Skip to main content

Posts

Showing posts from March 28, 2016

Kon Yeow jangka asing sisa di punca mampu kurangkan belanja tahunan PBT 2016

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN JERMAL - Dasar pengasingan sisa mulai 1 Jun depan dijangka mampu mengurangkan belanja berwajib bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada tahun ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu, sehingga kini kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan telahpun membelanjakan kira-kira RM199.3 juta atau 40 peratus peruntukan tahunan 2016 bagi mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan masing-masing.
"Paling penting adalah usaha ini berjaya agar kos RM199.3 juta ini dapat dikurangkan.
"Amalan mengasingkan antara sisa pepejal dan bahan kitar semula ini boleh mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, seterusnya memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan kita," jelas Kon Yeow di sini.
Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pengumpulan Botor Kaca Untuk Dikitar Semula di Pusat Kitar Semula …