31 December 2014

MP DAP Taiping mula sumbang sebulan gaji kepada mangsa banjir, Geng Ustaz UG bila lagi?

NGA Kor Ming menyumbangkan sebulan gaji ahli parlimen beliau kepada tabung bencana banjir


IPOH - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyumbangkan sebulan gajinya sebagai ahli parlimen kepada mangsa banjir.

“Satu negara, satu keluarga. Saya menderma gaji ahli parlimen bulan ini untuk tabung bencana banjir, tanda keprihatinan," kata Ahli Parlimen Taiping itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Satu majlis serahan ringkas sumbangan tersebut dibuat di ibu pejabat DAP Perak hari ini.

Dalam pada itu, Nga memaklumkan, DAP Perak telah menubuhkan pusat kutipan barangan bantuan di ibu pejabat DAP negeri di samping lima lagi pusat khidmat wakil rakyat.

DAP negeri turut melancarkan tabung kilat bencana banjir dengan peruntukan serta-merta berjumlah RM10,000.

Tambah Nga, edaran barangan bantuan kepada mangsa banjir seperti pakaian, selimut, air mineral dan makanan ke kawasan terlibat akan bermula esok.

Dalam perkembangan berkaitan, DAP Selangor masih meneruskan kutipan sumbangan barangan dari orang ramai sehingga jam 10 malam ini di lokasi berikut.

Dewan Orang Ramai Kg Baru Balakong, Jalan KB 2 / 12a, Kampung Baru Balakong, 43200, Seri Kembangan. - 30 Disember 2014,  Roketkini.com 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus