01 July 2014

Sedekah yang wajib..?

ZAKAT adalah rukun Islam keeempat, selepas syahadatain, solat dan puasa dalam bulan Ramadan.

Kedudukannya sama wajib dengan puasa dalam bulan Ramadan dan solat fardhu yang lima sehari semalam.


Dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. [Surah Al-Baqarah, 2: 43]

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [Surah At-Taubah, 9:60]
Takrif
Bahasa: bersih, suci, berkembang, membiak, terpuji

Istilah: Harta tertentu yang dikeluarkan dengan syarat-syarat tertentu kepada asnaf tertentu.

Rukun
1. Niat,
Contoh: - Nawaitu an-ukhriza zakatal fitri 'an zaujati fardhan lillahi ta'ala
Maksud: Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas Istri saya, Fardhu karana Allah Ta’ala

2. Berlakunya pemindahan harta daripada muzakki (pengeluar zakat) kepada mustahik (penerima di kalangan asnaf)

Lapan asnaf tersebut, Al-Fuqara’, Al-Masakin, Amil (pemungut dan pengagih zakat), Muallaf (mereka yang baru memeluk Islam), Riqab (hamba yang dibelenggu atau tiada kebebasan diri), Ghamirin (orang Islam yang tidak mampu melangsaikan hutangnya), Fisabilillah (pelajar serta orang yang berusaha melakukan aktiviti meninggikan Islam), dan Ibnus Sabil (musafir yang terputus sumber hidup).

Jenis
1. Zakat fitrah
-Dikenakan kepada seluruh umat Islam, termasuklah hamba sahaya
-Diwajibkan hanya pada bulan Ramadan menjelang Syawal
-Ditunaikan oleh wali ataupun ketua keluarga
-Wajib kepada miskin dan kaya, dengan syarat mereka mempunyai makanan yang mencukupi dari malam syawal hingga esoknya
-Waktu wajibnya ialah sebelum solat Aidilfitri dan tamat setelah gelincir matahari satu syawal
-Kadarnya berdasarkan nilai segantang Baghdad (2.5 kg) makanan asasi di sesebuah tempat, umpamanya.

2. Zakat harta
-Ditunaikan setiap tahun dengan syarat-syarat khusus yang akan dipapar dan dibincangkan di bawah
-Zakat yang benar-benar melambangkan kekayaan umat Islam
-Zakat yang dananya mampu merealisasikan roh dan falsafah sebenar amalan zakat dalam Islam

Syarat Sah Zakat
1. Islam, jika bukan Islam nak tunai zakat, pemberian itu diharuskan berdasarkan dalil:


“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [Surah al-Mumtahanah, 60: 8].

Khalifah Umar al-Khattab pernah memberi zakat kepada Ahli Kitab, sampai dipertikai oleh para sahabat lain.

Saidina ‘Umar membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu, (yang maksudnya) “Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, (sambil) beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah)

- Al-Qardhawi, Fiqh Al-Zakat: 2/707

2. Merdeka,
Bagaimana hamba sedangkan dirinya sendiri dimiliki oleh Tuannya?

Bagaimana, anak-anak yang mumaiyyiz digalakkan atas nama tarbiyyah walaupun belum kewajipan ke atas mereka untuk melaksanakan sendiri.

3. Sempurna milik (al-milk at-tamam)
Harta yang nak dizakatkan itu mestilah 100% dimiliki zat serta manfaatnya.

4. Cukup nisab (hitungan)
Contoh 1 - Zakat Fitrah yang diwajibkan di Pulau Pinang adalah RM6.76. RM7 yang diumumkan itu atas atas alasan dilebihkan sedikit dari kadar asal berdasarkan bab 'ihtiat' (lebih selamat).

Contoh 2 - nilai minima wajib zakat yang ditentukan kepada harga semasa 85 gram emas pada satu-satu masa.

5. Cukup haul (al-hawl) – yakni, genap tempoh masa setahun.
Adalah lebih afdhal menggunakan tempoh haul berdasarkan tahun Islam, kerana ia lebih tepat berbanding tahun Masehi.

Maqasid zakat 
1. Hapus kemiskinan
2. Sambung persaudaraan
3. Membersih jiwa

Apa yang ZPP buat?
ZPP sasar kutipan RM4.3 juta zakat fitrah daripada 580,000 umat Islam Pulau Pinang pada tahun ini. Kutipan tahun lalu direkodkan RM4.2 juta. (Sasaran keseluruhan termasuk zakat komersial RM90.5 juta)

Tahun ini, seramai 9,156 orang layak menerima sumbangan hari raya nanti, iaitu 740 di bawah asnaf fakir dan 8,416 di bawah asnaf miskin.

206 keluarga asnaf terima rumah zakat RM35,000 sejak tahun 2008. Tahun ini sahaja, kita membina 10 unit rumah di seluruh Pulau Pinang dengan nilai agihan RM3,056,900, dan baiki lebih 20 rumah asnaf terpilih dengan nilai agihan RM194,664.20.

Seramai 8,371 orang menerima RM14.1 juta untukPendidikan Asnaf sepanjang tahun lepas, manakala, 3,103 lain menerima RM1.8 juta untuk bantuan persekolahan.


Wallahu 'alam

UG cetus Projek Langgar Hadi dulu - Aduka Taruna

Di bawah antara komen Aduka Taruna di facebooknya:

Ustaz Din Ayam kata stupid. Hello... Orang bercakap berdasarkan rekod dan fakta. Yang stupid adalah bapa mertua lu. Hadi Awang.
Kalau tak kerana kami bermati2 bantah kerajaan perpaduan, hari ini sudah berbeza lanskapnya.

UG ni buka tutup, buka tutup. Lepas Nash menang pemilihan muktamar, Hadi buat sidang media UG (buka semula). 10 MP PAS segera sign bantah. Media buru Hadi.
Hadi lari ke luar negara dan buat kenyataan di sana UG ditutup. Idea UG hanya di zaman Paklah. Bila Hadi balik Malaysia, gua ke Rusila.
Bila gua tanya Hadi kenapa menipu UG hanya di zaman Paklah sedangkan sidang media dan 10 MP bantah UG di zaman Najib?
Hadi terus berubah air muka. Lari ke rumah. Gua follow untuk penjelasan. Puluh pengikutnya rampas peralatan rakaman. Belasah. Hadi menyorok belakang Fortuner no plate PAS 12.

MPSP kuatkuasa kadar baru sewa pasar awam, kompleks jaja 1 Sept.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menguatkuasa kadar baru sewa gerai di 65 kompleks makanan dan 28 pasar awam mulai 1 September depan memandangkan jumlah kutipan kini sebenarnya tidak cukup untuk menampung kos operasi dan sewaan berwajib.

Yang di-Pertuanya Maimunah Mohd. Sharif bagaimanapun berkata, kadar sewa baru itu masih antara terendah berbanding yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang lain.

“Contoh untuk gerai tertutup (berbumbung tak berkunci), kadar baru RM6 dari (kadar asal) RM3 sehari, ini pun air dan api kita (MPSP) bayar. Pembersihan dan kerja-kerja baik pulih pun kita buat berdasarkan aduan penyewa

“Kadar sewa baru ini ditetapkan berdasarkan kepada jenis jualan, lokasi gerai dan sambutan pelanggan, tidak langsam seperti dulu,” ujar Maimunah kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini baru-baru ini.


Tiga Ahli Majlis bagi MPSP, Tan Cheong Eng, Rezal Huzairi Md. Zaki, Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media itu.

Maimunah menjelaskan, jumlah kutipan sewa gerai bagi tahun 2010 sebanyak, RM5.1 juta, diikuti, RM3.4 juta (2011), RM3.3 juta (2012) dan RM3.4 juta (2013).

Manakala, jumlah perbelanjaan berwajib pula, katanya, RM2.3 juta bagi tahun 2010, diikuti RM2.2 juta (2011), RM4.7 (2012) dan RM4.4 juta (2013).

“Kutipan bagi tahun 2010 agak tinggi kerana termasuk bayaran tertunggak tahun sebelumnya...(manakala) perbelanjaan meningkat sebab kerja-kerja menaik taraf pasar, serta sebab kos operasi dan utiliti meningkat,” jelas pegawai berwajib MPSP pada sidang media yang sama.

Cheong Eng pula memberitahu, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mampu lagi menangguh kos utiliti dan penyelenggaraan disebabkan kesan berantai pada langkah Kerajaan Pusat menaikkan harga tarif elektrik dan sebagainya.

Kadar sewa bulanan lama antara RM30 hingga RM120, berkuatkuasa pada 1 Januari 1992.

Mesyuarat Majlis Penuh pada 23 Mei lepas meluluskan kadar sewaan bulanan baru, antara RM60 hingga RM240.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng sebanyak dua kali bermula pada tahun 2009 mengabaikan syor Putrajaya untuk menaikkan cukai pintu di seluruh Pulau Pinang.

Ini kerana, beliau pernah berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu menambah lagi kos sara hidup rakyat yang berpunca oleh langkah Putrajaya menaikkan harga minyak, tarif elektrik hingga harga barang dan inflasi melambung naik.



YDP MPSP perjelas status Uptown Perda

(Dari kiri) AHMAD Kaswan Kassim, Shaqhrony Md Yusoff @ Jamaludin, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif, Rezal Huzairi Md. Zaki, Tan Cheong Eng menunjukkan sijil Anugerah Floria President’s Award, pada sidang media di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - 75 penjaja berlesen asal dibenarkan kekal berniaga di tapak jaja sementara Uptown Perda sehingga hujung tahun, manakala, tambahan 205 peniaga lain hanya sempena bulan Ramadan ini sahaja.

Menurut Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Sharif, ketetapan terbaru itu dibuat selepas mempertimbang permohonan daripada penganjur, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Simpang Empat.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) masih berhasrat untuk menjadikan Jalan Perda Selatan di sini sebagai tapak jaja baru Uptown Perda mulai tahun depan.

“Jumlah penjaja yang yang dibenarkan, (iaitu) 75 penjaja berlesen dan (205 penjaja lain) sampai ke Restoran Route 69 sebenarnya tidak bertambah, sama jumlahnya seperti tahun lepas.

“Untuk tahun hadapan (2015), kita akan bincangkan semula keputusan sebelum ini untuk menempatkan mereka ke Jalan Perda Selatan,” jelas Maimunah kepada wartawan, di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Ke-480 Bil.6/2014  MPSP.

Tiga Ahli Majlis bagi MPSP, Tan Cheong Eng, Rezal Huzairi Md. Zaki, Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media itu.

Hadir sama, Setiausaha bagi MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Shaqhrony Md Yusoff @ Jamaludin (Ketua Jabatan Lanskap MPSP).

Maimunah berkata, penganjur Uptown Perda diharap dapat memperbaiki mutu pengurusan Uptown Perda supaya isu malar segar seperti kesesakan trafik, penjajaan tanpa izin, kebersihan yang dibangkitkan sejak beberapa tahun lepas tidak lagi berulang kelak.

Ketetapan terbaru itu sekaligus memadam spekulasi pihak tertentu kononnya Uptown Perda yang menjadi salah satu simbol pusat jaja etnik Melayu cuba ditutup oleh PBT.

Dalam perkembangan lain, Maimunah turut memaklumkan bahawa MPSP berjaya mendapat Anugerah Floria President’s Award dalam Festival Flora dan Taman Floria Putrajaya 2014 baru-baru ini.

Cipta robot mirip ‘R2-D2’ Star Wars jadi johan a’bangsa - Guan Eng

KETUA Menteri (lima dari kiri), Mohd. Rashid Hasnon (enam dari kiri) dan Abdul Malik Abul Kassim (paling kanan) mendengar penjelasan mengenai keistimewaan robot pintar tersebut daripada salah seorang bakat Pulau Pinang terbabit di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Reka cipta robot mirip ‘R2-D2’ dalam filem fiksyen terkenal Star Wars akhirnya melayakkan empat mahasiswa INTI International College Penang dipilih sebagai johan pertandingan antarabangsa Laureate Award for Excerllence in Robotic Engineering di Sepanyol baru-baru ini.

Mereka, Toh Yi Feng, 21, Chung Soon Zhi, 21, Koh Kah Seng, 20, dan Lee Joo Han, 22, di bawah guru penasihat, Bryan Chong Fook Lim, 51.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam satu majlis sumbangan memberikan sijil penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka sebagai menghargai bakat anak Pulau Pinang terbabit.

"Ini, contoh bakat yang ada di Pulau Pinang dalam (bidang) reka cipta robot," kata Guan Eng pada sidang media tersebut.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

Menurut Guan Eng, pencapaian bakat dari kolej swasta berkenaan, sekaligus, mengharumkan nama Pulau Pinang di peringkat antarabangsa.

Difahamkan, projek johan tersebut dikenali sebagai MEGA-01 Mobile Enchance Guider Android.

Pasukan bakat terbabit menghantar proposal projek tersebut kepada penganjur, Laureate International Universities pada Disember tahun lepas.

Projek mereka diumum masuk saringan akhir antarabangsa itu pada Februari lepas, sebelum, diumumkan johan kejohanan yang berlangsung pada 23 hingga 25 April baru-baru ini.

Guan Eng sasar edar 40,000 bekas bubur lambuk sempena Ramadan

(Duduk, Dari Kiri) ASROL Sani Abdul Razak, Arshad Md. Salleh, Norhayati Jaafar, Mohd. Rashid Hasnon, Lim Guan Eng, Abdul Malik Abul Kassim, Rosidi Hussain, Zahadi Mohd. dan Mohd. Tuah Ismail merakamkan gambar bersama-sama 13 wakil penganjur Program Bubur Lambuk Ramadan Peringkat Negeri di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng sekali lagi menyampaikan sumbangan program bubur lambuk kepada 13 masjid terpilih sempena Ihya' Ramadan ini.

Menurut beliau, program yang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas itu meliputi kawasan majlis terpilih, Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) serta tiap-tiap kawasan di bawah Pegawai Penyelarasan KADUN (PPK).

"Sebanyak 300 hingga 350 bekas bubur lambuk berjaya diedarkan sepanjang bulan Ramadan pada tahun lepas di setiap lokasi terpilih.

"Justeru, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 40,000 bekas bubur lambuk berjaya diedarkan di 13 lokasi terpilih sempena bulan Ramadan tahun ini," ujar beliau pada sidang media tersebut.

13 lokasi tersebut adalah Masjid Permatang Keriang dekat Penaga, Masjid Kampung Banggol (Permatang Berangan), Masjid Permatang Tok Jaya (Sungai Dua), Surau Ubudiyah (Sungai Acheh), Surau Taman Sri Serdang (Bertam), Surau Kubang Menerong (Pinang Tunggal), Masjid Kampung Binjai (Bayan Lepas), Masjid Pulau Betong (Pulau Betong), Surau Al-Masakin (Teluk Bahang), Masjid Kampung Lebai Tahir (Teluk Air Tawar), Masjid Bagan Jermal (Tanjung Tokong), Masjid Taman Guar Perahu (Penanti) dan Masjid Sungai Duri (Sungai Bakap).

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir pada majlis penyerahan cek replika kepada semua wakil penganjur program bubur lambuk tersebut.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid & Qaryah bagi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ustaz Rosidi Hussain serta PPK lain turut hadir pada majlis tersebut.

Mereka, Asrol Sani Abdul Razak (PPK Bertam), Muhasdey Muhamad (PPK Pinang Tunggal), Ridwan Osman (PPK Penaga), Zahadi Mohd. (Sungai Dua), Arshad Md. Salleh (PPK Permatang Berangan), Norhayati Jaafar (PPK Telok Air Tawar), Azmi Samsudin (PPK Sungai Acheh), Mohd. Tuah Ismail (PPK Pulau Betong) dan Halil Sabri Hamid (PPK Teluk Bahang).

PPK Bayan Lepas, Jamaludin Said tidak hadir pada majlis tersebut kerana demam denggi.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menggambarkan Kerajaan Negeri konsistan dalam memartabatkan Islam di Pulau Pinang, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan.

Isu Prof. Redzuan Othman serlahkah kebebasan akademik dicabul, Putrajaya jangan khianat harapan rakyat - Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kementerian Pendidikan, kuasa melantik dan melucutkan jawatan bukan setakat melanggar kebebasan akademik, bahkan juga mengkhianati harapan rakyat yang mahukan kedudukan lebih baik bagi institusi pendidikan tinggi.
Anwar berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan kementerian pendidikan yang tidak menyambung kontrak Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).
“Jelas menunjukkan keputusan untuk tidak memperbaharui tempoh Redzuan adalah cara lain memecat beliau atas keberaniannya menjalankan tugas tanpa rasa takut,” kata Anwar dalam blognya hari ini.
Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan hasil kajian UMcedel apabila dilihat memberikan lebih banyak publisiti kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Antaranya, kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.
Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.
Selain itu, Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian yang dilihat pro kepada Anwar.
“Tindakan kementerian terhadap Redzuan itu juga tidak mengejutkan, amat mengecewakan, dan sudah boleh dijangka,” kata Anwar.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, tindakan sama turut dilalui beberapa ahli akademik lain seperti pakar ekonomi terkemuka, Prof Jomo KS, penganalisis politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar Perlembagaan Dr Aziz Bari.
Cubaan The Malaysian Insider ke UM untuk berjumpa Redzuan bagaimanapun gagal apabila beliau dikatakan sibuk bermesyuarat dan enggan berjumpa dengan wartawan.
Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir beliau sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula esok.
Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS pagi tadi. – 30 Jun, 2014 TheMalaysianInsider

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus