04 October 2015

Mabuk air ketum & bagaimana menganalisis 'illat-nya?

Usul Fiqh:
MABUK AIR KETUM & BAGAIMANA MENGANALISIS 'ILLAT-NYA?

Kenapa minum air ketum boleh haram sedangkan tiada nas yang soreh lagi sahih daripada Al-Quran atau As-Sunnah atau Al-Ijmak mengenai pengharamkannya?


AL-QIYAS  DAN EMPAT RUKUNNYA
Sebab, diqiyaskan kepada pengharaman arak.

Dari segi bahasa, القياس membawa maksud menentukan sesuatu berdasarkan sesuatu yang lain.

Dari segi istilah pula, qiyas bermaksud melaraskan hukum sesuatu yang tiada dalil dengan sesuatu yang perbuatan lain yang mempunyai dalil, berdasarkan 'illat yang sama.

1. As-Aslu (الأصل) : Larangan meminum arak bermuarakan sabda Rasulullah S.A.W:

كل مسكر حرام 
Maksud:
Setiap yang memabukkan itu adalah haram

[hadith riwayat Al-Bukhari]

2. Al-Far'u (الفرع) : Dilarang meminum air ketum bersandarkan dalil larangan meminum arak.

3. Punca hukum (العلة) : Memabukkan pada arak adalah sama memabukkan pada meminum air ketum.

3. Justifikasi hukum  (الحكم) : Haram meminum air ketum bersandarkan dalil pengharaman minuman arak.


MENGAPA MEMABUKKAN MENJADI 'ILLAT PENGHARAMAN AIR KETUM?

Umumnya, العلة membawa maksud sifat zahir yang tidak boleh digugatkan  (صفة ظهرة منضبطة).

Sebelum mengenal pasti 'illat pada air ketum, elok ditentukan terlebih dahulu, adakah memabukkan itu adalah 'illat pada arak.

Selalunya, fuqaha' akan menyenarai panjangkan semua andaian yang dianggap sebab-musabab pengharaman arak, sebelum mengenal pasti punca hukum (العلة) yang sebenarnya.

Dalam menganalisis punca hukum (تنكح العلة) berpaksikan pada persoalan - "mengapa" haram?

Dan, ada empat jawapan bagi menjawab persoalan "mengapa", iaitu السورة المدة الغاية 

1. Bentuk (المادة)
 Asal arak daripada anggur, adakah semua minuman daripada bahan anggur adalah arak? Air Blackcurrant atau jus agur yang lain adakah turut haram seperti arak juga? Adakah arak seperti Calsberg dan Stoud yang diperbuat selain daripada anggur adalah tidak haram pula? Jawapannya, melihat pada zahir bentuk arak itu sendiri masih boleh digugat (tidak mundhobit), maka ia bukanlah العلة.

2. Gambaran (السورة)
Jika hitam pada gambaran arak diandaikan sebab punca hukum, adakah kopi atau air Rootbeer yang lebih hitam memekat berbanding arak wajar diharamkan? Jika anggur yang peram menjadi arak itu berubah sifatnya kepada cuka, maka tidak pula diharamkan berdasarkan kaedah fiqh (قواعد الفقية):

الحكم يدور مع علته 
Maksud:
Hukum itu berlegar bersama illat-nya.

Jawapannya, warna hitam yang dapat dilihat pada zahirnya masih boleh digugat, maka, ia bukanlah العلة.

3. Pelaku (الفاعل)
Jika Ah Chong pembuat arak tidak semestinya ia menghasilkan arak, dia boleh juga membancuh kopi O untuk pelanggannya juga. Melihat pada zahir pembuat arak semata-mata masih boleh digugat, maka, ia bukanlah العلة.

4. Tujuan akhir (الغاية)
Anggur yang diperah menjadi air akan dianggap air anggur, dan menjadi arak apabila diperam hingga meninggalkan  kesan mabuk pada peminumnya. Maka, memabukkan itu adalah العلة, iaitu sifat zahir yang tidak boleh digugatkan selain daripadanya.

Sesungguhnya memabukkan itu pastinya meninggalkan mudarat yang lebih besar seperti merosakkan akal fikiran, sungguhpun ada maslahah kebaikan yang kecil seperti memanaskan badan peminumnya.

Firman Allah S.W.T:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ 
Maksud:
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..."

[Surah Al-Baqarah: 219]

Tuntasnya, punca hukum (العلة) di sebalik pengharaman arak adalah memabukkan.

Justeru, pengharaman dadah, pil ecstacy hatta air ketum diqiyaskan pada arak atas sebab persamaan العلة, sungguhpun ketiga-tiga benda itu adalah berbeza dengan arak daripada segi sifat zahir lain -  المادة , السورة dan الفاعل.

Dulu, memang ya air ketum asli diminum oleh para petani untuk menjana tenaga untuk memugar kebun.

Tetapi, tujuan akhir (الغاية) meminum air ketum 'berlebihan' atau 'campuran' di kalangan umat Melayu-Islam di kawasan flat dan kampung-kampung di negeri ini belakangan ini benar-benar untuk menikmati kayalan mabuk, sama seperti العلة arak.

Kaedah fiqh menyebut:

الحكم على الشيء فرع عن تصوره 
Maksud:
Hukum atas sesuatu itu mestilah sebahagian daripada gambarannya (yang sebenar).

Wallahu 'alam.


ZAINULFAQAR YAACOB
Blogger

GEORGE TOWN | 9.50 MALAM

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus