24 June 2013

Rakaman CCTV MPPP jadi bukti

ANG Aing Thye (dua dari kanan) menunjukkan beberapa dokumen berwajib di depan wartawan sambil diperhati oleh Chow Kon Yeow (paling kanan) dan A. Rajendran (tiga dari kanan), semalam. 

LAPORAN awal polis menyebut langsung tiada kereta tertimbus di bawah konkrit rod penebat kilat yang runtuh dari bumbung bangunan Menara Umno Pulau Pinang seakan menimbulkan pelbagai reaksi ekoran penemuan dua bukti baru, semalam.

Dua bukti itu adalah rakaman dari sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di Jalan Zainal Abidin bersebelahan bangunan berenaan dan di persimpangan Jalan Ansor - Jalan Penang, George Town.

Kedua-dua CCTV itu dikendali oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan boleh diakses dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Jalan Penang di sini.

Difahamkan, seorang kontraktor penyelenggara selepas berlakunya tragedi itu pernah meminta seorang juruteknik MPPP untuk melihat semula kedua-dua rakaman CCTV itu.

Permintaan itu dibenarkan selepas menyedari wujud perbezaan masa pada kedua-dua CCTV tersebut.

Kedua-dua bukti itu cuba dibawa semula kepada polis, namun, pihak berkuasa berkenaan kekal dengan kenyataan awalnya.

Atas perasaan tidak berpuas hati, bukti tersebut diketengah pula kepada Bomba Cawangan Lebuh Patai, namun, gagal mendapatkan komen lanjut.

Ekoran itu, kontraktor dan juruteknik berkenaan dilaporkan mengambil sikap berdiam diri serta tidak memaklumkan pada pihak pengurusan MPPP sendiri.

ANG Aing Thye
Setiausaha MPPP, Ir. Ang Aing Thye dalam reaksi spontan bagaimanapun berkata, kedua-dua bukti itu bukan rakaman kejadian runtuhan sebenar struktur menara tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua CCTV terbabit hanya merakamkan senario sebelum berlakuknya tragedi itu, iaitu situasi angin kencang serta kesesakan lalu lintas sahaja.

“Pada 14 Jun (Jumaat) sehari selepas kejadian juruteknik MPPP telah memeriksa rakaman CCTV dan mendapati hanya kesesakan dan keadaan angin kencang dirakamkan di Lorong Baru iaitu pada 6.45 petang (hari kejadian).

“Bagi rakaman di Jalan Zainal Abidin, juruteknik mendapati terdapat angin kencang dan percikan api sebelum rakaman tersebut terputus pada 6.34 petang," ujar beliau di Komtar, George Town, semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas & Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Ir. A. Rajendran (Timbalan Pengarah Kejurutraan MPPP) turut hadir pada sidang media itu.

Mengulas mengenai perbezaan masa pada kedua-dua rakaman tersebut, Aing Thye berkata, salah satu CCTV tersebut gagal berfungsi disebabkan litar wayar fiber milik Tenaga National Berhad (TNB) terputus.

Pun begitu, beliau berkata, MPPP akan mengemukakan kesemua bukti terbaru serta siasatan awal berwajib kepada Suruhanjaya Siasatan Negeri yang ditubuh oleh pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, 15 Jun lepas.

“Kita (MPPP) akan memberi kerjasama yang penuh untuk membantu Suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan.

“Dan saya juga merasakan pihak polis dan Bomba harus turut memberi kerjasama bagi membolehkan siasatan dijalankan sepenuhnya,” ujar beliau.

Sebelum itu, Guan Eng dilaporkan menuntut empunya bangunan, JKP Sdn Bhd menghantar laporan siasatan berwajib.

13 Jun lepas, seorang penjual nasi lemak, Lim Chin Aik, 44, dilaporkan mati tertimbus di bawah runtuhan tersebut bersama-sama kereta jenis Honda City.

Turut dilaporkan terkorban dalam insiden sama adalah pemandu lori, Jahir Hussain Sulaiman, 46, semasa dikejar ke Hospital Besar Pulau Pinang. -END

P.Pinang tumpu E&E, pelancongan :Guan Eng

LIM Guan Eng mahu merealisasikan 'Semua Ada di Pulau Pinang'.

PULAU Pinang dalam tempoh tiga bulan bermula Januari lalu berada pada anak tangga ketiga selepas Johor dan Sarawak dengan pelaburan keseluruhan 21 projek berniai RM0.85 bilion, lapor perangkaan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Laporan itu seakan menggambarkan ketidaktentuan ekonomi yang buruk, termasuk dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Bagaimanapun, sektor minyak dan gas kekal kukuh di Malaysia seperti yang dilihat dalam 24 perojek bernilai RM5.65 bilion, RM3.04 bilion melalui empat projek masing-masing di Johor dan Sarawak.

Pun begitu, Ketua Menteri, Y.A.B Lim Guan Eng berpendapat industri E&E di Pulau Pinang dalam suku kedua tahun ini masih diramalkan positif.

Ini, berdasarkan laporan Malaysian American Elektronics Industry (MAEI) bahawa eksport E&E dijangka meningkat antara 3 hingga 4 peratus.

Tambah beliau, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diramal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Amerika Syarikat dalam tempoh sama turut berkembang antara 5 hingga 6 peratus.

Ujarnya lagi, Dana Pelaburan Antarabangsa (IMF) menjangkakan sektor E&E akan menjadi pasaran utama dengan peningkatan pelaburan sebanyak 1.9 peratus.

"MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) juga melaporkan pelaburan tahun ini dijangka meningkat lebih 20 peratus berbanding tahun lepas," ujar beliau di Komtar, George Town baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri turut giat memberi tumpuan pada sektor perkhidmatan seperti pelancongan demi memastikan Pulau Piinang menjadi destinasi pelaburan pelancongan di rantai ini.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata demikian berdasarkan laporan kemasukan pelancong asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selama lima tahun bermula tahun 2008.

Seramai 464,455 pelancong asing direkod masuk pada tahun 2008, 614,039 orang pada tahun 2012.

"Ini menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 5.74 peratus dari tahun 2008 hingga tahun 2012," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Berdasarkan perkembangan itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan mempercepat usaha mewujudkan lebih banyak produk pelancongan meliputi sektor pelancongan sukan, gaya hidup sihat serta pelancongan kesihatan supaya negeri berkenaan dikenali sebagai "Semua Ada di Pulau Pinang".

Demi merealisasikan hasrat yang sama, Guan Eng turut berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan kerjasama InvestPenang sedang merangka pelan baru Pusat Perniagaan Penyumberan Luar (BPO) di negeri berkenaan.

"Pulau Pinang juga agresif mempromosi pelaburan dalam hub BPO dan beberapa sektor lain," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri menerima permohonan Datuk Simon Wong untuk melepas jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EC) Invest Penang atas alasannya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama-sama keluarga.

Ekoran itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mencari pengganti demi mengisi jawatan tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, Datuk Lee Kah Choon dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri serta "mengambil alih tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Datuk Simon Wong". -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus