06 March 2012

RMK-10: Mengapa pusat diskriminasi rakyat P.Pinang, tanya @cmlimguaneng

PENTADBiRAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya tidak terus meminggirkan serta mendiskriminasi rakyat Pulau Pinang dari segi agihan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I wajar menambah peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari RM2.88 bilion kepada lebih RM7.2 bilion.

"Memandangkan bahawa RMK-10 telah ditambah sebanyak 10 peratus berbanding RMK-9, maka jumlah peruntukan untuk Pulau Pinang juga harus ditambah 10 peratus daripada RM6.54 bilion di bawah RMK-9 kepada RM7.2 bilion di bawah RMK-10.

"Kegagalan Kerajaan Persekutuan berbuat demikian akan dilihat sebagai tindakan terus meminggirkan rakyat Pulau Pinang atau diskrimanasi terhadap negeri Pulau Pinang," ujar beliau pada sidang media di Kuala Lumpur.

Mengapa SKMM tak siasat blogger Umno fitnah keluarga Guan Eng?



KEWiBAWAAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus dipersoal gara-gara tidak menyiasat beberapa blogger mesra Umno yang didakwa mengfitnah keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Zairil Khir Johari (kiri) berkata, tiada siasatan ke atas PapaGomo, Umno-Online dan Pisau.net seakan mencerminkan bahawa SKMM cuba untuk melindungi blogger mesra Umno berkenaan.

"Adakah SKMM sedang  'cuci tangan', tidak mahu siasat aduan yang saya buat sebelum ini," ujarnya pada sidang media media di Komtar, Gerge Town.

Bila Najib nak MOHON MAAF daripada keluarga Altantuya?

Bila agaknya PM Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memohon maaf daripada keluarga mendiang Altantuyaa Sharibuu ekoran dikaitkan dengan insiden bunuh gadis Mongolia itu menggunakan C4 lebih beberapa tahun lepas?

Itulah telahan saya dan rakan-rakan Jingga 13 Pulau Pinang beberapa hari lepas sebagai reaksi pada tindakan Najib mohon maaf daripada rakyat atas ketelanjuran pemimpin Umno BN melakukan rasuah, penyelewengan kuasa serta kezaliman.

Kenapa permohonan maaf Najib dijenakakan?

Dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selalu minta maaf apabila pentadbirannya dilihat tidak demokratik, tetapi menteri besar itu tidak pula dijenakan oleh rakyat.

Ada betulnya juga Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, "tak cukup minta maaf".

Mungkin Najib wajar menerima cadangan Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan semuan Tun, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika tidak, Najib akan terus dijenakakan - "Bila Najib nak minta maaf dari keluarga Altantuya?"

Terima dengan syarat, kata Phahrolrazi

PENUBUHAN Jawatankuasa Pemandu kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak telah membuka hati dua pemimpin kanan PAS meneriama perlantikan semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Dua exco berkenaan adalah Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh (Timbalan Pesuruhjaya II).

"Yang paling penting matlamat kami tercapai, iaitu inginkan perubahan dalam corak pentadbiran negeri, di mana kuasa nukan lagi diminan pada Menteri Besar dan mesyuarat exco semata-mata.

"Kini, jika ada perbezaan, boleh dirujuk pada jawatankuasa tersebut," kata Phahrolrazi.

Pergolakan dalaman dalam kerajaan Kedah berakhir.

"KE ARAH ERA RAKYAT"

Najib terus dituntut terima cabaran debat Anwar

LEBiH separuh responden Merdeka Center menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka adalah pengundi mewakili 54 peratus responden. 39 peratus adalah Melayu yang rata-ratanya adalah warga emas yang mahu Najin menewaskan Anwar.

Seramai 1,022 pengundi mendaftar melengkapkan kajian Merdeka Centre pada 10 hingga 23 Februari lepas.

59 peratus adalah Melayu, diikuti Cina (32 peratus) dan India (9 peratus).

Keputusan penyeledikan antara lain menggambarkan Najib menerima sokongan untuk mengalahkan Anwar.

Adakah Najib yakin pada dirinya sendiri untuk menyahut cabaran Anwar?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus