Skip to main content

Brunei larang arak secara total, Malaysia?

‎Larangan arak khusus pada sekalian mukallaf tetapi tak boleh sampai menafikan hak orang bukan Islam untuk minum.

Seperti babi yang diharam makan oleh sekalian mukallaf, kerajaan yang adil tidak boleh menafikan hak bukan Islam untuk memakannya.

Arak seperti babi, diharamkan ke atas mukallaf tetapi tidak boleh sampai menafikan hak bukan Islam untuk meminumnya.

Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri bersabda yang bermaksud, "Fa a'thi kulli zi haqqin haqqahu" yang bermaksud, 'Berikanlah setiap yang mempunyai hak akan haknya" [hadith Sahih Bukhari: 5674]

Dalam konteks Malaysia yang terdiri dari mukallaf dan bukan mukallaf (baca: orang bukan Islam), sudah tentu wajib diambil kira.

Di negara-negara yang rakyatnya majoriti bukan Islam sendiri pun, sebenarnya amalan meminum arak sangat dikawal. Sebagai contoh di UK, arak tak dijual di stesen minyak sebab membahayakan pemandu.

Di Switzealand, arak dijual secara ketat dalam premis kerajaan sahaja untuk elak budaya alchoholisme.

Di Findland, arak dijual dan mesti diminum dalam bar sehingga jam 3 petang tempatan sahaja untuk kekalkan keharmonian keluarga. (Ini antara dapatan yang saya dapat dari rakan2 FB sebelum ini.)

Dalam konteks Malaysia sepatutnya lebih baik dari itu. Lebih dua tahun lepas, insiatif Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan kedai 7E supaya tidak menjual arak demi memelihara konsumerisme di kalangan pelajar-pelajar pernah jadi kontroversi.

Semasa itu, Khalid menjelaskan mudharat (keburukan) yang lebih berbanding maslahah (kebaikkan) sehingga diterima oleh mukallaf dan bukan mukallaf (baca: orang bukan Islam).

Akhirnya, tanpa menyebut hal keIslaman secara regid pun, penguatkuasaan boleh dilakukan melalu kerjasama MBSA serta pihak penguatkuasa berwajib yang lain sehingga sekarang.

Penjelasan Khalid ini selari dengan dalalah nas al-Quran yang bermaksud, "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[arak] dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya',". (Surah al-Baqarah: 219)

Insiatif Khalid yang juga AJK PAS Pusat ini selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi, "al-hukmu yaduru ma 'ala musamma la 'ala ismi" yang bermaksud, 'kehukuman itu berlegar pada apa (intipati) yang diberikan nama, bukan jenama."

Justeru, saya bersetuju dengan cadangan mewujudkan zon khusus untuk bukan Islam meminum arak supaya:

1. Tidak menafikan hak bukan Islam sebagaimana yang dituntut di sisi syara'

2. Mudah untuk menguatkuasa berbanding sekarang (arak dijual secara terbuka untuk muslim & non-Muslim) kerana kaedah fiqh ada menyebut, "irtikab akhofu dhururain" (baca: pilih mudharat yang lebih kecil di antara dua mudharat)

3. Rakyat sama ada muslim atau non-muslim tidak mempunyai alasan lagi kerana kaedah syarak hatta amalan penguatkuasaan sivil praktikal dilaksanakan dalam konteks Malaysia.

Bagaimanapun, sekiranya rakyat baik mukallaf atau bukan Islam bersetuju untuk melarang arak dijual di setiap pelusuk negeri (sama ada dalam konteks Brunei Darussalam mahupun Malaysia), maka tidak salah langkah pengharaman secara holistik dilakukan kerana mengutamakan 'uruf al-Quran (baca: adat petunjuk al-Quran) lebih diutamakan dari uruf ahlu balad (adat petunjuk rakyat).

Wallahu 'alam.

"SAYA BERSETUJU UNTUK BERBEZA PENDAPAT"

Zainulfaqar Yaacob
Wartawan,
PenangInsight.com