13 July 2013

72 rumah percuma Kuala Besut 'Islamis', bukan rasuah :TPM

Pemajuan pangsapuri empat tingkat yang terdiri oleh 72 rumah tiga bilik yang bernilai RM10.35 juta percuma untuk penduduk terpilih di Kampung Tok Sabok sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak wajar dianggap rasuah politik wang.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Tan Muhyiddin Yassin semasa turun berkempen petang tadi berdalih, inisiatif Kerajaan Pusat dan Terengganu itu adalah  sesuatu dituntut dalam Islam.

"(Dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal (yang) diiktiraf Islam," ujar Muhyiddin dipetik dari Berita TV9 tadi.

Naib Presiden Umno itu berdalih, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sendiri tidak pernah mempertikai amalan pembangunan Pusat berkenaan.

Sebelum itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan pemajuan projek mega tersebut, sambil mengerti isyarat pemberian percuma kepada pemilih rumah  terpilih Kampung Pengkalan Atab, Kuala Besut yang didakwa acap kali dilanda air pasang.

Terdahulu, dilaporkan, calon Umno rasuah 1,091 pengundi Kuala Besut?

Subang import Hadi kempen muktamar, jernih Kota Damansara?

Kepemimpinan Pas Subang dikesan cuba melobi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri untuk turun berkempen dalam muktamar kawasan yang menyaksikan saingan kali ini.

Langkah itu, menurut sumber parti, demi menghadapi penentangan dalaman daripada akar ubi terhadap kepemimpinan kawasan, ekoran kontroversi Kota Damansara.

"Ini kerja Haji Misni (Yang diPertua Pas Kawasan Subang) dengan menantu presiden, Ustaz Din Ayam (Zaharuddin Mohamad) untuk berdepan isu Kota Damansara.

"Tak mungkin Ustaz Din Ayam sendiri berani berdepan dalam muktamar kawasannya ini selepas Kota Damansara tewas...dia hanya berani post-moterm di luar kawasan sahaja," ujar seorang pemuda Pas Kawasan tengah hari tadi menerusi telefon.

Sumber sama berkata, veteran Pas yang dikenali sebagai Abdul Rahman disebut-sebut bakal mencabar Haji Misni dan Zaharuddin sempena saingan kali ini.

Difahamkan, Kawasan Parlimen Subang terdiri oleh tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bukit Lanjan, Paya Jaras dan Kota Damansara.

Semasa pilihan raya umum baru-baru ini, Zaharuddin dan Haji Misni didedah antara dalang yang mencatur Riduan  Ismail (Ketua Pemuda Pas Kawasan Subang) bertanding atas 'tiket bebas' mencabar penyandang, Dr. Mohd. Nasir Hashim dan seorang lagi calon dari Umno.

Zaharuddin didakwa berjaya mempengaruhi Abdul Hadi mengeluarkan warkah pelantikan calon secara sulit pada awal pagi Hari Penamaan Calon, 20 April lepas.

Tidak cukup dengan itu, Zaharuddin turut didedah berjaya mempengaruhi Abdul Hadi menuduh calon parti rakan terbabit dengan anasir jual pil kuda.

Ucapan tanpa asas Abdul Hadi itu dikatakan memberi kesan berantai pada tapak sokongan rakyat terhadap Pas serta Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum lepas.

Pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara akhirnya  memberi Umno kelebihan menang.

Jakarta dakwa Putrajaya punca jerebu

JAKARTA - Indonesia akan mendakwa anak syarikat ladang kelapa sawit ketiga terbesar di Malaysia berhubung kebakaran haram yang menyebabkan Singapura dan Malaysia dilitupi jerebu pada bulan lalu, kata polis semalam.

Syarikat tempatan tersebut, PT Adei Plantations merupakan anak syarikat KL Kepong Bhd.

Polis mendakwa firma tersebut menyebabkan jerebu terburuk dalam tempoh 16 tahun melanda Asia Tenggara.

"Mereka akan didakwa kerana menyebabkan kemusnahan alam sekitar," kata jurucakap polis nasional, Ronny Franky Sompie.

Pihak berkuasa masih menyiasat empat syarikat lain kerana turut disyaki terlibat dalam aktiviti pembakaran haram tetapi nama-nama syarikat itu tidak didedahkan.

Pada bulan lalu, Kementerian Alam Sekitar menamakan lapan syarikat Asia Tenggara sebagai suspek.

Dalam pada itu, KL Kepong menafikan pihaknya melakukan sebarang kesalahan.

Menurut firma itu, pihaknya melaksanakan polisi pembakaran sifar, manakala kebakaran yang dikesan pula berlaku di luar kawasan konsesi mereka.

Seseorang individu yang didapati bersalah melakukan pembakaran hutan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda 10 bilion rupiah (RM3.1 juta).

Pihak berkuasa juga boleh merampas keuntungan dan menutup operasi syarikat yang didapati bersalah.

Polis berkata, lebih 12 orang telah ditangkap kerana melakukan pembakaran terbuka setakat ini.

Namun, tidak jelas sama ada mereka merupakan pekerja mana-mana lapan syarikat terbabit atau petani tempatan.

Sebahagian petani gemar menggunakan kaedah pembakaran hutan untuk membersihkan tanah kerana kosnya yang murah. - Reuters

Calon Umno rasuah 1,091 pengundi Kuala Besut?

Calon Umno bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman hari ini didakwa seakan mengamalkan politik wang serta membeli pengundi berdaftar bagi kawasan mengundi Bukit Puteri dan Kampung Nangka.

Berita Harian melaporkan, beliau menyerah sijil Dana Bakti Remaja kepada 1,091 pengundi di Kampung Baharu di sini.

Mereka yang berusia antara 21 hingga 40 tahun berkenaan masing-masing menerima RM200 setiap orang menggunakan dana peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu.

Sehingga jam 11.00 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak memberi respons pada amalan politik wang tersebut.

Politik wang Zaihan itu bertentangan dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya1954, lapor blogger Anak Sungai Derhaka.

Zaihan dicabar satu lawan satu oleh calon PAS, Azlan Endot Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long.

J'kuasa Penyiasatan mampu jejak 'Tan Sri' gondol Bkt.Gambir :KMPP

KONGRES Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa siasatan kes penggondolan Bukit Gambir yang didedah membabitkan orang kenamaan bergelar 'Tan Sri'.

Presidennya, Rahmad Ishak berkata, langkah itu selari dengan slogan Cekap, Akauntabil dan Telus (C.A.T) yang diperkenal oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sejak lima tahun lepas.

Justeru, Rahmad berkata, langkah Kerajaan Negeri memanjangkan kes tersebut ke mahkamah adalah tidak memadai.

"Atas kepentingan umum, Kerajaan Negeri harus menubuhkan jawatankuasa penyiasatan bagi mengenal pasti apakah wujud elemen-elemen tidak sihat dari dalam, seterusnya mengenal pasti dalang yang terlibat," ujar beliau menerusi emel, semalam.

Terdahulu, , Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow pernah mendedahkan nama 'Tan Sri' Bukit Gambir berkesan.

Guan Eng pula dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bersetuju menyerah kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa raya (DPP) untuk siasatan lanjut.

Kali pertama desakan untuk menubuhkan jawatankuasa siasatan berwajib serupa dilakukan oleh Ahli Majlis MPPP, Dr. Lim Mah Hui dalam mesyuarat penuh Majlis.

Resit cukai pintu bukti Kg. Pmtg. Tok Subuh bukan haram

Tak mungkin 52 rumah Melayu di Kampung Permatang Tok Subuh dekat Machang Bubok 'penempatan haram' kerana ada resit pembayaran cukai pintu dibayar kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Setiausaha PKR Cabang Bukit Mertajam, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa berkata demikian sambil mengemukakan dokumen berwajib dalam sesi interbiu eksklusif malam tadi di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Beliau berkata, En. Saniman Sarimin dikesan beberapa kali membayar cukai pintu kepada MPSP sejak tahun 1986 lagi.

Waris arwah masih mendiami rumah bernombor 2864, Kampung Ptg. Tok Subuh, 14000 Bukit Mertajam.

Bukti resit yang diperoleh menunjukkan kali terakhir Melayu berkenaan berbuat pembayaran cukai pintu adalah pada tahun 2004.

Resit pembayaran yang direkod pada tarikh 15 September 1986, 11 September 1995, 24 September 2003 dan 4 November 2004.

"Tak mungkin rumah boleh didirikan dalam kampung itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran tuan tanah yang sebenar.

"Resit pembayaran cukai pintu yang direkod sehingga tahun 2006 membuktikan penempatan Melayu di Kampung Permatang Tok Subuh utuh lebih mendekati sah dari segi undang-undang.

"Bagaimana MPSP boleh meluluskan permohonan pemajuan rumah atau patel serta mengutip cukai pintu," ujar Mohd. Ikhwan Nasser.

Terdahulu, beliau mendakwa 52 penduduk Kampung Permatang Tok Subuh tunggu diusir.

Beliau turut mendesak pihak berwajib menyiasat status Distinct Class Sdn. Bhd. kononnya empunya tanah kontroversi itu.

Berita lanjut menyusul kemudian.

Siasat status tanah Kg. Pmtg. Tok Subuh dulu -Ikhwan Nasser

Setiausaha PKR Cabang Bukit Mertajam, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa mempersoal status pemilikan tanah Kampung Permatang Tok Suboh dekat Machang Bubok kononnya dipunyai Syarikat Distinct Class Sdn. Bhd.

Beliau berkata, Rekod Ketuanpunyaan dalam simpanan Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menunjukkan syarikat misteri itu pernah menerima saman pemula (24-1828-2005) bertarikh 17 Mei 2006 di Mahkamah atas sebab cubaan kebenaran pindah milik tanah secara tidak sah.

"Tak mungkin pihak berkenaan boleh melakukan pindah milik pada tahun 2006 melainkan wujud pelanggaran kuasa dalam Pejabat Tanah.

"Ketetapan mahkamah pada saman pemula itu menggambarkan sedemikian," ujar beliau malam tadi dalam wawancara eksklusif di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Dokumen berwajib yang diteroka mendapati nombor daftar syarikat Distinct Class Sdn. Bhd. adalah 974004-K dan beralamat No.2408 & 2409, Lorong Perusahaan 1, Prai Industrial Estate, 13,600 Perai.

"Ini syarikat RM2 dan tak pernah wujud di alamat itu," ujar beliau sambil mendedahkan dokumen berwajib.

Justeru, katanya, pemaju atau mana-mana pihak yang dikaitkan dengan Kerajaan Pusat sekarang tiada hak mengusir penduduk Melayu dari kampung itu selagi status tanah tersebut tidak jejas.

Melayu Kg. Pmtg. Tok Subuh tunggu masa diusir

52 biji rumah Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak dalam kawasan DUN Machang Bubok sekarang menunggu masa untuk dirobohkan atas nama pembangunan yang dikait dengan syarikat pemaju lantikan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Jun tahun lepas pernah berjanji untuk membina 250 rumah kos rendah di situ.

Laporan Bernama 16 Jun tahun lepas dipetik, Muhyiddin berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), George Town.

Bercakap di depan lebih 6,000 hadirin, Muhyiddin dilaporkan berkata, inisiatif itu sebagai reaksi pada kegagalan Kerajaan Negeri kononnya gagal membina rumah kos rendah dan sederhana rendah di negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Sinar Harian pada 17 Jun turut menyiarkan laporan sama.

"Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah," ujar Muhyiddin.

Setiausaha PKR Cabang Bukit Mertajam, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa dalam reaksi spontan tadi berkata, Muhyiddin patut memelihara kepentingan penduduk Melayu asal di kampung tersebut semasa merancang projek pemajuan tanah tersebut.

"Sekurang-kurangnya penduduk asal di kampung itu wajar dikekalkan di tempat yang sama di bawah projek pemajuan pusat, bukan diusir keluar

"Sekiranya Ketua Menteri DAP (Pulau Pulang) Lim Guan Eng boleh meletakkan kepentingan rakyat termasuk Melayu di Kampung Terang (dekat Balik Pulau), takkan Muhyiddin nak khianat Melayu di Pulau Pinang pula," tanya beliau malam tadi di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Justeru, beliau mendesak Kerajaan Pusat teraju Umno BN supaya berunding dengan pihak berwajib demi kepentingan penduduk Melayu asal di kampung tersebut.

Asal status tanah tersebut dikatakan TOL di bawah Kerajaan Negeri.

Satu dokumen berwajib bertarikh 28 Mei 1900 mendedahkan, tanah itu kemudiannya berpindah tangan kepada dua beradik Cina, Lee Seng Poey dan Lee Wah Poey.

Selepas itu, dikatakan, berlaku sekali lagi pindah milik, tetapi, tiada rekod terperinci mengenai pemilik berkenaan.

Rekod dokumentasi yang diteroka dari Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mendedahkan, status pemilikan terkini tanah kontroversi itu kini dipunyai oleh Syarikat Distinct Class Sdn. Bhd.

Sumber tempatan memberitahu, Kerajaan Pusat melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) merancang pemajuan sebidang tanah bersebelahan tanah kampung itu.

Atas dalih pemajuan, penduduk Melayu asal di Kampung Permatang Tok Subuh itu dijanji penempatan sebagaimana disebut Muhyiddin, namun, mereka mengaku seakan mula dikhianati.

Sungguhpun Kampung Permatang Tok Subuh wujud lebih separuh abad, pemastautin Melayu di situ digambarkan sebagai 'penempatan haram'.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus