18 July 2013

Sumbang alat tulis jadi motivasi belajar - ADUN Jawi

SOON Lip Chee (tiga dari kiri) menyerahkan cek sumbangan bernilai RM500 kepada wakil PIBG SRJKT Ladang Jawi di sini baru-baru ini.

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee menyumbang alat tulis kepada pelajar-pelajar terpilih di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Jawi dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan cemerlang.

“Dengan sumbangan alat tulis ini, diharap pelajar-pelajar dapat memupuk semangat untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan yang dihajati,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, murid-murid boleh mengubah nasib keluarga masing-masing dengan ilmu serta cemerlang dalam pelajaran masing-masing.
           
“Sekiranya mereka berjaya, mereka dapat berbakti dan membantu keluarga mereka,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyerah sumbangan berjumlah RM500 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Taman Perai turut hadir pada majlis sumbangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus