10 July 2013

Dr. Afif agih kurma di Hospital P.Pinang

DR.AFIF Bahardin (kiri) menyerahkan buah tangan berupa kurma kepada Mariah Lebai Jusoh sempena menyambut Ramadan sambil diperhati suami pesakit sakit puan itu, Abdul Hadi Mohamad (tengah) di Hospital Pulau Pinang pada tengah hari tadi. 

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin tengah hari tadi mengagih kurma kepada pesakit di Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town sempena menyambut bulan Ramadan.

Program kebajikan itu dilaksanakan selepas beliau mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan penntadbiran hospital berkenaan.

“Ini suatu kebajikan,” ujar beliau dalam satu sidang media di Wad Sakit Puan, HPP.

Pengarah HPP, Datuk Dr. Yasmin Sulaiman dan Datuk Dr. Mohamed Ali Abdul Khader (Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, HPP) turut menyertai lawatan ringkas itu.

Dr Afif berkata, pihaknya merancang untuk melawat enam hospital serta enam klinik kesihatan terpilih di negeri demi kepentinga bersama.

“Pertemuan ini menunjukkan ahli politik (Kerajaan Negeri) dan kakitangan kerajaan tidak wajar mempunyai jurang,” ujar beliau sambil berharap pihaknya boleh saling bekerjasama dengan Kementeri Kesihatan demi kepentingan rakyat.

Mariah Lebai Jusoh, 56, pesakit barah di Wad Sakit Puan itu melahirkan rasa terharu atas kesantunan Dr. Afif.

“Terima kasih kepada Exco kerana ingat kami di sini. Buah tangan (kurma) ini cukup bermakna untuk saya dan suami,” ujar beliau sambil ditemani suami, Abdul Hadi Mohamad, 62.

Mariah berkata, beliau menerima rawatan di sini sejak 6 Jun lepas.

Sebelum itu, Dr. Afif mengadakan mesyuarat tertutup pentadbiran Hospital itu mengenai pembangunan fizikal yang dirancang oleh Kementerian Kesihatan serta persiapan program mamogram percuma yang dirancang oleh Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus