12 September 2015

Guan Eng sumbang RM1,000 kepada keluarga mangsa kes pecah rumah

KETUA Menteri (tengah) menyampaikan sumbangan biasa RM1,000 kepada Robiah Hasan (paling kanan), sambil disaksikan oleh Zahar Zainol (paling kanan), Robisyam Samsudin (dua dari kiri) dan Rusdi Samsudin (empat dari kiri) di rumah Allahyarham Samsudin Bakar di sini petang tadi.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PINANG TUNGGAL - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng petang tadi menyampaikan RM1,000 sumbangan kepada keluarga mangsa kes pecah rumah  di Kampung Padang Cempedak dekat Tasek Gelugor baru-baru ini.

Beliau berharap sekumpulan perompak yang menyebabkan kematian mengejut Allahyarham Samsudin Bakar, 67, akibat serangan jantung segera ditangkap oleh polis.

"Saya akan berbincang dengan Ketua Polis Negara (Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi), saya harap perompak-perompak yang masih tidak  dapat dipastikan lagi segera ditangkap,  dan dibawa ke muka pengadilan," jelas Guan Eng semasa melawan rumah mangsa  terbabit.

Guan Eng menyampaikan sumbangan biasa itu kepada balu Allahyarham, Robiah Hasan, 63, ditemani dua anak lelakinya, Rusdi Samsudin, 42, dan Robisyam Samsudin, 40.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Zahar Zainul serta dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Tarmizi Abdullah dan Mohd. Shaipol Ismail.

Rabu lalu, sekitar jam 3.30 pagi, sekumpulan perompak memecah masuk rumah tersebut melalui tingkap dan pintu, lalu, mengikat Allahyarham, Robiah dan anak perempuannya, Rafizah Samsudin.

Rusdi  dan Robisyam tiada di rumah semasa kejadian.

Kira-kira RM10,000 antaranya duit membeli lembu untuk Hari Raya Aidiladha, segugus kunci serta beberapa geran kenderaan  dirompak dalam kes pecah rumah tersebut.


Guan Eng ajak tafakur untuk jemaah Haji cedera, terkorban

WARIS dan penerima RM1,000 Sumbangan Bantuan Siswa Daftar Masuk Ke Universiti Awam dari KADUN Penaga merakamkan gambar kenang-kenangan dengan Ketua Menteri di Dewan Ng Yam Huat di sini, pagi tadi.
MAKTAR Shapee (kiri) diminta memimpin bacaan Surah Al-Fatihah, apabila Lim Guan Eng menangguhkan ucapannnya untuk tafakur seketika atas rasa sedih dengan insiden di Masjidil Haram, Makkah.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Ketua Menteri,  Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pagi ini merakamkan ucapan takziah kepada jemaah Haji yang terlibat dalam kemalangan tren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu.

Beliau mengajak semua waris serta 582 orang menerima RM1,000 Sumbangan Bantuan Siswa Daftar Masuk Universiti Awam Peringkat Seberang Perai supaya bertafakur seketika atas kejadian mengejutkan itu, dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato' Maktar Shapee dimohon memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

"Saya dan kita semua di sini tentu juga terkejut dan sedih atas kemalangan yang berlaku di Makkah.

"Marilah kita bertafakur seketika dan saya minta Ustaz Maktar Shapee membacakan Al-Fatihah kepada ahli keluarga yang terkorban atau tercedera, jelas Guan Eng di Dewan Ng Yam Huat di sini.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Steven Sim Chee Keong  (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Lee Khai Loon  (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok) dan Ong Chin Wen  (ADUN Bukit Tengah) turut sertai majlis sumbangan tersebut.

Dilaporkan, enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 lain mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus