Skip to main content

Posts

Showing posts from February 12, 2013

Jangan layan isu tanah Melayu Johor tergadai, arah grup TPM

Umno Johor dilarang melayan dakwaan Pakatan Rakyat berhubung isu pemilikan tanah Melayu di negeri yang dikatakan kian menguncup.Grup kempen Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan tertutup di Parlimen Pagoh malam tadi didedah mengarah jentera setempat supaya fokus pada usaha mempopularkan imej baik Muhyiddin di setiap rumah pengundi di Pagoh.Malah, jentera parti turut dinasihat supaya tidak melayan kempen liar pembangkang menerusi laman sosial Facebook (gambar)."Kempen nilai ini penting untuk Muhyiddin sekiranya apa-apa berlaku pada pemimpin no.1 Umno nanti," kata salah seorang pengurus kempen Muhyiddin, dipetik sumber.

'Samseng Pekan' simbol Pak Lah lebih Ok berbanding Najib, kata bekas aktivis siswa

Insiden mahasiswa dipukul sekumpulan samseng di Parlimen Pekan petang tadi membuktikan bahawa Umno lebih mengamalkan politik sederhana semasa Tun Abdul Ahmad Badawi menjadi pertama Menteri berbanding era sekarang di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.Bekas aktivis mahasiswa, Azlan Zainal (gambar: tengah)  berkata, semasa mahasiswa turun berkempen menentang Abdullah yang lebih dikenali sebagai 'Pak Lah' pada musim pilihan raya ini lepas, budaya samseng sedemikian tidak berlaku di Parlimen Kepala Batas."Umno memang bekerja untuk mempertahan kerusi Kepala Batas yang dicabar oleh wadah Parti Mahasiswa Negara (PMN), tetapi tidak ada budaya seperti 'samseng Pekan'."Umno zaman Pak Lah lebih Ok (mengamalkan kesederhanaan politik) berbanding zaman samseng sekarang ini."Saya percaya, warga Pekan termasuk akar Umno Umno sendiri atas nama kemanusiaan sebenarnya tidak boleh menerima budaya samseng ini," ujar Azlan menerusi telefon.Ekoran itu, beliau berkata, polit…

Mahasiswa dibelasah samseng semasa kempen anti Najib di Pekan

PENGERUSI Gerakan Mahasiswa Sertai Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13), Syis Abdul Kadir mengesahkan, salah seorang aktivisnya, Ihsan Bukhari (baju merah) dipukul kira-kira jam 1.00 petang tadi semasa berkempen di Kampung Teluk dalam Parlimen Pekan.Beliau berkata, mangsa dipukul oleh sekumpulan samseng yang tidak dikenali, dipercayai khalayak tempatan demi mempertahan tapak sokongan rakyat terhadap terhadap Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak."Kami menang tidak kenal (samseng tersebut), tetapi, serangan terhadap mangsa dipercayai untuk halang kempen mahasiswa seru rakyat tolak Najib," ujar beliau menerusi telefon sebentar tadi.Syis yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMiUM) berkata, pihaknya dalam perjalanan ke balai polis berdekatan untuk membuat aduan lanjut.Sementara itu, gambar mangsa dipukul oleh samseng di Pekan disebar secara meluas di laman sosial Facebook.Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safw…

Insiden PSY: PM tak patut salahkan akar umbi Umno P.Pinang

SEKUMPULAN pemimpin Umno Pulau Pinang menerima layanan dingin daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu mesyuarat tertutup semalam.Sumber Umno Bahagian Jelutong memberitahu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berang dengan insiden memalukan mereka dalam konsert Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang pagi semalam yang menampilkan penyanyi 'Gangdam Style', PSY.Insiden memalukan itu turut disebarkan secara meluas dalam youtube sejurus selesai konsert mega politik Umno BN itu.Menerusi youtube, ditanya, "Are you ready for PSY?" sebanyak tiga kali, lalu serentak disambut dengan laungan "Yes!!!"Namun, semasa ditanya, "Are you ready for BN?", lalu serentak disambut dengan laungan "Noooo!!!!"Sumber berkata, grup kempen Najib sepatutnya tidak melayan dingin kepemimpinan Umno Pulau Pinang menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-13 hutang kian dekat ini.Ini kerana, kata mereka, akan mengeruhkan hubungan akar umbi par…

Guan Eng: Nafi dua pertiga majoriti BN, henti Dr.M zalim

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng merayu rakyat supaya sekali lagi menafikan dua pertiga majoriti Umno BN semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai dalam pilihan raya umum lepas.Beliau berkata, dengan berbuat demikian dapat menghalang hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kerajaan Pusat mengugur kerakyatan mana-mana pihak secara politik, termasuk Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga kelak."Takkan kerana usaha murni Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) ini, maka, kerakyatan Datuk Ambiga mahu digugurkan."Seniman Negara Datuk A.Samad Said pun adalah pengerusi bersama Bersih, tetapi, tidak dilayan seperti Datuk Ambiga."Pemimpin Umno sebenarnya tidak pernah berubah dan hormati maruah tiap-tiap rakyat yang hidup di negara ini."Ini kali lah...Ubah! Ubah! Ubah! Sekurang-kurangnya nafi dua pertiga (majoriti undi) untuk halang mana-mana rakyat tidak kira Melayu, Cina at…