30 September 2017

Perlunya DUN P.Pinang gubal enakmen cegah pengusiran paksa...

KOMRAD Karthik dari JERIT di Pejabat SUARAN Pulau Pinang pada jam 10.30 malam 29 September 2017 menjelaskan, rakyat di 26 kampung asal berisiko diusir keluar dari rumah masing-masing, selagi tiada enakmen khusus membela peneroka bandar digubal oleh pemimpin Pakatan Harapan di DUN Pulau Pinang.

Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Politik | Bertempat di Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Pulau Pinang pada malam tadi, telahpun diadakan perbincangan mengenai isu perumahan dan pengusiran paksa oleh tuan tanah persendirian dan pemaju swasta di negeri ini.

Pelbagai wakil pertubuhan bukan kerajaan hadir, daripada Aliran, Serikat Mahasiswa Islam, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) serta beberapa aktivis.

Sebanyak 11 dokumen perbentangan dibuat, termasuk deklarasi “Hentikan Pengusiran Paksa - Rumah Untuk Rakyat” oleh Sdr. Karthik (wakil JERIT - #lihatGambar) sempena sambutan Hari Habitat Sedunia yang akan diraikan pada 2 Oktober 2017 nanti.

Hasil diskusi itu, menimbulkan beberapa tanda tanya, seperti - Tahukah kita bahawa di Pulau Pinang tiada suatu enakmen yang membela kepentingan peneroka bandar daripada risiko pengusiran?

ADUN Seri Delima R.S.N. Rayer sampai terpaksa membuat aduan polis untuk menghalang agensi persekutuan dari merobohkan unit-unit kediaman kuaters Kastam baru-baru ini, kerana tiada enakmen khusus membela penduduk yang diusir.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menegaskan tidak akan melulus sebarang pelan kebenaran merancang yang dimohon oleh tuan tanah/pemaju swasta pun kerana tiada enakmen khusus digubal di DUN untuk mempertahankan hak peneroka bandar yang diusir dari Kampung Mutiara dan Kampung Tok Subuh secara perundangan.

Rakyat, khususnya peneroka bandar dibela di Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri hari ini pro peneroka bandar.

Bayangkan jika Kerajaan Negeri berpindah tangan kepada pembangkang Pulau Pinang yang zalim.

Jika ada enakmen berwajib untuk membela peneroka bandar, setidak-tidaknya undang-undang itu boleh digunakan untuk melindungi kepentingan penduduk dan peneroka bandar yang lain daripada diusir daripada kampung halaman mereka masing-masing nanti.

Sebab itu, dalam sidang DUN Pulau Pinang akan datang, Kerajaan Negeri disyor membentangkan suatu rang undang-undang yang menjamin hak peneroka untuk mendapat ‘rumah ganti rumah’ atau sekurang-kurangnya pampasan setimpal daripada semua pihak berkepentingan. 

Setuju?

Apa makna dasar ekonomi dinamik?

Ini gambar penulis di Pejabat Ketua Menteri dekat George Town. Wanita muda cantik jelita di belakang itu adalah Bos di pejabat. Punya baik Bos ini sampai senantiasa mendorong penulis untuk saling berkenalan dengan rakan wanitanya yang bujang. “Semoga Allah mencurahkan kebahagiaan di  ‘dua dunia’ kepada bos sekeluarga. Amin.” 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob 

DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 


Wacana Politik | Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 25 Mei 2017 secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-Sumber Kewangan Lain) 2017 menjadi enakmen.


Enakmen itu memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri hari ini untuk mendapatkan pinjaman modal pelaburan asing dari luar negara, merujuk tawaran China Exim Bank.


Hasrat meminjam dari China ini kerana Kerajaan Negeri memikirkan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan agensi persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja penambakan laut di Selatan Pulau, demi membiayai RM47 bilion kos Pelan Induk Pengangkutan (TMP) Pulau Pinang.


Ini namanya dinamik ekonomi. Dasar ekonomi yang dinamik akan mendorong pentadbiran Kerajaan Negeri mewujudkan sesuatu yang tidak wujud di DUN Pulau Pinang, menjadi satu enakmen yang boleh dilaksanakan secara perundangan.


Sebenarnya lebih banyak lagi boleh dilaksanakan oleh sebuah Kerajaan Negeri melalui regulasi undang-undang di DUN, jika pemimpin dinamik ekonomi.


Buat masa ini, memanglah Kerajaan Negeri mempunyai kekangan perundangan untuk menubuhkan Penang Own State Bank kerana tiada enakmen digubal di DUN.


Namun rang undang-undang berkaitan Penang Own State Bank ini boleh dibentangkan lalu diluluskan di DUN kemudian, jika Kerajaan Negeri mula memikirkan peri penting melaksanakan industrialization capitalism atau pemodalan besar-besaran kerajaan dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan dan perumahan awam.


Ini lah dinamik ekonomi, bagaimana Kerajaan Negeri memaksimumkan ‘kuasa’ Penang Own State Bank yang 100 peratus milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), ketika Kerajaan Negeri telah sedia menghadapi semua kekangan daripada aspek kewangan perundangan.


Teringat saya pada kata-kata seorang kapitalis industri dinamik bernama Henry Ford, "It is well enough that people of the nation do not understand our banking and monetary system, for if they did, I believe.


Penting tak dasar ekonomi dinamik? - 30 Okt. 2017


Apakah memorandum Dr. Nasir Hashim kepada Ketua Hakim Negara, pada tahun 2007?

NASIR Hashim.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial


Wacana Ekonomi | Ordinan Darurat dimansuhkan pada tahun 2011 setelah diasak oleh pelbagai pihak dan parti-parti oposisi.


Sebelum itu, penggunaan Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan-setinggan) Perlu, 1969, digunakan sewenang-wenangnya oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional untuk melaksanakan pengusiran paksa ke atas peneroka (urban pioneers) dari kampung halaman mereka terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.


Lazimnya Ordinan Darurat ini digunakan untuk mengusir rakyat dari tanah persendirian atau kerajaan, dengan pemberian notis tujuh hingga 14 hari kepada rakyat sebelum operasi perobohan rumah.


Lebih dari itu, peneroka bandar juga turut diugut supaya tidak merujuk kes pengusiran mereka di mahkamah.


Contohnya, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mokhtar Dahalan dalam kenyataannya pada 13 Mac 2007 mengugut tidak akan memberi sebarang pampasan jika peneroka bandar merujuk ke mahkamah. 


Ugutan serupa turut dilafazkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmood di Bangunan SUK Selangor, yang sekaligus meremehkan institusi mahkamah yang dirujuk oleh peneroka bandar.


Rakyat konsistan menuntut rejim melaksanakan program ‘Rumah Mampu Sewa’, bukan mengikut kemajuan pemaju swasta spekulatif memanipulasi aset dan tanah, dengan menjual rumah mewah demi menjana keuntungan berganda dengan dorongan bank.

Selain itu, Mahkamah sendiri seakan mengeluarkan perintah pergantungan pelaksanaan (stay) atau injunksi sementara (interim injunction).


Segala penganiayaan ke atas peneroka bandar ketika itu mendorong pada penubuhan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP), yang bernaung di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).


Menurut badan bukan kerajaan itu, ugutan-ugutan itu bukan sahaja menghina proses mahkamah; malah menyerlahkan tindakan Kerajaan seakan tidak menghormati Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa.


Prof Madya Dr Mohd. Hashim menegaskan Kerajaan telahpun menandatangi beberapa resolusi antarabangsa untuk kesejahteraan hidup serta hak perumahan rakyat, antaranya Deklarasi Habitat Agenda 1992 dah Resolusi Suruhanjaya Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Perumahan 1993.


Tegasnya lagi, pengusiran dan perobohan paksa itu adalah bertentangan Kovenan Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (1966) Perkara 11(1); serta lapan kovenan antarabangsa lain.


Pada 4 April 2007, Dr Mohd. Hashim sendiri telahpun memanjangkan Memorandum kepada Ketua Hakim Negara, YAA Tun Datuk Seri Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim.


Menurutnya, lima tuntutan peneroka bandar kepada YAA Ketua Hakim Negara.


  1. Menilai kembali penggunaan istilah “setinggan” semasa melihat isu peneroka bandar;
  2. Tidak membenarkan penggunaan Ordinan Darurat - (Pembersihan Setinggan-setinggan) Perlu, 1969 dan undang-undang ini harus dimansuhkan;
  3. Meneliti aduan GPBP-JERIT mengenai pemberian interim injuction dan stay;
  4. Mengambil tindakan terhadap mana-mana institusi termasuk Kerajaan Negeri yang menghina proses mahkamah; dan 
  5. Meneliti Kovenan-Kovenan Antarabangsa yang Malaysia sudah memberi komitmen dalam isu berkaitan dengan peneroka bandar.


Memorandum Dr. Nasir Hashim ini telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara pada tahun 2007 lagi, sebelum Ordinan Darurat itu dimansuhkan pada 2011.


Walaupun sekarang ordinan itu tidak lagi digunakan, tetapi pengusiran paksa masih berlaku.


Seperti inisiatif Dr Nasir Hashim, Pakatan Harapan khususnya di Pulau Pinang dan Selangor, perlu menggubal suatu enakmen untuk membela hak peneroka bandar seperti ‘rumah ganti rumah’ ataupun pampasan setimpal.


Ini kerana tanggungjawab Ahli Politik yang hakiki antaranya mengkaji dan mengubal undang-undang di DUN, asalkan menguntungkan rakyat.


Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus