09 March 2012

Anwar yakin rakyat P.Pinang sokong integriti Guan Eng

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng akan terus menerima sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak, lapor PenangInsight.com.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata demikian berdasarkan rekod kerajaan negeri yang menyerlah dalam pelaksanaan budaya integriti serta anti rasuah melalui kempen Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

"Dari 100 polisi perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, saya mungkin bersetuju 40 atau 20 (polisi) sahaja.

"Tetapi, apa yang membezakan pentadbiran Guan Eng dengan (pentadbiran) Umno, dia (Guan Eng) tak curi atau rahsuah dengan menggunakan wang rakyat, pemimpin Umno (didedah) curi, pecah amanah, boros wang rakyat. Inilah kekuatan Guan Eng (kiri) untuk terus dipilihan rakyat," ujarnya malam tadi dalam satu majlis makan malam di Bayan Lepas.

Tanpa hadir perbincangan, SM Mohamed kritik P.Pinang


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telahpun mendedahkan maklumat kepada awam mengenai pembinaan terowong sepanjang 6.5 KM dari Gurney Drive ke Bagan Ajam, jalan sepanjang 12 KM menghubungkan Tanjung Bungah dan Telok Bahang serta beberapa projek mega lain, kata Zairil Khir Johari (kiri), lapor PenangInsight.com.

Penjelasan Setiausaha Politik kepada ketua menteri itu sekaligus menolak dakwaan aktivis veteran SM Mohamed Idris  yang mewakili NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mempersoal  "ketelusan dan keterbukaan" urus tadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Zairil berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng turut mendedahkan maklumat melalui dua sesi perbincangan bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan awam.

Mungkin SM Mohamed Idris tidak hadir dalam dua sesi perbincangan tersebut walaupun kedua-dua NGO yang dipimpinnya itu dijemput sehingga membawa tokoh berkenaan mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinanang pimpinan Pakatan Rakyat.

CEUPACS seakan bawah tekanan, akui SBPA 'perlu'

CEUPACS seakan di bawah tekanan apabila badan induk kesatuan sekerja sektor awam itu mengaku keputusan kerajaan membatalkan perlaksaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan "tindakan politik: menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagaimana yang disebut-sebut oleh banyak pihak.

Timbalan Presidennya, Azih Muda berdalih, pihaknya menganggap keputusan pembatalan SBPA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai tindakan yang perlu diambil demi masa depan kakitangan awam negara ini.

Menurut laporan PenangInsight.com, dalih itu seolah-olah merujuk pada kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa SBPA dibatalkan ekoran desakan pihak pembangkang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus