24 February 2012

Twitter Amy Search desak 'Sharizat NFC' letak jawatan

Lagenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul
Rahman hari ini bersama aspirasi rakyat Malaysia mendesak Datuk Seri
Sharizat Abdul Jalil melepas semua jawatan politik.

Beliau mempertikai Sharizat gara-gara keluarga Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarat itu dikaitkan dengan skandal Projek
Fidlot Kebangsaan (NFC) yang bernilai RM250 juta.

Beliau menganggap Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno Malaysia
seakan mengkhianati amanah rakyat.

Berikut kicauan dari twitter @AkuAmySearch :

"Kenyataan nya sharizat itu perlu Meninggalkan Kuasa nya di Kantor."

"Mereka itu yg melaung membela. Ini kan sbhgian duit kita, duit rakyat."

"Kenyataan nya duit aku d gunakan utk ini."

Nampaknya, kontroversi Sharizat turut menerima reaksi dunia selebriti
negara di pilihan raya umum ke-13 kelak. -END

--
Sent from my mobile device

DAP kesal al-Quran di tempat buang sampah kem askar AS Afghanistan

GUAN Eng dan ayahnya Kit Siang
DAP hari ini melahirkan rasa kesal mengenai insiden Kitab Suci Al-Quran dibuah di tapak sampah dekat sebuah Kem Askar Amerika Syarikat di wilayah bergolak Afghanistan.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng menganggap insiden itu sebagai suatu penghinaan kepada agama serta umat Islam sedunia, termasuk di tanah air ini.

"DAP menyesal tindakan kurang sensitif ini yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau di Komtar, George Town.

Beliau bagaimanapun memandang positif mengenai inisiatif Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama segera meminta maaf serta memberi jaminan bahawa insiden sedemikian tidak berulang.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut melahirkan rasa kesal dengan insiden saling kekerasan yang akhirnya meragut nyawa lima pembantah Afghan dan dua askar Amerika Syarikat.

Bayan Mutiara: 'Rundingan' hanya alasan Zainal Abidin, kata Guan Eng

PENGERUSI Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terus didesak supaya meninggalkan arena politik gara-gara gagal mengemukakan bukti mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara oleh kerajaan negeri kepada pemaju Ivory Properties Group Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Zainal membangkitkan soal maksud  "menerusi rundingan" sebagaimana dipetik pada dokumen Ivory menerusi media arus perdana, semalam, disebabkan beliau tidak mempunyai fakta bagi membela diri.

Seorang lagi pemimpin Umno yang didesak melepaskan jawatan adalah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

'Kak Tunda' dikecam saja - MPPP

Hasil mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pagi tadi antara
lain memutuskan hanya mengecam "Kak Tunda" atau nama sebenarnya Jessie
Ooi yang membangkitkan masalah ketiadaan parkir di sekitar Lebuh
Pantai dekat Georgetow.

Ahli Majlis MPPP, Prem Anand berkata majlis tidak bertindak saman
beliau kerana tidak mahu memanjangkan dakwaan tanpa asas yang
hakikatnya tidak menguntungkan rakyat terbanyak di negeri berkenaan.

Jessie Ooi dianggap tidak profesional kerana menuduh Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng tanpa asas ketika berlangsungnya perdebatan
bersama-sama Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Sabtu lepas.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

--
Sent from my mobile device

Senarai Felda: Pakatan cabar Isa Samad, Ahmad Masan debat terbuka

Pakatan Rakyat hari ini mencabar Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad
serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ahmad
Maslan untuk berdebat mengenai isu penyenaraian penyenaraian Felda
Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Saham Malaysia.

Bercakap pada sidang media di ibupejabat PKR dekat Tropicana,
Selangor, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata ia selari dengan
tren terbaru politik Malaysia.

Beliau berharap kedua-dua pemimpin Umno itu dapat menyertai debat yang
akan dianjurkan PKR berhubung perkara itu.

Beliau percaya, debat terbuka yang rasional di hadapan kakitangan dan
peneroka Felda sahaja penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu yang
membabitkan kepentingan rakyat, rata-rata peneroka Melayu di negara
ini. -END

--
Sent from my mobile device

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus