09 January 2014
Melancong ke Jepun tanpa visa mulai 1 Julai - Guan Eng
KN, WWF anjur Earth Hour 29 Mac - Chow Kon Yeow
Bentang kajian JPS tangani banjir Jan. - ADUN Jawi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berkata, Kerajaan Negeri pada Disember tahun lepas memperuntukkan RM7,000 kepada JPS untuk tujuan itu.
"Saya sedang mendapatkan maklum balas susulan, laporan JPS akan dibentangkan dalam MKK Januari ini," ujar Lip Chee semasa meninjau kawasan terbabit baru-baru ini.
Beliau berkata, laporan itu turut akan menyebut kos pemajuan projek cadangan itu untuk dipertimbang oleh Kerajaan Negeri.
Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui MPSP memperuntukan RM2.7 juta untuk tujuan penyelenggara rumah pam, parit monsoon, kolam takungan dengan peruntukan wang caruman yang dipohon daripada Jawatankuasa Tebatan Banjir Kerajaan Negeri.
Kapsyen: SOON Lip Chee (tengah) mendengar penjelasan daripada seorang pegawai JPS sambil diperhati oleh seorang penduduk setempat di sini baru-baru ini.
Amal 3S, gugur Ahli Majlis tak sukses - Guan Eng
KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, semua Ahli Majlis bagi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dilantik bagi tahun 2014 akan dinilai sepanjang masa serta akan digugurkan jika tidak sukses demi meningkatkan mutu pelanggan.
"Saya telah meminta dibuat satu penilaian kepada semua Ahli Majlis kerana kita (Kerajaan Negeri) serius untuk meningkatkan mutu pelanggan...ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kita.
"Kita tidak akan tangguh-tangguh untuk membetulkan mutu yang silap, kita tidak akan tunggu sampai habis tempoh perjawatan (seseorang Ahli Majlis yang tidak sukses)" ujar Guan Eng pagi tadi pada majlis istiadat pelantikan Ahli Majlis MPSP Sesi Tahun 2014 di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd.Rashid Hasnon, Prof. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Maimunah Mohd.Sharif (Yang di-Petua MPSP) turut hadir pada majlis itu.
Hadir sama, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen lain.
Guan Eng mencadangkan Sikap Kerja Baik, Sikap Positif dan Semangat Berpasukan (3S) dijadikan budaya kerja Ahli Majlis bagi tempoh perjawatan tahun ini.
Tambah beliau, MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diharap mampu mengambil alih 100 peratus kerja-kerja pembersihan sebagaimana disasarkan oleh Kerajaan Negeri demi menjimatkan sumber PBT.
"Saya rasa ini bukan satu tugas yang mudah, tetapi, peluang pekerjaan perlu kembali diberi kepada anak tempatan, bukan buruh asing," ujar Guan Eng lagi.
Sebelum itu, Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri pada tahun ini akan terus memberi fokus pada pembangunan Sebarang Perai, di saling kawasan pulau.
"Fokus pembangunan telah diberikan kepada Seberang Perai, ertinya masa depan Pulau Pinang adalah Seberang Perai.
"Kalau MPSP sukses, maka Kerajaan Negeri dianggap telah sukses. Jadi, tumpuan pada MPSP sangat penting," jelas beliau.
Manakala, Maimunah pula mengumumkan pelancaran coffee table book sulung yang berjudul "Seberang Perai Discovering The Hidden Pearl of Penang".
Berikut adalah senarai Ahli Majlis MPSP 2014:
1. Tan Cheong Heng (DAP)
2. Rezal Huzairi Md. Zaki (PKR)
3. Ahmad Kaswan Kassim (PAS)
4. M.Chandrasekaran (DAP)
5. Loh Joo Huat (DAP)
6. Mohd. Shaipol Ismail (DAP)
7. Ahmad Tarmizi Abdullah (NGO)
8. Dr. Tiun Ling Ta (NGO)
9. Wong Chee Kertas (NGO)
10. Abdul Jalil Che Ros (PKR)
11. Chong Pei Pei (DAP)
12. P.David Marshel (DAP)
13. H'ng Mooi Lye (DAP)
14. Ho Leng Hong (PKR)
15. Mohd. Rizal Abd. Hamid (PKR)
16. Ong Ee Leong (PKR)
17. M. Satees (PKR)
18. Shafiqah Shobha Abdullah (PKR)
19. Tan Chee Teong (DAP)
20. Tan Chong Hee (DAP)
21. Zulkiefly Saad (PKR)
22. Omar Hassan (PAS)
23. G.Rajasegar (PKR)
24. Zulkifli Ibrahim (PKR)
MPSP tubuh jawatankuasa strategi sifar anjing liar
SETIAUSAHA Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP) Sr. Rozali Mohamod berkata, Jawatankuasa Strategi Sifar Anjing Liar baru ditubuhkan sebagaimana dicadangkan Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
Menurut beliau, cadangan itu demi mengelak insiden dua kanak-kanak kemalangan ekoran diserang anjing liar di Taman Cermai dekat Permatang Pauh baru-baru ini dari berulang.
"Jawatankuasa ini tidak boleh membunuh binatang, tetapi, boleh menangani masa anjing liar ini (termasuk) memandulkan binatang itu dengan kerjasama Jabatan Veterina," ujar Rozali pagi tadi di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di Seberang Jaya.
Beliau berkata demikian sebelum berlangsungnya istiadat Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPSP Sesi Tahun 2014.
Perkembangan itu sekaligus menunjukkan MPSP senantiasa baginda serta meningkat mutu pelanggan di Seberang Perai.
Kapsyen: (Dari kiri) Ahli Majlis MPSP, Ho Leng Hong, Rozali Mohamod dan Zolkifly Md. Lazim (AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang dirakam gambar di lobi Kompleks MPSP, pagi tadi.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...