Skip to main content

Posts

Showing posts from July 3, 2012

Ambiga 'hati orang India'...

Bukan sahaja Cina, masyarakat India pun dijangka akan menolak Umno dan Barisan Nasional secara besar-besaran pada pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Itulah reaksi yang saya terima semasa berinteraksi dengan sekumpulan belia Hindu semasa meninjau kawasan Rumah Hijau Mak Manding, Butterworth menjelang tengah hari tadi.

Masyarakat ini, menurut mereka, bukan menolak inisiatif serta sumbangan Barisan Nasional pada era Datuk Palaneval menjadi Presiden MIC.

Tetapi kata mereka lagi, rata-rata masyarakat India tidak dapat menerima layanan yang tidak beretika oleh pihak pro Umno Barisan Nasional ke atas Datuk S Ambiga belekangan ini.

"Ambiga di sisi masyarakat India adalah 'hati orang Hindu' atau 'ibu'. Apabila dia dilayan dengan tarian punggung tanpa pembelaan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional khususnya dari MIC, itu petaka besar...lebih besar dari protes Hindraf menjelang PRU12 dulu," kata seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Loga.


BERANI DEMI KEBENARAN

Z…

Taib Azamuden tak jadi Ahli Parlimen Baling, Afnan Hamimi?

DESAS-desus Datuk Taib Azamuden Md. Taib tidak bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kian kedengaran.

Khabarnya, bekas Imam Masjid Negara itu tidak mendapat restu daripada rata-rata kepemimpinan PAS Kawasan Baling serta Majlis Tindakan DUN (MTD).

Perang dingin antara beliau dan PAS Kawasan dicetuskan pasca PRU12 lagi apabila beliau mengfitnah sekumpulan pemimpin PAS Kawasan/MTD mencuri duitnya.

Dalam jelajah kawasan semasa itu, segelintir pemimpin PAS kawasan dituduh 'mencuri' duitnya sejumlah RM30,000.

Tidak cukup dengan itu, Taib Azamuden turut mengemukakan laporan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar di negeri berkenaan.

P.Pinang tawar tanah untuk pusat bina 300 'Rumah Hijau Mak Mandin'

PULAU Pinang menawarkan sebidang tanah milik Kerajaan Negeri berhampiran Rumah Hijau Mak Mandin, Butterworth untuk dibeli oleh kerajaan pusat lalu dibina lebih 300 unit rumah pangsa bagi penempatan semula penduduk berwajib.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, cadangan tanah seluas 2.06 ekar berhampiran jalan utama melalui Jalan Mak Mandin 5 itu turut dipersetujui oleh Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin.

"Pada minggu lepas, kami (Kerajaan Negeri) telah berbincang dengan penduduk kawasan (Rumah Hijau Mak Mandin) untuk memilih tapak ini supaya kerajaan pusat boleh membina rumah mampu milik penempatan semula lebih 300 penduduk berkenaan ke tempat ini," ujarnya pagi tadi.

Burhani, Bayani & Irfani

Menurut Muhammad 'Abid Al-Jabiri bahawa dari sudut kerangka pemikiran Islam, didapati wujud tiga aliran dalam sejarah intelektual Islam. Mereka adalah seperti berikut:

Pertama, Aliran Burhani
Iaitu pemikiran falsafah yang jelas-jelas lebih menekankan pada penggunaan akal dan rasional dengan disertakan bukti-bukti yang nyata.

Kedua, Aliran Bayani
Iaitu, pemikiran kalam atau tauhid yang lebih menekankan pada teks-teks naqliah (nas al-Quran dan as-Sunnah) dengan sedikit unsur aqliah (akal).

Ketiga, Aliran Irfani.
Iaitu, pemikiran tasawwuf yang lebih menekankan pada penggunaan rasa dan dzauq dengan bukti-bukti yang sulit dipertanggungjawabkan secara nyata.

___________
Sumber: Facebook Ustaz Wan Ji at-Ta'addudi