Skip to main content

Posts

Showing posts from July 10, 2013

PR cabar SPRM buka semula fail beli undi Bayan Baru

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicabar membuka semula fail siasatan mengenai anasir membeli undi di kawasan Bayan Baru semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membuat gesaan demikian sebagai reaksi pada kenyataan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M.Sanarajoo yang menyebut kesemua aduan yang dibuat Pakatan Rakyat ditutup kononnya atas dalih tiada bukti.Tze Tzin berkata, Pakatan Rakyat bersedia untuk memberi kerjasama sekali lagi sekiranya SPRM benar-benar ikhlas untuk menyiasat semula penyelewengan pilihan raya yang dikaitkan dengan pemimpin tertentu Umno BN.

Jagdeep teringin temani umat Islam berbuka puasa

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menyerahkan hamper makanan dan beras kepada 70 penerima terpilih dalam satu majlis gotong royong di Kampung Datuk Keramat dan Kampung Dodol di sini sempena menempuhi bulan Ramadan.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan itu berkata, ibadah puasa dalam bulan itu umummnya mengajar umat Islam hatta manusia umummnya untuk empeti dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Justeru, beliau melahirkan rasa minat untuk menemani umat Islamberbuka puasa di kedua-dua kampung berkenaan kelak.

“Saya amat berharap, apabila tibanya bulan Ramadhan kelak, saya akan berpeluang berbuka puasa bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

“Pada bulan Syawal pula, kita akan bersama-sama juga mengadakan jamuan raya bagi meraikan penduduk-penduduk di sini,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Difahamkan, majlis gotong-royong itu turut disertai oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemeriksaan kesihatan secara percuma, rawatan tr…

Guppy bekal pasu, pokok bunga 80 sekolah - YDP MPSP

MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyerahkan pokok bunga lengkap dengan pasu kepada 80 sekolah sekitar daerah Seberang Perai Utara yang menyertai program Anugerah Sekolah Hijau 2013.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, langkah hoslistik itu diharap menggalakkan lagi budaya memulihara dan memelihara alam sekitar dalam kalangan murid.

"Saya percaya dengan penyertaan sekolah-sekolah ini, tahap kebersihan di Seberang Perai akan bertambah baik kerana para pelajar bukan sahaja mempraktikkan kriteria-kriteria amalan hijau di sekolah, tetapi, juga dalam kehidupan seharian mereka," katanya di sini baru-baru ini.

Di sebalik program itu, beliau berkata, syarikat Guppy Plastic Industries Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak 15 pasu lengkap dengan pokok bunga kepada setiap sekolah yang menyertai program tersebut.

Maimunah berkata, syarikat Guppy terpanggil untuk menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu selepas melihat keghairahan pelajar di sekolah terte…

RM1.5 juta pulih Tapak Pelupusan Sampah Jelutong

PERBADANAN Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memperuntuk RM1.5 juta kepada M.E.I. Konsultan Sdn. Bhd. untuk melaksanakan satu kajian dalam masa tujuh bulan mengenai kaedah pemulihan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong di sini baru-baru ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata M.E.I. sebagai badan pakar antarabangsa turut diminta mengkaji punca kerap berlakunya kebakaran di tapak itu.

Beliau berkata, M.E.I. akan bekerjasama dengan satu lagi badan pakar antarabangsa dalam bidang alam sekitar, rawatan sisa air dan rawatan bekalan air, CH2M Hill bagi menyediakan cadangan menyeluruh berhubung projek memulihara tapak pelupusan sampah berkenaan.

“Mereka turut mempunyai kepakaran pengurusan geoteknikal dan projek. Pasukan tersebut bakal meliputi pakar dalam bidang tempatan dan antarabangsa. Pasukan ini amat memahami cara-cara pembangunan semula dan mengenalpasti kawasan di mana penjimatan kos boleh dibuat.

“Usaha pemulihan ini adalah sejajar deng…

Tenis Asian diharap cungkil bakat baru - Exco

HAMPIR 100 atlet dan pegawai sukan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, China dan Hong Kong berkampung di Kelab Sukan Pulau Pinang, George Town bagi merebut kejuaraan sempena Kejohanan Tenis Siri Ketiga Bawah 14 Tahun Asia Pulau Pinang 2013 baru-baru ini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian, Chong Eng berkata, Kerajaan Negeri berharap lebih ramai bakat baru tempatan dapat dicungkil melalui kejohanan terbuka itu.

“Acara seperti ini akan membantu dalam menaikkan semangat atlet-atlet muda kita dalam kejohanan yang lebih kompetetif,” ujar beliau semasa menyampaikan ucaptama pada kejohanan itu di George Town baru-baru ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Francis Su Kok Eng turut hadir pada temasya sukan itu.

Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang merakamkan penghargaan kepada Penang Lawn Tennis Associatoin (PLTA), Asian Tennis Federation dan MSNPP atas kejayaan bersama menganjurkan kejohanan t…

Bon Ondori sasar 100,000 hadirin 20 Julai

Kerajaan Negeri mensasar 100,000 kehadiran sempena penganjuran Festival Bon Ondori 2013 pada 20 Julai depan di Padang Kota Lama, di sini.
Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Danny Law Heng Kiang berkata, perayaan itu bermula seawal jam 6.00 petang dan dijangka berakhir pada jam 11.00 malam.
Menurut beliau, Bon Ondoeri yang terdiri oleh empat tarian, iaitu Rasa Sayang, Tanko Bushi, Pokemon Ondo dan Zundoko Bushi antara persembahan pentas menarik dalam festival tersebut.
"Bon Odori merupakan perayaan tradisional dan riang Jepun yang disambut dengan persembahan tarian dan gendang meriah untuk menyambut kepulangan roh-roh nenek moyang.
"Perayaan ini adalah serupa dengan Festival Hantu Lapar," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.
Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Batu Lancang berharap hadir datang dengan pakaian bertemakan kebudayaan Jepun.
Beliau berkata, pelbagai gerai yang menyajikan makanan lazat serta pameran kebudayaan turut dibuka sempena festival tersebut.…

78 sekolah sertai kitar semula 2013

Penganjuran Kempen Kitar Semula F&N Beverages & MPPP 2013 kali kedua di Komtar, George Town baru-baru ini lebih menerima sambutan menggalakkan berbanding tahun lepas.
Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Ir. Ang Aing Thye berkata, 78 sekolah seluruh Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang menyertai saingan itu diharap mampu memupuk minat dalam kalangan pelajar mengenai pri penting memulihara alam sekitar.

“Bagi saya, anak-anak di sekolah perlulah diberikan kesedaran awal tentang pentingya usaha memupuk kesedaran 3R (Reduce, Reuse, Recycle) supaya masa depan alam sekitar yang lebih baik dapat diwujudkan," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Beliau berkata, MPPP serius menyahut seruan kerajaan untuk menangani isu alam sekitar di negeri berkenaan.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hu Yew Seah mendapat tempat pertama kategori sekolah rendah dan membawa pulang hadiah RM1,300 kerana berjaya mengumpul sisa buangan terberat, iaitu 27…

Dr. Afif agih kurma di Hospital P.Pinang

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin tengah hari tadi mengagih kurma kepada pesakit di Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town sempena menyambut bulan Ramadan.

Program kebajikan itu dilaksanakan selepas beliau mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan penntadbiran hospital berkenaan.

“Ini suatu kebajikan,” ujar beliau dalam satu sidang media di Wad Sakit Puan, HPP.

Pengarah HPP, Datuk Dr. Yasmin Sulaiman dan Datuk Dr. Mohamed Ali Abdul Khader (Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, HPP) turut menyertai lawatan ringkas itu.

Dr Afif berkata, pihaknya merancang untuk melawat enam hospital serta enam klinik kesihatan terpilih di negeri demi kepentinga bersama.

“Pertemuan ini menunjukkan ahli politik (Kerajaan Negeri) dan kakitangan kerajaan tidak wajar mempunyai jurang,” ujar beliau sambil berharap pihaknya boleh saling bekerjasama dengan Kementeri Kesihatan demi kepentingan rakyat.

Mariah Lebai Jusoh, 56, pesakit barah di Wad Sakit Puan itu me…

Sertai Hari Multiple Sclerosis 27 Julai!

KERAJAAN Negeri akan menganjurkan Hari Multiple Sclerosis 2013 pada 27 Julai depan bagi mendedahkan pri bahaya penyakit tiada rawatan itu kepada rakyat Pulau Pinang.
Program penerangan tersebut diadakan di Auditorium A, Komtar, George Town bermula pada jam 10.30 pagi dan dijadual berakhir pada jam 2.30 petang.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, insiatif Kerajaan Negeri itu selepas menyedari bahawa generasi muda paling berisiko tinggi mengidap penyakit itu.

Justeru, katanya, generasi muda bukan sahaja diharap menyertai program tersebut, bahkan, boleh bersama-sama Kerajaan Negeri menyumbang RM10 seorang untuk disalur kepada Pusat Pemulihan Multiple Sclerosis.

“Pada majlis sehari tersebut setiap pengunjung akan didedahkan tentang maklumat dan segala info berkaitan Multiple Sclerosis (banyak luka atau parut),” ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu, statistik berwajib menunjukkan generasi …