18 March 2015

Jangan ponteng kerja, nasihat YDP MPSP

MAIMUNAH Mohd. Sharif (kanan sekali) bersama-sama Setiausahanya, Mohd. Rozali Mohamud (dua dari kanan) bersama-sama barisan Ahli Majlis lain pada Majlis Perhimpunan Korporat MPSP di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, semua kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan digesa supaya meningkatkan kualiti mutu perkhidmatan, sebagaimana yang diimpikan oleh pelanggan Seberang Perai.

"Saya ada menerima aduan daripada Ahli Majlis dan orang awam bahawa kakitangan MPSP ada yang tidak menjalankan tugas dengan baik, ponteng kerja atau kerja tidak mengikut SOP.

"Rakyat senantiasa memberikan harapan kepada kita yang dipilih menjadi warga kerja MPSP, jadi tingkatkan mutu pelanggan.

"Kita, MPSP bukan sahaja memberi anugerah kepada kakitangan yang berkualiti dalam perkhidmatan, tetapi, turut mengambil tindakan disiplin secara tegas kepada mereka yang tiada komitmen dalam memberi perkhidmatan yang diimpikan oleh pelanggan kita di Seberang Perai ini," ujar Maimunah di perkarangan Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Maimunah turut mendedahkan statistik kakitangan yang dikenakan tindakan disiplin, sebagai respons pada sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini, yang melaporkan bahawa kakitangan MPSP bekerja sambil lewa.

"Pada tahun 2014 sahaja, MPSP telah mengambil tindakan terhadap 28 kes, di mana 23 tindakan (menyamai) 82 peratus adalah kerana ketidakhadiran bertugas tanpa sebab.

"Manakala, pada tahun 2015, sebanyak tiga kes telahpun diambil tindakan dan ketiga-tiga kes adalah (atas sebab) ketidakhadiran bertugas," kata Maimunah di depan kira-kira 300 kakitangan MPSP. 

Dalam perkembangan lain, Maimunah memberitahu Bahagian Pengaduan Awam MPSP pada tahun 2014 menerima sebanyak 12,632 aduan, dan 11,964 aduan telahpun diselesaikan.

Sehingga 28 Februari tahun ini, katanya lagi, 2,122 aduan diterima dan 68 peratus berjaya diselesaikan.

“Saya menyeru semua kakitangan berwajib yang terlibat supaya mengambil tindakan mengikut piagam pelanggan yang telahpun ditetapkan di jabatan masing-masing, tidak kira aduan itu melalui saluran mana sekalipun,” tegas beliau.

Pada perhimpunan tersebut, Maimunah mengulangi komitmen MPSP untuk meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kos operasi PBT berkenaan.

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dalam Bajet MPSP bagi tahun 2015 masing-masing adalah berjumlah RM212,388,684 dan RM243,836,559, dengan defesit kira-kira RM30,447,875.

“MPSP senantiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kos operasinya, kita sasar kutipan hasil pada hujung tahun ini adalah sebanyak RM213,39 juta,” jelas Maimunah.

Dr. Afif gesa rakyat bersemangat seperti Anwar

NURUL Nuha Anwar menggantikan ayahnya, Anwat Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KADUN Seberang Jaya di sini pada malam 28 Februari lepas. 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Rakyat Pulau Pinang digesa tidak berputus asas serta menggandakan usaha memulihara sistem demokrasi berperlembagaan, sungguhpun Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya diheret ke penjara pada 10 Februari lepas.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya.

Kita nak semua rakyat yang berbilang kaum di sini dapat hidup sama-sama, cari makan sama-sama, boleh tinggal sama-sama dan amalan budaya kaum masing-masing sama-sama.

Sebagai ADUN, saya sendiri akan memastikan semangat perubahan akan terus kekal bersama-sama semangat Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya pada majlis yang dilangsungkan di Gelanggang Bola Keranjang Akira di sini baru-baru ini.

Anak Parlimen Permatang Pauh, Nurul Nuha Anwar serta Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Amir Mohd. Ghazai turut berucap pada majlis tersebut.

Nuha memberitahu, ayahnya yang kini dihukum di Penjara Sungai Buloh sebenarnya adalah tahan politik.

"Ayah saya adalah tahanan politik, kerana apa, masalah tadbir harus begitu banyak bak bangkai gajah tidak boleh disorokkan lagi.

"Tuduhan liwat ini bohong, ini tahanan politik yang semua kita mesti lawan," tegas Nurul Nuha disambut teruskan gemuruh hampir 1,000 hadirin.

Anwar akhirnya disabitkan bersalah selepas perbicaraan kes Fitnah Liwat II selama 6 tahun, mengingatkan pada pemecatan ikon reformasi sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1997.

Tiada catuan sebab sumber air mencukupi, kata Guan Eng

KETUA Menteri (tengah) bersama-sama Mohd. Rashid Hasnon (kanan) dan Prof. P. Ramasamy (kiri) pada sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa bekalan air di negeri ini masih dalam keadaan sihat dan mencukupi, serta tiada tiada catuan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Bekalan air masih sihat dan akan dibekalkan seperti biasa, serta tiada sebarang catuan (bekalan air bersih) walaupun kita turut bimbang dengan musim kemarau,” jelas Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) serta beberapa Exco Kerajaan Negeri lain turut menyertai sidang media tersebut.

Sehingga 28 Februari lalu, Guan Eng memberitahu bahawa 72 peratus bekalan air di Empangan Teluk Bahang mampu menampung keperluan penduduk dalam tempoh 219 hari, manakala, 83 peratus bekalan air di Empangan Air Itam pula mencukupi dalam tempoh 81 hari.

“31 peratus (bekalan air) di Empangan Mengkuang pula sebenarnya disengajakan dalam tempoh dua tahun ini kerana kita (Kerajaan Negeri) dalam proses pelebaran atau pembesaran empangan,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pengurusan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Bagaimanapun, katanya lagi, sumber air negeri akan terus mencukupi selagi aras air Sungai Muda berada pada ketinggian 2.5 meter.

“Yang penting sekal adalah Sungai Muda masih pada tahap yang sihat dengan ketinggian air 2.5 meter, (aras) kritikal adalah 1.5 meter,” jelas Guan Eng lagi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan sejak 6 Mac lalu dilaporkan mula mencatu bekalan air ke atas lebih 3,000 rumah dalam kawasan Felda sekitar kawasan Gemas dan Tampin, demi mengawal sumber asasi tersebut pada musim kemarau belakangan ini.

Begitu juga dengan Kerajaan Johor, dilaporkan mencatu bekalan air bersih di beberapa kawasan sekitar Kluang sehingga 36 jam mulai baru-baru ini, disebabkan keupayaan sumber air di Loji Rawatan Air Sembrong Timur sedia ada kian berkurangan.

Kerajaan Selangor pun dilaporkan turut melakukan catuan air secara bergilir-gilir di beberapa kawasan, demi mengurangkan risiko kekurangan sumber air mentah, seperti tahun lepas.

Ekoran itu, timbul desas-desus kononnya langkah catuan air turut akan dilakukan di negeri ini demi mendepani kemungkinan musim kemarau nanti.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus