nyata adalah kumpulan pelampau yang sanggup mengempur kawasan awam hatta mengorbankan jiwa di Iraq.
Najib, Presiden Umno meluahkan hasrat aneh itu semalam pada majlis ulangtahun ke-20 parti peringkat Bahagian Cheras, lapor portal MalayMailOnline.
"Sebagai contoh, apabila seseorang berani untuk berjuang untuk kematian mereka, mereka dapat mengalahkan pasukan yang lebih besar.
"Sebagai bukti - sama ada kita bersetuju atau tidak adalah perkara yang lain - kumpulan ISIL dengan kekuatan hanya 1,300 orang, boleh mengalahkan tentera Iraq 30,000 askar, sehingga empat, lima jeneral dengan (pangkat) tiga, empat bintang (paku) lari menyelematkan nyawa mereka, melompat keluar tingkap pada waktu malam. Mengapa? Sebab, mereka takut dari orang-orang yang berani," katanya kepad…

Kalimah Allah: Bila nak haram ‘bahasa Kristian’? – Wan Saiful IDEAS

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketetapan Mahkamah Persekutuan tolak isu rayuan kalimah Allah menerima meinggalkan reaksi ahli profesional di Facebook hari ini.
Salah seorangnya, Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan (kiri) pagi ini turut dikesan memberi respons secara tidak langsung pada isu malar segar tersebut.
“Selepas ini, apa kata haramkan Bahasa Inggeris, kan bahasa Kristian tu?” tanya dia, seolah-olah menyindir kaedah isu Kalimah Allah diuruskan di tanah air ini.
Pagi semalam, rayuan Ketua Bishop Gereja Roman Katolik mengenai rayuan penggunakan kalimah Allah didengar oleh panel yang diketuai sendiri Ketua Hakim NegaraTun Arifin Zakaria di Putrajaya.
Dalam kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dekat Putrajaya, ia tidak didengar secara automatik tetapi kebenaran terpaksa diperolehi terlebih dahulu.
Selain Hakim Arifin, hakim-hakim terkemuka di negara ini akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim T…

Kenali 10 pulau paling indah di dunia

1. Pulau Maldives
2. Pulau Seychelles


Terdahulu, telah disebut bahawa Pulau Maldives mengisi tempat pertama 10 pulau paling indah di dunia.

Pulau Seychelles terletak di Republik Seychelles, dekat Timur Afrika atau lebih tepat di Utara-Timur Pulau Madagascar.

Pulau Seychelles merupakan antara 115 kepulauan di Lautan Hindi.

Pulau ini cukup indah tropikanya, tak kurang hebatnya berbanding Pulau Maldives.

Menyelam, snorkeling, belayar dan memancing antara kegemaran pelancong yang berkunjung ke pulau indah ini.

Bagi yang mahu menggenggam impian dengan usaha serta doa berterusan kepada Ilahi untuk ke Pulau Seychelles, elok rancang perjalanan sebaik mungkin.

Ini kerana, pulau ini kaya dengan beberapa perayaan tradisi yang cukup hebat dan meriah.

Pada bulan Januari saban tahun umpamanya, Piala Pelayaran Seychelles dianjurkan.

Penganjuran Kejohanan Joran & Memancing Antarabangsa pula dijadualkan pada bulan November saban tahun.

Bagi mereka yang menikmati snorkeling, elok menyertai "SUB…

Gerakan koperasi penjaja mampu banteras 'Along' - Zolkifly Md. Lazim

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
BUKIT GELUGOR - Gerakan Koperasi yang dilaksanakan di Ropewalk Bagan sejak tahun 2007 bukan sahaja berjaya mencegah aktiviti 'along' ke atas kaum penjaja berwajib, malah Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) berjaya mencapai sifat hutang tak berbayar (NPL) kini. 
Penasihat KPATSBB, Zolkifly Md. Lazim berkata demikian pada majlis penubuhan jawatankuasa penaja Koperasi Penjaja Astaka Taman Tun Sardon di sini, semalam.
"Tak guna kita hanya cabut risalah ceti haram ini atau halau mereka dari tempat berniaga kita kerana penjaja akan tetap cari along sebab perkhidmatannya cepat, mudah, warga emas atau yang blacklist bank pun boleh pinjam.
"Tapi, kita kena sedia sistem pinjam meminjam yang jauh lebih baik untuk angkat suara serta martabat penjaja di negeri ini," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang.

Pengerusi KPATSBB, Nasoruddin Shah Mat dan Abdul Halim Omar (Pengerusi Persatuan Penjaja Astak…

AS-China alih perang ke Asia Tenggara, apa persiapan Malaysia?

LANGKAH pemerintah Amerika Serikat mengubah fokus mereka ke Asia akan semakin membebani Indonesia sebagai negara berpengaruh di ASEAN. Indonesia dituntut memainkan peranan pendorong dan penyeimbang berbagai konflik di Asia.
Hal ini disampaikan oleh Professor Ann Marie Murphy, peneliti senior di Weatherhead East Asia Institute, Columbia University.
Menurut Murphy, Indonesia akan memiliki peran penting dalam menyokong ASEAN dari belakang.
“Amerika Serikat menganggap Indonesia adalah perekat yang menjaga persatuan Asia Tenggara. Sejak zaman Soeharto memiliki kepentingan untuk menjaga stabilitas regional dan menjaga kesatuan antar negara Asia,” kata Murphy pada Forum Terbuka USINDO, Jakarta, 24 Juni 2013.
Selanjutnya, baca entri asal berjudul Penempatan 60% Tentara AS di Australia : 8 Tahun Lagi, Perang Beralih ke Asia Pasifik!

Pertahan 6 faktor kekuatan Umno atau tutup lemah Najib, tanya PAS P.Pinang

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Pertahan enam kekuatan Umno sebagaimana digariskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini semata-mata untuk menutup kelemahan perdana menteri itu, kata AJK PAS Pulau Pinang Zolkifly Md. Lazim.
"Umno kata kesetiaaan sama ada senang atau susah, tetapi yang jelas adalah khianat apabila seorang ADUN Umno Pulau Pinang dapat projek (RM280 juta hingga RM315 juta) UiTM Kampus Pasir Gudang sedangkan ramai lagi Melayu yang layak," ujar Zolkifly yang juga Pengarah Lajnah Ekonomi PAS Pulau  Pinang, tadi.
Justeru, Zolkifly tidak menolak kemungkinan bahawa "Enam Kekuatan Umno" yang didakwa sebagai kelemahan Najib itu mungkin untuk mencegah kemaraaan pasukan gandingan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam parti asabiah dalam masa terdekat ini.
Dalam perkembangan lain, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr. Afif Bahardin (Exco Kerajaan Pulau Pinang)  turut mempersoal skandal terbaru Umno t…

Cucu lali gurau P.Ramlee di 'paras kaki' Sharnaaz

PETALING JAYA - Selepas menyifatkan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee di 'paras kaki' menerusi laman sosial Facebook, artis kontroversi Sharnaaz Ahmad boleh berkata itu gurauan saja.

“Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami.
“Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja,” kata Sharnaaz, dipetik dari satu media arus perdana.

Ini, respons cucu P. Ramlee, Najua Nasir, 28.
“Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai tentang Allahyarham.
“Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya.
Hebat sungguh P.Ramlee kerana tajam mengkritik kebobrokan pemimpin Umno pada zamannya, sampai sekarang beliau dikenang dan diperlekeh oleh pihak yang tidak seagung seniman berkenaan.

Isteri Guan Eng nasihat jangan pinggir kanak-kanak, ibu bapa tunggal

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH - Pertubuhan Wanita Mutiara (PWM) meraikan kira-kira 100 kanak-kanak serta 50 ibu bapa tunggal dari enam rumah kebajikan terpilih melalui satu majlis Jamuan Teh Hari Keluarga di sini, semalam.

Pengerusinya, Betty Chew Gek Cheng semasa merasmikan majlis buat julung-julung kalinya menyeru semua pihak berwajib supaya tidak mengabaikan hak golongan terpilih berkenaan.

"Semoga penganjuran ini memberi sedikit sinar bahawa mereka yang terpilih ini tidak pernah dipinggirkan," ujar Betty Chew yang juga isteri kepada Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.


Menurut Betty Chew, tanggungjawab serta pengorbanan golongan terpilih ini dalam memperjuangkan kehidupan masing-masing sebenarnya tidak ternilai, hatta tidak boleh dibeli oleh wang ringgit.

Difahamkan, semua golongan terpilih yang diraikan itu dari enam rumah kebajikan, iaitu House of Hope, Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang, Rumah Seri Cahaya, Women's Centre for Change (WCC), Pusat Perkhidma…

Bijak urus tazkirah Ramadan P.Pinang, nasihat Exco Agama

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Pentadbiran masjid dan surau perlu bijak dalam mengurus program tazkirah sepanjang Ramadan memandangkan Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang program pengimarahan sepanjang bulan ibadah ini, nasihat Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
"Pihak masjid perlu bijak menyusun tazkirah berkenaan, jangan sampai ia mengganggu kelancaran solat terawih dan keselesaan para jemaah," respons Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, semalam.
Beliau berkata demikian, selepas majlis perasmian Penang Suoq Ramadan 2014, yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Menurut Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung, pihaknya turut menggalakkan solat taraweh 20 rakaat, walaupun sesetengah tempat memilih untuk mengadakah ibadah sunat tersebut dalam 8 rakaat sahaja, diikuti tiga rakaat solat sunat witir.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memperken…

Kenapa 'ADUN Umno P.Pinang' dapat projek UiTM Pasir Gudang, tanya Afif Bahardin

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen kononnya kos sebenar pembinaan UiTM Pasir Gudang antara RM280 hingga RM315 juta turut dipertikan oleh ADUN PKR bagi Kawasan Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.
"Namun, satu projek yang jika ditanggung kerajaan UiTM terikat dengan sewa sekitar RM56 sehingga RM69 juta selama 23 tahun. 
"Secara tidak langsung kosnya adalah sekitar 4 kali ganda lebih besar dan dikhuatiri membebankan UiTM," ujar Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, semalam.
Justeru, beliau mendesak Putrajaya supaya mengemukakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) berhubung skandal terbaru berkenaan.
Terdahulu, Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Pandan, Rafizi Ramli mula-mula mendedahkan mengenai pembabitan ADUN Umno dari Pulau Pinang.
Menurut Rafizi Ramli, ADUN Bertam Shariful Azhar Othman didedah memegang sejuta saham dalam Cosmic Dimention Sdn. Bhd., …