Skip to main content

Posts

Showing posts from December 31, 2014

Sekat perarakan Maulidur Rasul di P.Pinang fitnah, kata Exco Agama

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri tidak pernah menyekat perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015 Masihi sebagaimana digambarkan oleh penyokong Pembangkang Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas hingga kini.
Dalam nada kesal, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, sambutan majlis mengingati keputeraan Rasulullah S.A.W tersebut dianjurkan seperti biasa pada 3 Januari ini, lengkap dengan perarakan 50 kontinjen dari Taman Vision dekat Bertam ke Masjid Abdul Fahim Kepala Batas, seawal jam 8.00 pagi.
"Saya melahirkan rasa kesal apabila ada media dan pihak tertentu sengaja melemparkan tohmahan, kononnya kerajaan negeri menyekat acara perarakan...Bahkan, ada yang mengaitkan dengan politik perkauman sempit.
"Perlu ditegaskan, pergerakan kontinjen adalah sebahagian acara sambutan, bukannya intipati dan matlamat utama majlis Himpunan Ummah Pulau Pinang, sepertimana amalan oleh…

"Notis" Abdul Aziz, SPR tak junjung semangat demokrasi - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEOGRE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyifatkan syor Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengeluarkan Notis Kajian Semula Persempadan baru-baru ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada tiga wakil yang telahpun dilantik oleh Kerajaan Negeri sebenarnya merupakan amalan yang tidak menjunjung semangat demokrasi berpelembagaan.
Katanya, Abdul Rashid dipertikai kerana mensyorkan SPR mempamerkan cadangan peta persempadanan semula selama sebulan untuk Kerajaan Negeri Kerajaan Tempatan dan sekumpulan pengundi yang tidak kurang daripada 100 orang bagi satu-satu kawasan pilihan raya menyatakan persetujuan atau kritikan, sebelum proses perwartaan dilangsungkan di Dewan Rakyat.
Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) merupakan tiga wakil yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk berurusan dengan SPR.
"…

15 tan bantuan kemanusiaan ke Kelantan sampai esok, kata Ahli Majlis MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Zulkifli Ibrahim berkata, konvoi tujuh kenderaan yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan seberat 15 tan dijadualkan bertolak pada tengah malam ini dan dijangka sampai di kawasan banjir dalam Kawasan Parlimen Bachok, Kuala Krai dan Tumpat dekat Kelantan pada tengah hari esok.
"Fokus bantuan kemanusiaan ini berupa barang-barang makanan segera yang tidak perlu dimasak, serta kelengkapan asas lain seperti air mineral, lampin, kelengkapan persekolahan, tuala wanita, mandian dan cucian serta bantal.
"Semua sumbangan tunai ada yang disumbangkan oleh surau, gereja, dan rumah-rumah ibadat yang dianggarkan (bernilai) lebih RM100,000 semuanya ditukarkan barang keperluan dalam hampir 500 kotak untuk dihantar ke sana (Kuala Kerai)," ujar Zulkifli selaku koordinator konvoi tersebut, pada sidang media di sini tengah hari tadi.
Hampir semua Ahli Majlis MPSP, wakil (Persatuan Kebajikan …

Segera buka sekretariat di setiap negeri, gesa Setiausaha PasMa

Untuk sebaran umum.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengarahkan penubuhan sekretariat di setiap negeri demi membolehkan pendaftaran lebih ramai sukarelawan menghadapi musim bencana, kata Setiausaha Agungnya Ustaz Taib Ahmad.
"Kita akan mengerah seramai mungkin (sukarelawan) ke kawasan bencana, di mana sekretariat ini berperanan sebagai pusat daftar sukarelawan dan kumpul sumbangan," ujar Taib menerusi WhatsApp tertutup NGO berkenaan, pagi tadi.
Taib turut menggesa kepemimpinan peringkat negeri melebarkan jaringan kerjasama dengan pasar raya serta NGO berkaitan, selain terus mengukuhkan muafakat bersama PAS, DAP serta PKR atas nama Pakatan Rakyat.
"Perlu luaskan jaringan sebab kita (PasMa) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) walaupun ada ketikanya berperanan macam parti politik untuk mengukuhkan sokongan hampir empat juta penyokong Pakatan semasa PRU13 pada pilihan raya umum akan datang," jelas beliau lagi.
Beli…

Mungkin ini puncanya Dr Hatta Ramli difitnah tak cakna bencana banjir di Kuala Krai hingga kini

Ahli Parlimen PAS bagi Kuala Krai Dr Hatta Ramli hingga kini digambarkan masih tidak turun padang melihat kawasannya yang dilanda bencana banjir teruk.Cybertroopers Umno dan avatar pro UG antara yang ghairah mengfitnah peribadi Dr Hatta di facebook sejak berapa hari lepas.Bagaimanapun sikap setiakawan Dr Hatta mempertahan tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat demi menumbangkan Umno BN di PRU14 terus dihargai oleh rakan pimpinan daripada DAP dan PKR.Terbaru, DAP Pulau Pinang 1 Januari jam 2.00 pagi ini dijadualkan Konvoi Kemanusiaan II ke Kuala Krai dilaporkan masih perlu banyak pacuan empat roda.NGO mesra Pakatan Rakyat PasMa Pulau Pinang turut menyertai konvoi kemanusiaan tersebut, selepas kejayaan Kerajaan dari negeri ini berjaya menghantar bantuan kemanusiaan ke Kawasan Parlimen Kota Bharu sebelum ini.Sertai misi bantuan banjir 31 Dis. hingga 10 Jan., kata KeADILan P.Pinang.Di bawah ini antara respons terbaru Dr Hatta mengenai keadaan kawasannya yang dilanda bencana:Now Kuala K…

MP DAP Taiping mula sumbang sebulan gaji kepada mangsa banjir, Geng Ustaz UG bila lagi?

IPOH - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyumbangkan sebulan gajinya sebagai ahli parlimen kepada mangsa banjir.“Satu negara, satu keluarga. Saya menderma gaji ahli parlimen bulan ini untuk tabung bencana banjir, tanda keprihatinan," kata Ahli Parlimen Taiping itu dalam satu kenyataannya hari ini.Satu majlis serahan ringkas sumbangan tersebut dibuat di ibu pejabat DAP Perak hari ini.Dalam pada itu, Nga memaklumkan, DAP Perak telah menubuhkan pusat kutipan barangan bantuan di ibu pejabat DAP negeri di samping lima lagi pusat khidmat wakil rakyat.DAP negeri turut melancarkan tabung kilat bencana banjir dengan peruntukan serta-merta berjumlah RM10,000.Tambah Nga, edaran barangan bantuan kepada mangsa banjir seperti pakaian, selimut, air mineral dan makanan ke kawasan terlibat akan bermula esok.Dalam perkembangan berkaitan, DAP Selangor masih meneruskan kutipan sumbangan barangan dari orang ramai sehingga jam 10 malam ini di lokasi berikut.Dewan Orang Ramai Kg Baru Balakong, Jalan …

Lutfi Othman, 'anti-UG' disingkir daripada Harakah?

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BUKIT MERTAJAM - Bilik berita Harakah ura-ura sedang mengalami rombakan besar-besaran supaya kelompok pro rancangan kerjasama dengan Umno ala-ala Kerajaan Perpaduan (UG) mampu terus mendominasi hearaki parti pada saingan Muktamar PAS tahun depan, serta tidak lagi gagal menghancurkan tahaluf siyasi Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Lutfi Othman khabarnya dinasihat supaya berehat daripada jawatan Ketua Pengarang  Kumpulan Harakah, sungguhpun keuzuran wartawan veteran berkenaan langsung tidak mendapat ketetapan rasmi daripada Lembaga Perubatan berwajib.
"Bukan dicadangkan, tetapi, telah diputuskan oleh Lembaga Pengarah Harakah (supaya) Lutfi berhenti dan diminta mengambil medical boat (board), kononnya sakit.
"Tetapi, tiada bukti dia (Lutfi) sakit yang membolehkan dia tidak boleh bertugas sebagai ketua Pengarang Kumpulan Harakah," ujar sumber malam tadi.
Sumber sama turut menyebut mengenai penyingkiran beberapa kolumnis Hara…