20 February 2013

Najib ikrar integriti PRU13 tanpa isytihar harta

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Barisan Nasional lain hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya, lapor Buletin TV3.

Ikrar itu ditandatangani di depan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Syukri Abdul di Putrajaya.

Presiden Transperancy International - Malaysia (TI-Malaysia) , Datuk Paul Low Seng Kuan turut menyaksikan gimik politik itu.

Selain Najib, Timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin dilaporkan turut menandatangani ikrar politik itu.

Pun begitu, pentadbiran Najib masih dilihat tidak mengamalkan integriti politik tulen sebagaimana yang dilakukan oleh kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng dan seluruh kepemimpinan Kerajaan Negeri serta penjawat kerajaan mengisytiharkan harta peribadi masing-masing serta boleh diakses hatta disemak melalui sesawang rasmi negeri.

Tuntas itu, ikrar politik pentadbiran Najib tanpa mengisytiharkan harta masing-masing dilihat lebih pada gimik politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-13.

Zairil, 'DAP Islam' sanggah Umno fitnah P.Pinang usir Melayu

Zairil Khir Johari berkata, satu laporan polis dibuat hari ini berhubung kenyataan berunsur fitnah oleh Menteri Besar 'Umno' Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di akhbar Berita Harian semalam yang menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pulang cuba meminggirkan Melayu di negeri berkenaan melalui satu projek pembinaan universiti.

Zairil, Setiausaha Politik bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kenyataan pemimpin utama Umno Negeri Sembilan itu nyata berunsur hasutan.

Justeru, beliau berharap polis jujur melakukan siasatan lanjut terhadap Mohamad.

"Kenyataan (Mohamad) itu semata-mata untuk menghasut sentimen perkauman serta menimbulkan rasa takut dan kemarahan di kalangan masyarakat Melayu terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"Saya pun tidak tahu, entah ada atau tidak Universiti Nanyang dari China yang kononnya mahu dibina di Kampung Genting, Balik Pulau.

"Kerajaan Negeri yang senantiasa membela hak semua kaum seringkali difitnah oleh Umno untuk tutup wajah sebenar pemimpin-pemimpin parti itu...balik-balik cerita lama.

"Orang Melayu sebelum ini pun disebut-sebut jual tanah kepada dua pemimpin Umno Pulau Pinang kerana mereka percaya pada kursus-dua pemimpin Umno itu.

"Tetapi, dua pemimpin Umno itu disebut-sebut tipu Melayu dan kaut untung atas angin kira-kira RM5 juta dengan jual (9.362 ekar) tanah Melayu di Kampung Terang (Balik Pulau) kepada pihak ketiga," ujar beliau pagi tadi dalam satu siang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, George Town.

Zairil yang turut dikenali sebagai 'DAP Islam' bagaimanapun tidak pula menyebut nama kedua-dua pemimpin Umno terbabit.

Berdasarkan satu dokumen sulit yang didedah pada Julai tahun lepas, difahamkan, Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor merangkap Pengarah Urusan syarikat Maison Height Sdn. Bhd., Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi syarikat berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang) dikaitkan dengan sindiket menjual tanah Melayu di Kampung Terang kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. 

Terdahulu, Mohamad menggamit perhatian beberapa pemimpin muda 'DAP Islam' berkenaan selepas tersiarnya berita "Melayu akan lenyap jika terus leka" di Berita Harian, semalam.

Mohamad menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah "meluluskan pembinaan Universiti Nanyang dari China di Kampung Genting, Balik Pulau" yang "dilihat sebagai usaha senyap untuk mengusir orang Melayu dari kawasan itu."

Malah, kenyataan Mohamad dipetik berkata, "Sekarang tanah diambil untuk membina universiti bukan dari negara ini. Lama-kelamaan orang Melayu di Pulau Pinang akan mencari kawasan penempatan lain di luar Pulau Pinang dan akhirnya tiada lagi Melayu di Pulau Pinang."

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan usaha pembangkang (Umno Barisan Nasional) Pulau Pinang menggunakan kaedah fitnah untuk meraih sokongan Melayu sempena mendepani musim pilihan raya umum sekarang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus