Skip to main content

Posts

Showing posts from March 19, 2015

Warga emas terima RM100 bimbang impak GST, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN DALAM - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau turut menerima pelbagai reaksi berhubung impak berantai daripada pelaksanaan 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini ke atas rakyat terbanyak, semasa menyertai beberapa majlis pemberian sumbangan RM100 kepada warga emas di sini baru-baru ini.
“Kita pun tahu impaknya, dan cadangan untuk menaikkan dari RM100 kepada RM200 ini kerana ada warga emas yang ditemui tahu bahawa GST ini akan membebankan lagi hidup mereka.
“Kalau dapat RM500 BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) pun, 6 peratus GST tetap akan menimpa kita semua, tidak kira kita ini adalah orang miskin atau warga emas atau anak yatim dan sebagainya kerana RM500 inipun sebenarnya tidak cukup,” ujar Guan Eng kepada wartawan, pada Majlis Penyerahan Sumbangan RM100 Kepada Warga Emas Peringkat Parlimen Bagan.
Justeru, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sekali lagi menasihatkan Kerajaan Pusat supaya menangguhkan…

RM25 juta Tech-Dome Pulau Pinang untuk generasi hadapan, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri dengan kerjasama sektor swasta akan memajukan Tech-Dome Pulau Pinang bernilai RM25 juta di tapak asal dewan kubah dekat Komtar di sini, yang dijangka siap pada tahun depan.
Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, semua reka bentuk serta ciptaan terbaru dalam bidang sains dan teknologi akan ditempatkan di Tech-Dome Pulau Pinang, agar menjadi sumber inspirasi generasi masa depan.
“Kita (Kerajaan Negeri) sangat percaya bahawa sains dan teknologi begitu kritikal untuk pembangunan peradaban masa depan Pulau Pinang.
“Kalau dilihat pada kegemilangan tamadun terdahulu sekalipun, seperti (peradaban) Islam, China, kedua-duanya gemilang di dunia kerana memimpin pembangunan sains dan teknologi.
“Kita tidak mempunyai sumber semula jadi...salah satu bidang yang kita (Kerajaan Negeri) mesti berusaha untuk mengubah adalah dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan sains dan teknologi untuk generasi masa depan,” jelas Guan …

Kenapa kenyataan rasis Mashitah tiada 'tindakan', tanya Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KOMTAR - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempersoal kewibawaan Putrajaya terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilihat langsung tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan berbaur perkauman oleh beberapa pemimpin negara, belakangan ini.
Gesaan itu sebagai respons pada isu tiada tindakan perundangan ke atas Dr. Mashitah Ibrahim, walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenaan baru-baru ini dilaporkan menuduh orang Cina membakar cebisan Al-Quran di Pasar Besar Alor, Setar Kedah untuk upacara sembahyang.
Justeru, Guan Eng menggesa Putrajaya supaya membendung politik perkauman melampau, serta kembali mengamalkan kesederhanaan tulen sebagaimana dilakukan oleh pemimpin Kerajaan Negeri di Pulau Pinang.
“Di Pulau Pinang, tak kira Melayu atau Cina atau India, kita (Kerajaan Negeri) pilih jalan sederhana.
“Masalahnya orang-orang yang tak ambil jalan sederhana dengan mengeluarkan kenyataan sentimen perkauman, mengapa tidak ada apa-apa tind…

Rebut Piala PYDC dengan semangat berkobar-kobar, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAYAN LEPAS - Perlawanan pembukaan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala PYDC Peringkat Daerah Barat Daya antara Sungai Ara FC dan pasukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Stadium Mini Sungai Ara di sini baru-baru ini akhirnya terikat seri satu sama, hingga minit ke-90.
Sebelum itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berharap, kesemua 16 pasukan atas semangat kesukanan dapat menampilkan persembahan permainan bermutu pada musim liga peringkat daerah tersebut.
“Kita bukan sahaja berhasrat untuk ghairah melihat persembahan Pulau Pinang (Skuad Harimau Kumbang) buru kelayakan ke (saingan) Liga Super pada tahun depan (2016), tetapi, kita juga mahu sukan ini semakin meriah dengan mutu persembahan terbaik di peringkat daerah ini.
“Sebab itu, Kerajaan Negeri melalui PYDC (Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang) buat julung-julung kalinya menganjurkan kejohanan ini, supaya semangat sukan terus berkobar-kobar di kalangan belia, tanpa mengira ka…

RM657,000 agar P.Pinang 'negeri hijau', kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, peruntukan Kerajaan Negeri kepada Penang Gree Council (PGC) berjumlah RM657,000 bagi tahun ini diharap dapat mempercepat lagi impian bersama untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai 'negeri hijau'.
“Sebelum ini sebanyak RM327,000 diperuntukan, tetapi, sekarang telah ditambahkan kepada RM657,000, iaitu tambahan sebanyak RM330,000.
“Insentif Inovasi Hijau Pulau Pinang ini ditambah RM200,000 lagi, daripada RM200,000 kepada RM400,000, untuk mencari penyelesaian yang inovatif, teknologi-teknologi yang inovatif supaya dapat memastikan kehidupan hijau di negeri ini,” jelas Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.
Guan Eng diiringi Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Pengurus Besar PGC, Ting Siew Shuen, serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. Jaseni Maidinsa turut menyempurnakan majlis pelancaran kempen 'Pra…

GST ke atas MPSP dalam semakan Kerajaan Pulau Pinang, kata Maimunah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dianggarkan terpaksa memungut RM1.7 juta daripada pelanggan Seberang Perai susulan penguatkuasaan 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini, manakala, kos perolehan yang bakal ditanggung sendiri oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan adalah kira-kira RM4.96 juta.
Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Shariff bagaimanapun berkata, dokumen anggaran kadar baru bagi perkhidmatan serta perolehan berwajib tersebut telahpun dihantar kepada Kerajaan Negeri untuk semakan lanjut, sebelum dikuatkuasakan oleh agensi Persekutuan.
“Perkhidmatan, contohnya, parkir letak kereta, (sewa tapak) pasar, kompleks penjaja, sewaan bunga dan sebagainya.
“Perolehan, contohnya, kita (MPSP) dapat kontrak membeli barang, ada 6 peratus (GST) di situ, perkhidmatan kontraktor pun akan kena 6 peratus (GST) di situ.
“RM1.7 juta anggaran (daripada sumber) perkhidmatan ini kita (MPSP) terpaksa kutip daripada…

Isu Line Clear: Abdul Latif akui terima lesen sah MPPP, tapi...

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN Penama, Abdul Latif Ali Thulkarunai mengaku menerima lesen niaga bagi tahun 2015 daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini, namun masih tidak diberi laluan untuk menguruskan Warung Nasi Kandar Line Clear oleh pengendali terdahulu.
“Lesen bagi tahun 2015 memang telah dapat daripada MPPP, tetapi, mereka yang berniaga di situ masih enggan lepaskan Line Clear hingga sekarang...sehinggalah ada (ketetapan daripada) mahkamah,” jelas Abdul Latif semasa dihubungi wartawan.
Beliau turut merakamkan perhargaan kepada Editorial akhbar Buletin Mutiarta edisi bahasa Melayu kerana memperbetul info yang telahpun dicetak dalam keluaran lalu.
Terdahulu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan mencampuri perbalahan keluarga berwajib dalam menuntut hak menguruskan warung nasi kandar Line Clear, yang kini dirujuk ke mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, MPPP masih mengeluarkan Lesen Gerai Atas Tanah Persendiri…