24 May 2015

PasMa tubuh JK penaja ke-13 di Nibong Tebal, Zolkifly harap PAS kekal bersama PR selepas Muktamar

ZOLKIFLY Md Lazim (lima dari kiri) menubuhkan jawatankuasa penaja PasMa Parlimen Nibong Tebal di "300 kaki" (dikenali sebagai Pekan Sg. Ta'pan) Pekan Kechil di sini, malam ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI BAKAP - Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim malam ini menubuhkan sekretariat penaja ke-13 dan terakhir peringkat Parlimen di kawasan Nibong Tebal, sementara menunggu berlangsungnya Muktamar PAS yang dijadualkan bermula pada 4 hingga 7 Jun depan.

"Apapun keputusan pemilihan pada Muktamar PAS kali ini, kita masih berharap parti masa depan itu tidak sampai keluar daripada Pakatan Rakyat.

"PAS paling untung kerana perintah separuh umat Islam di negeri ini, urus lebih RM100 juta wang zakat dan lebih 1,000 kaki persegi tanah wakaf, walaupun menang satu kerusi (ADUN Permatang Pasir Dato' Mohd. Salleh Man yang juga Yang di-Pertua MAINPP) saja sekarang ini," ujar Zolkifly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Negeri di sini.

Dalam perkembangan lain, Zolkifly berkata, jawatankuasa penaja PasMa di Parlimen Nibong Tebal turut diminta mengukuhkan jaringan strategik dengan PAS, PKR, DAP dan beberapa pihak lain untuk membuat persiapan kejenteraan Pakatan Rakyat merampas semula kerusi ADUN Sungai Acheh pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Zolkifly menubuhkan jawatankuasa penaja PasMa bagi Parlimen Balik Pulau di Pulau Betong, serta meminta persiapan kejenteraan untuk merampas kerusi ADUN Bayan Lepas pada PRU14 nanti.

Terdahulu, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mengarahkan PasMa Negeri khususnya Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan jentera penaja di semua parlimen sebelum muktamar PAS Jun ini.







Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus