30 October 2015

MP harap 26 rumah tiada bekalan air selesai tahun depan

STEVEN Sim Chee Keong (dua dari kiri) dan Lee Khai Loon (paling kiri) pada sidang media di perkarangan rumah pengadu, Shahrol Nizam Yaakob (tengah) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MACHANG BUBUK - Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berharap masalah tiada bekalan air bersih disalurkan ke rumah 26 pengadu di Kampung Bukit Teh dapat diselesaikan paling lewat pada awal tahun depan.

Katanya, 26 pengadu berkenaan akan dibantu dari segi proses memohon Skim Kampung Loan maksimum RM1,500 seorang, yang ditawarkan oleh agensi negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk tujuan pembinaan saluran paip bekalan air ke rumah mereka.

"Permohonan mereka memang dalam proses, tetapi, sebelum ini mereka (pengadu) membuat permohonan secara berasingan dan kali ini, kita nak selesaikan permohonan mereka ini secara sekaligus.

"Pada awal tahun, sekurang-kurangnya semua rumah di Kampung Bukit Tengah ini akan ada bekalan air bersih," jelas Steven Sim kepada wartawan, selepas melawat beberapa rumah pengadu terbabit di sini pagi tadi. 

Pada sidang media yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon memberitahu, kos pemasangan paip air yang didakwa terlalu mahal merupakan salah satu faktor di sebalik isu berbangkit tersebut.

Selain itu, katanya, ada beberapa permohonan berwajib tidak dapat diproses kerana pengadu gagal mendapatkan kebenaran tuan tanah untuk memasang paip air ke rumah mereka.

"Kita akan membuat tinjauan untuk mengenal pasti ada lagikah mana-mana rumah yang masih belum ada bekalan air bersih.

"Kita memang nak menyelesaikannya serta mengetahui apakah sebab utama masalah ini, dengan menyelesaikan ia dari punca," jelas Khai Loon lagi, selepas mendapatkan maklum balas salah seorang pengadu, Shahrol Nizam Yaakob di sini.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bukit Teh, Rosni Ibrahim mengaku bahasa isu tiada bekalan air ke rumah mereka yang berkenaan telahpun dirujuk kepada PBAPP.

Namun, jelasnya, kos pemasangan paip air yang didakwa terlalu mahal mengakibatkan ada sesetengah pemohon menangguhkan hasrat untuk memasang paip air ke rumah mereka.

Juruteknik PBAPP, Asrol Hafiz dalam reaksi spontannya menegaskan bahawa agensi negeri ini tidak pernah menetapkan harga pemasangan paip bekalan air bersih, sebagaimana didakwa oleh Rosni.

"PBAPP tidak pernah letak harga batang paip, yang kita (PBAPP) tawar Skim (Kampung Loan) maksimum RM1,500 dengan kadar bayar balik kurang RM30 (RM26) setiap dua bulan sekali.

"Jika bil air (dwi) bulanan RM20, maksudnya seseorang perlu membayar RM50," tegas Asrol.

Jelas Asrol, pemohon bekalan air bersih yang masih belum ada akaun di bawah PBAPP layak untuk memohon "Skim Kampung Loan".

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus