Skip to main content

Posts

Showing posts from July 18, 2013

Blok B Kg. Melayu terima 'hadiah' lif

RAMADAN kali ini pasti menggembirakan lebih 2,000 penduduk Blok B Kampung Melayu apabila Kerajaan Negeri baru menaik taraf kemudahan lif di blok berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM717,000 bagi menaik taraf dua lagi lif blok tersebut dalam bulan Ramadan ini.
“Sepatutnya projek awal ini disiapkan sejak Mei lalu, malangnya, pihak kontraktor menghadapi beberapa kekangan kelulusan oleh Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH),” ujar beliau di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, DOSH memperoleh kelulusan sehari sebelum Ramadan dan kontraktor diminta menyiapkan kerja penyelenggaraan itu secepat mungkin demi mengelak kesusahan penduduk setempat.
“Pada lawatan saya 14 Jun lalu, saya turut menggesa kontraktor mempercepatkan projek ini bagi kemudahan penduduk,” tambah beliau lagi.
Seorang penduduk yang enggan identitinya dikenali umum berkata, lif-lif di flat tersebut acapkali rosak, hingga pernah…

Tiada PERKASA didakwa punca Guan Eng persoal wibawa Menteri

TiADA pendakwaan ke atas beberapa tindakan ganas ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) ke atas pemberita serta Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri sejak dua tahun lepas mengakibatkan wibawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus dipersoal.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, itu semua seakan menyerlahkan pihak Pendakwa Raya dan Kerajaan Pusat bersikap terpilih serta double-standard dalam menyelesaikan kesemua aduan tersebut.

"(Apa)bila dalam kes tertentu terhadap pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat), pendakwaan boleh dibuat dalam masa dua bulan.

"Tetapi, dalam kes kesalahan di mana keganasan dan kekerasan digunakan oleh penyokong BN (Barisan Nasional), ia bukan sahaja dilambat-lambatkan, malah, mungkin akan ditutup begitu sahaja dengan cop No Further Action (NFA)," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Kenyataan Guan Eng itu sebagai reaksi pada jawapan lisan Ahmad Zahid di Parlimen baru-baru ini.

Dalam jawapan l…

KN laksana kajian mutu pelanggan feri - Exco

KERAJAAN Negeri melaksanakan satu kajian kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan feri bermula pada 23 Julai hingga 31 Ogos depan.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng (gambar) berkata, inisiatIf itu dilakukan selepas Kerajaan Negeri menerima banyak aduan melalui surat, emel, panggilan telefon serta interaksi langsung dengan pelanggan sendiri.

"Kajian ini kemudiannya akan dipanjangkan kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) untuk diambil tindakan sewajarnya," ujar beliau di Komtar, George Town baru-baru ini.

Menurut beliau, orang awam boleh mendapatkan borang kepuasan pelanggan di kaunter Tingkat 3, Komtar di sini, laman rasmi Kerajaan Negeri (www.penang.gov.my), portal rasmi Ketua Menteri (cm.penang.gov.my), akhbar Buletin Mutiara (BM) terbitan Kerajaan Negeri serta laman sosial Facebook Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dan BM.

Beliau berkata, borang kajian pelanggan yang siap diisi boleh dialamatkan kepada: YB Lim Hock Seng, Ahli Exco Kerajaan Neger…

Sumbang alat tulis jadi motivasi belajar - ADUN Jawi

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee menyumbang alat tulis kepada pelajar-pelajar terpilih di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Jawi dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan cemerlang.
“Dengan sumbangan alat tulis ini, diharap pelajar-pelajar dapat memupuk semangat untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan yang dihajati,” katanya baru-baru ini.
Beliau berkata, murid-murid boleh mengubah nasib keluarga masing-masing dengan ilmu serta cemerlang dalam pelajaran masing-masing. “Sekiranya mereka berjaya, mereka dapat berbakti dan membantu keluarga mereka,” ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menyerah sumbangan berjumlah RM500 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Taman Perai turut hadir pada majlis sumbangan tersebut.

Kekalkan tradisi gotong-royong - ADUN Sg.Pinang

WARGA Pangsapuri Jelutong Indah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka sementara menunggu langkah pemuliharaan kemudahan asas di sini oleh pemaju JKP Sdn. Bhd..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berkata, aktiviti tersebut mampu melahirkan persekitaran kediaman yang lebih bersih serta keharmonian masyarakat.

“Secara tidak langsung gotong-royong mampu menerapkan perpaduan dan kesedaran menjaga kebersihan dalam kalangan sesebuah komuniti itu.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti sihat ini dan berharap supaya aktiviti ini dapat dikekalkan secara berkala,” katanya baru-baru ini.

Terdahulu, Siew Khim menyertai Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon mengadakan lawatan kilat di pangsapuri tersebut ekoran menerima aduan kerosakan kemudahan asas di sini.

Penduduk setempat mengadu dua tangki air di atas pangsapuri tersebut dikesan bocor, selain, kedua-dua lif rosak sejak hampir dua bulan lepas.

Ekoran itu, M…

Adun DAP P.Pinang jual tanah kubur Islam kepada Cina dalam bulan Ramadan?

Rayer sertai bersih kubur Islam

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N.Rayer menyertai 200 penduduk setempat membersihkan tanah perkuburan Islam Sungai Gelugor di sini sempena sambutan Ramadan.

Beliau berkata, program amal seperti itu dapat menyuburkan rasa muafakat antara Pusat Khidmat ADUN Seri Delima dengan komuniti umat Islam tempatan.

“Saya amat berbesar hati menjadi sebahagian komuniti yang hadir untuk turut serta dalam gotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Sungai Gelugor ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, beliau sangat bangga dengan amalan umat Islam memperbanyak sedekah, mengadakan jamuan berbuka puasa, meraikan anak-anak yatim serta mengimarahkan masjid.

“Saya percaya di bulan yang suci ini, kerja-kerja amal boleh menjadi pemangkin dalam melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam,” katanya lagi.

Perkembangan terbaru itu menyerlahkan keharmonian beragama melibatkan umat Islam dan bukan Islam di negeri berkenaan.

ADUN agih RM17,700 sumbangan Ramadan Seberang Jaya

BERITA BERGAMBAR


SEMARAKKAN RAMADAN... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin menyampaikan sumbangan RM17,700 kepada 11 masjid, 25 surau dan 2 maahad terpilih demi menyemarak lagi ibadah dalam bulan Ramadan kali ini.

Beliau berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu program komuniti seperti tadarus al-Quran dan majlis berbuka puasa.

"Walaupun ada masjid yang telah terima sumbangan dari Kerajaan Negeri, saya berharap sumbangan yang diberikan ini sekurang-kurangnya dapat membantu surau-surau dan maahad di sekitar DUN Seberang Jaya," ujar beliau baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan oleh Dr. Afif dilangsungkan secara sederhana di Masjid Seberang Jaya di sini.

Beliau yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan berkata, pihaknya akan meneruskan program mengagihkan kurma di bazar Ramadan setempat serta program sumbangan bantuan kepada golongan terpilih sepanjang bulan puasa ini.

PBAPP, Polis nekad tangani curi meter air

PENGURUS Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. Jaseni Maidinsa (gambar) berkata, pihaknya nekad bekerjasama dengan polis bagi menangani masalah kecurian meter air yang diakui kian berleluasa belakangan ini.

Beliau berkata, sebanyak 1,062 meter air dikesan hilang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan kecurian paling tinggi di daerah Seberang Perai Tengah, iaitu sebanyak 884 kes.

“Kita telah bertemu dengan pihak polis berhubung hal ini dan akan menyiasat setiap laporan yang diterima," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Menurut beliau, sebanyak 270 meter air dicuri oleh pihak tidak bertengggungjawab pada tahun 2011 dan kes sama meningkat hingga 940 meter air pada tahun berikutnya.

Ekoran itu, katanya lagi, pelanggan terpaksa berdepan dengan kesukaran hidup kerana PBA terpaksa memutuskan bekalan air bagi tujuan membaiki, mengganti, menyambung hatta memasang meter air yang baru.

Difahamkan, PBA menanggung kos sekitar RM100 bagi setiap kehilangan met…