27 February 2016

Hukum Solat Sunat secara duduk dan baring

CUBA teka buah apa yang dipegang oleh penulis?


Fiqh Ibadah:
HUKUM SOLAT SUNAT SECARA DUDUK DAN BARING

"Berdiri" memang salah satu rukun solat.

Akan tetapi, 'berdiri' untuk solat fardu sahaja, tidak untuk solat sunat.


Maka, jumhur ulama berpendapat bahawa solat sunat dalam keadaan 'berdiri' atau duduk disebabkan wujudnya uzur atau sebaliknya adalah sama-sama sah.

Cuma, ganjarannya adalah sebahagian ke mereka mereka yang melaksanakan solat secara duduk tanpa keuzuran berbanding mereka yang melaksanakannya secara berdiri.

Ini, berpandukan hadith sahih daripada Abdullah bin Buhairah daripada Imran bin Hasin bahawa suatu hari beliau pernah bertanya kepada Nabi S.A.W mengenai orang yang solat sunat secara duduk, maka Nabi S.A.W menjawab:

مَنْ صَلَّى قَائِمًا فَهُوَ أَفْضَلُ وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ الْقَائِمِ وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ الْقَاعِدِ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ نَائِمًا عِنْدِي مُضْطَجِعًا هَا هُنَا

Maksud:
"Siapa yang solat dengan berdiri maka itu lebih utama. Dan siapa yang melaksanakan solat dengan duduk maka baginya setengah pahala daripada orang yang solat dengan berdiri dan siapa yang solat dengan tidur (berbaring) maka baginya setengah pahala orang yang solat dengan duduk. Berkata Abu 'Abdullah: Menurutku yang dimaksud dengan tidur adalah berbaring."

[Sahih Buhari, no. hadith 1,049]

Pun begitu, solat sunat dalam keadaan berbaring adalah tidak sah, melainkan ada keuzuran yang membuatnya tidak dapat duduk.

Bagaimana dengan kedudukan sabda Rasulullah sebagaimana pada hadith di atas?

"...siapa yang shalat dengan tidur (berbaring) maka baginya setengah pahala orang yang solat dengan duduk."

Sesungguhnya sama sekali tidak pernah didengar melainkan pada hadith di atas ini sahaja.

Dan, tidak pernah didengar daripada pendapat ulama yang membolehkan solat sunat dalam keadaan berbaring.

Lebih jelas, Rasulullah S.A.W memaksudkan solat sunat dalam keadaan duduk sahaja.

Seandainya lafaz hadith itu benar daripada Rasulullah S.A.W serta bukan daripada perkataan perawi, maka solat dalam keadaan berbaring sungguhpun boleh dalam keadaan duduk, hukumnya boleh mengikut hadith di atas.

Bagaimana pula melaksana solat sunat dalam keadaan 'berdiri' dalam satu rakaat, lalu berkeadaan duduk pada rakaat selainnya dalam solat sunat yang sama?

Hukumnya boleh bermuarakan suatu hadith sahih lain daripada riwayat Aisyah r.a. dalam Sahih Muslim, serta menjadi pegangan imam empat mazhab.

Wallahi 'alam.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus