Skip to main content

Posts

Showing posts from December 20, 2016

Daftar masuk Universiti Awam di Sarawak, Sabah layak dapat RM1,200 mulai tahun depan, umum Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB  Gambar: DARWINA MOHD. DAUD 
BERTAM - Mulai tahun hadapan, mahasiswa yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam di Sabah dan Sarawak sahaja akan diberi RM1,200 Bantuan Daftar Masuk Universiti Awam. 
Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata pertambahan RM200 itu bagi menampung kos penerbangan mahasiswa peringkat sarjana muda dan diploma, sebagaimana disyor oleh kebanyakan ibu bapa baru-baru ini. 
"RM1,200 ini bukan diberikan pada kali ini, tapi untuk tahun hadapan, anak-anak yang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Sabah dan Sarawak layak untuk menuntut daripada kita (Kerajaan Negeri) sejumlah RM1,200.
"Manakala, mereka yang mendaftar masuk ke Universiti Awam dan beberapa universiti terpilih lain di Semenanjung Malaysia layak mendapat bantuan sedia ada sebanyak RM1,000, seperti kali ini," jelas Guan Eng pada Majlis Penyampaian Bantuan Daftar Masuk Universiti Peringkat Seberang Perai di Dewan Milenium Kepala Batas di sini lew…

Guan Eng difitnah tolak RM220 juta untung, Chang Yeow terima Notis Tuntutan Guaman

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
BAYAN LEPAS - Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang Teng Chang Yeow diberi notis tuntutan guaman gara-gara mengfitnah Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, kononnya menolak keuntungan RM220 juta dalam suatu rundingan berkaitan pembangunan masa depan Pulau Jerejak, sebelum ini.
"Pihak saya telah pun memberi notis tuntutan guaman kepada Teng (Chang Yeow).
"Kalau dia (Chang Yeow) tidak mampu mengemukakan bukti kepada media seperti yang saya tuntut, bolehkah dia mengemukakan bukti di mahkamah," jelas Guan Eng pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Kompleks PDC Bayan Lepas di sini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I Dato' Mohd. Rashid Hasnon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pantai Jerejak), Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengakutan dan Utiliti) serta Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besa…

Patut Azmin syor PKR, BERSATU bergabung...

Oleh: Zainulfaqar Yaacob
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya tampil mencadangkan perbincangan lanjut mengenai idea PKR bergabung dengan AMANAH.
Selama ini, ramai ingat syor penggabungan itu adalah idea Timbalan Ketua AMK Dr. Afif Bahardin secara peribadi.
Memetik laporan Malaysiakini, Azmin menegaskan setiap pihak diharap tidak mewarisi "cara pemikiran lama" kerana ia bukanlah "reformasi" yang diharapkan. "Tujuan kita bergabung itu kerana kedua-dua parti mempunyai kekuatan. PRM merupakan parti yang lama, yang telah diuji. PKR parti yang baru dan muda. Kalau kita gabungkan itu akan jadi suatu kekuatan baru,"dalih Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) merangkap Menteri Besar Selangor itu. Di sini, tak perlulah disebut lagi - apkah nasib Parti Rakyat Malaysia (PRM) selepas bergabung dengan KeADILan, sehingga lahirlah PKR.
Siapa 'Kawan Makan Kawan' di Parlimen Batu? adalah memadai.
Kalau boleh diperpanjang di sini, terfikir juga - mengapa Azm…

RM3 juta untuk bangunkan desa, termasuk bantu ekonomi Melayu – Dr. Afif

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI Gambar: DARWINA MOHD. DAUD
SERI DELIMA - Sebanyak RM3 juta diperuntukan dalam Bajet 2017 Kerajaan Pulau Pinang di bawah Projek Ekonomi Khas, dengan memberi fokus pada projek pembinaan rumah baru, baiki rumah dan projek bantuan peralatan untuk masyarakat terpilih.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Perumahan, Dr. Afif Bahardin berkata demikian ketika program Jelajah Desa 2016 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga, Bertam serta di Daerah Timul Laut baru-baru ini.
"Projek Ekonomi Khas ini memang untuk semua kaum yang layak, tidak benar sekiranya disebut Kerajaan Negeri hari ini tak bantu orang Melayu dari segi berniaga atau meningkatkan taraf hidup mereka.
"Contoh, Projek Bina Rumah Baru Perumahan Rakyat bernilai RM40,000 untuk penerima, Rabihah Abdul Manap dekat Jalan Persiaran Sungai Gelugor Dua di sini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Projek Ekonomi Khas ini," jelas Dr. Afif yang jug…