22 March 2014

Sertai Jelajah PSM Ke P.Pinang esok!


"MASA MENGAJI TAMADUN HINDU, BUDDHA UNTUK SUBJEK TITAS DI UNIVERSITI DULU, TAK ADA SESIAPA PUN NAK MENGKAFIRSESATKAN SAYA. SELEPAS INI, SAYA JUGA MUNGKIN AKAN DISESATKAFIRKAN KERANA BERWACANA MENGENAI IDEOLOGI POLITIK EKONOMI SOSIALISME YANG DITAWARKAN OLEH PSM KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENURUT JENDELA FIQH AL-ISLAMI..." - BUKAN FATWA BJ FAQAR 

Dr. Burhanuddin Al-Helmi mempunyai sikap tersendiri terhadap pemimpin sosialisme pada zamannya, tetapi, 

Geng Ustaz hari ini ghairah mendoktrin kononnya ideologi Sosialisme itu sesat, kufur serta penyokongnya masuk neraka. 

Apakah pendapat fiqh Al-Islami mengenai idea sosialisme serta doktrin Geng Ustaz terbabit? 

Jumpa dalam Wacana 'Islam & Sosialisme' di Kg. Pmtg. Tok Subuh, Bkt. Mertajam jam 3 petang esok. 

Info lanjut, hubungi Mat Pon Chevera 0184685618.

Sebarkan!

Tilawah al-Quran di P.Pinang meriah, majlis penutup malam ini!

MOHD. Rashid Hasnon menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Majlis Tilawah al-Quran  Kalil Ke-57 Tahun 1435H/2014M Peringkat Negeri Pulau Pinang dekat Dewan Millenium di Kepala Batas, pada malam tadi.  

TKM1 nasihat umat kembali ikut akhlak al-Quran

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM – Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menasihatkan semua pihak tanpa mengira faham politik supaya kembali menghayati akhlak al-Quran, antaranya, meninggalkan budaya saling mengfitnah serta berdendam.

Beliau berkata demikian pada pembukaan Majlis Tilawwah Al-Quran Kali Ke-57 Tahun 1435H/2014 Peringkat Pulau Pinang.

“Marilah bersama-sama kita melenyapkan perasaan yang boleh menghalang nikmat ukhwah Islamiah yang juga dianggap sebagai ‘akhlak al-Quran’, yang berpunca oleh sifat dengki, rasa mahu membalas dendam dan fitnah mana-mana pihak,” ujar beliau pada malam tadi, sebelum merasmikan majlis tersebut di Dewan Millenium di sini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus