20 March 2014

Peguam kontroversi penasihat 'Angsa Bertelur Emas'

(Dari kiri) RIZAL Hafiz Roslan, Khairul Ishak, Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani, 'Bang Pin', Zolkifly Md. Lazim, Dr. Mohd. Fauzi Hyffny dan Mhd. Nasir Yahya merakamkan gambar di Restoran Subaidah dekat Seberang Jaya pada malam tadi, sejurus selesai majlis musyawarah mengenai Projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas PAS Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Peguam kontroversi Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani akhirnya bersetuju menjadi penasihat Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas selepas berbeza pendapat secara tertutup mengenai idea Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang tersebut.

"Perlu nasihat supaya ia betul-betul ikut piawaian (pematuhan) syariah," ujar Ahmad Jailani di sini, malam tadi.

"Mohzani Mahathir bukan kroni, tapi orang kaya Malaysia"

TUN Dr Mahathir Mohamad berdalih Malaysia memerlukan lebih ramai orang kaya apabila anaknya sendiri bernama Datuk Mohzani digambarkan antara kroni berprofil tinggi di rantau ini.

Bekas Perdana Menteri itu dipetik berdalih, Malaysia pasca kolonialisme British pada tahun 1957 banyak menggunakan pendekatan ekonomi 'pragmatik' – bukan pasaran bebas atau sosialis – dan beliau menolak kritikan hanya mengayakan kelas elit sepanjang 22 tahun pemerintahannya

Tidak cukup dengan itu, dalih Mahathir lagi, Kerajaan Umno BN Pusat kononnya meminjam idea sosialis – menyokong langkah afirmatif untuk Melayu, penubuhan syarikat milik negara dan memberikan tanah – ia juga memberikan kebebasan kepada perniagaan.

Dia memberikan ceramah kepada pusat kajian pembangunan dan kemiskinan di kampus induk Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

Selepas ucapan bertajuk “Isu-isu kemiskinan dalam pembangunan ekonomi Malaysia” itu, peguam dan aktivis Haris Ibrahim bangun menyelar Mahathir.

Zolkifly nafi wakili PAS bertemu AIG M'sia


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Pertemuan dengan barisan peneraju utama insurans Kumpulan AIG Malaysia petang tadi hanya bersifat korporat, bukan membawa hasrat rasmi PAS Pulau Pinang.

Zolkifly Md. Lazim memberi respons tersebut, selepas tersebarnya sekeping gambar eksklusif yang mendakwa Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang itu pada petang tadi baru memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kepentingan ahli PAS negeri tanpa mendapat mandat pemimpin parti masa depan terbabit.

"Memang ada pertemuan tertutup dengan AIG Malaysia-Hong Kong, tetapi, berkaitan 20,000 pelanggan yang pernah menerima khidmat di hospital saya.

"Cuma, saya ditanya mengenai projek RM1 juta (Tabung Amanah) Angsa Bertelur Emas...itu saja," respons Zolkifly yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh, semasa dihubungi lewat petang tadi.

Beliau turut enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan khalayak kononnya projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas yang dilancarkan peringkat negeri pada minggu lepas khabarnya ditentang hebat oleh majoriti AJK PAS Negeri.

Terdahulu, Zolkifly sejak lebih sebulan lepas dikatakan menerima kritikan majoriti pemimpin kanan PAS negeri, gara-gara mencadangkan projek mengayakan manfaat infaq RM1 juta yang dikutip daripada ahli-ahli parti.

Selain didakwa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan PAS, Zolkifly turut digambarkan cuba memanipulasi sekali lagi dana parti untuk kepentingan peribadi.

Petang tadi pula, menerusi satu gambar eksklusif di Restoran Victoria dekat Bandar Sunway di sini, Zolkifly didakwa menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat insurans Kumpulan AIG Malaysia, tanpa restu parti.

Zolkifly, dalam reaksi spontan mengaku bahawa beliau memang mengadakan pertemuan tertutup dengan Timbalan Pengurus Pusat Keuntungan & AVP AIG Hong Kong, Zion Ngai, Wong Ann Young (Penolong Naib Presiden AIG Malaysia Bhd.), Sam Teo Chee Teong (Pengurus AIG Malaysia Pulau Pinang) serta Abd. Hafiz Abd. Majid (agen insurans terbaik AIG Wilayah Semenanjung Malaysia), seperti yang didedah dalam gambar eksklusif tersebut.

Dr. Wu Lien-Teh inspirasi P.Pinang - Guan Eng

ACARA perasmikan tugu peringatan Dr. Wu Lien-Teh dalam satu majlis berasingan di sini baru-baru ini. Pada tugu peringatan tersebut, tertara tulisan "Arca gangsa ini dihadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang oleh The First Affiliated or Harbin Medical University dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng pada 9hb Mac 2014.
LIM Guan Eng bersama-sama dif kehormat lain pada Majlis Jamuan Malam Simposium Dr. Wu Lien Teh di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Penang Institude (PI) dengan kerjasama Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) baru-baru ini menganjurkan Simposium Dr. Wu Lien-Teh sebagai mengingati kejayaan tokoh revolusi itu di negeri ini dalam menggulingkan Dinasti Qing serta menubuhkan Negara China Moden.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap, kekayaan nilai sejarah lampau dan prospek ekonomi masa depan yang wujud di Pulau Pinang dapat menjadi inspirasi istimewa kepada rakyat serta mereka yang melancong ke negeri ini.

"Dr. Wu memang inspirasi kepada kita semua.

"Apa yang kita lihat sebagai wilayah kecil bersejarah George Town Tapak Warisan Dunia sebenarnya adalah hasil daripada penyatuan warisan agama, sosial , ekonomi dan politik.

"Dalam erti kata lain, ia adalah pertemuan pelbagai budaya dan etnik yang telah membuat, dan terus membuat, Pulau Pinang tempat yang istimewa," ujar beliau pada majlis jamuan malam itu di sini.

Berkawan bina Satay Ibrahim – Mat Jamil

MAT Jamil Saad (berdiri, empat dari kiri) dan Zolkifly Md. Lazim melihat operasi mencucuk daging sate oleh pekerja tempatan di Kilang Satay Ibrahim di sini baru-baru ini.

Cerdik tak membuang kawan, gemuk tak membuang lemak.

Itu pedoman yang dikongsi oleh personaliti kali ini, Mat Jamil Saad, 47, semasa diwawancara mengenai kejayaan menubuhkan Kilang Satay Ibrahim dekat Teluk Kumbar baru-baru ini.

Menurut Mat Jamil, kilang memproses sate itu adalah simbol persahabatan beliau dengan empat rakan kongsi lain.

Mereka adalah dua anak ‘Pak Ibrahim’, seorang cucu kepada pengasas resepi enak itu, dan seorang lagi adalah kenalan berniaga di pasar malam.

“Susah berkawan dalam berniaga ini sebenarnya lebih senang kerana masing-masing saling nak berkawan dan nak berniaga,” ujat Mat Jamil kepada fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB baru-baru ini.


MAT Jamil Saad (kiri) semasa diwawancara oleh Wartawan Buletin Mutiara, Zainulfaqar Yaacob (kanan) di sini baru-baru ini.

Dorongan
Menurut Mat Jamil, Dewan Perniaga Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) pada dua tahun lepas ada menyatakan hasrat mewujudkan perniagaan contoh untuk dijadikan aras tanda kepada kaum peniaga kecil di negeri ini.

Mat Jamil dan lapan rakan lain melalui Pertubuhan Peniaga-Peniaga Pasar Malam Pulau Pinang (PPPMPP) pada dua tahun lepas dipelawa untuk mengikuti kursus intensif perniagaan komersial selama tiga hari dua malam di Serdang, Selangor di bawah kendalian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Selepas balik dari kursus itu, akhirnya, kami (PPPMPP) setuju buat perniagaan sate pada awal tahun lepas kerana itu makanan popular orang Melayu, Cina dan India, semua makan sate.  

“Saya pelawa dua anak arwah Pak Ibrahim dan cucunya serta seorang lagi kawan saya untuk bersama-sama menubuhkan Kilang Satay Ibrahim ini atas semangat berniaga dan berkawan,” ujar beliau.

Mat Jamil berkata, lima mereka masing-masing bersetuju mengeluarkan modal pemulaan sebanyak RM5,000 semasa menubuhkan Kilang Satay Ibrahim.

“Lebih kurang 10,000 sate dihasilkan ikut permintaan tiap-tiap hari, kadang-kadang permintaan harian mencecah lebih 15,000 batang cucuk.

“Dengan modal permulaan itu serta bantuan banyak pihak, kilang Satay Ibrahim kini lengkap dengan mesin sofistikated untuk menghasilkan sate secara komersial, selain, disokong oleh 10 pekerja dari kalangan orang tempatan di sini,” ujar Mat Jamil.

MAT Jamil Saad (kiri) menjelaskan kepada Zolkifly Md. Lazim (kanan) mengenai kemampuan produktivti mesin mencucuk sate secara semi-automatik di sini baru-baru ini.

Pun begitu, katanya, masih banyak lagi perlu dilakukan untuk mengkomersialkan produk tersebut di luar negari ini, walaupun Satay Ibrahim ini sudah mempunyai peminat tersendiri sejak lebih 30 tahun dulu di negeri ini.

Bagi Mat Jamil sendiri, menguruskan Kilang Satay Ibrahim bagaikan kerjaya sepenuh masanya, walaupun beliau sebenarnya adalah berniaga bihun sup di Pasar Malam Pondok Upeh dekat Balik Pulau dan Pasar Malam Permatang Damar Laut dekat Batu Maung.


Peniaga Melayu terpinggir
Mat Jamil secara tegas menolak dakwaan sesetengah kononnya peniaga Melayu ‘susah nak cari makan’ di Pulau Pinang, ekoran penguatkuasaan undang-undang berwajib oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Kalau benar terpinggir, saya sendiri tak boleh membuka Kilang Satay Ibrahim kerana saya pun Melayu,” seloroh Mat Jamil.

Mat Jamil yang juga Timbalan Pengerusi PPPMPP berkata, kedudukan penjaja pada era ‘Kerajaan Hari Ini’ sebenarnya jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

“Cina atau India pun banyak seperti Melayu, berdepan tindakan penguatkuasaan kerana berniaga di tempat yang salah...ini isu penguatkuasaan, bukan peminggiran mana-mana kaum.

“Kalau dulu (sebelum Mac 2008), penjaja tidak mempunyai hak untuk menguruskan sendiri pasar malam kerana atas alasan di kawasan perumahan dan atas jalan...amalan biasa memberi hak (mengurus pasar malam kepada) JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti), persatuan penduduk dan KRT (Kelab Rukun Tetangga).

“Tetapi, kita (PPMPMPP) menganjurkan (pasar malam) di Tapak Pesta dan Jalan Tull pada era Kerajaan Negeri hari ini,” jelas Mat Jamil.

MAT Jamil Saad menjelaskan kepada Zolkifly Md. Lazim mengenai sumbangan PPMPMPP yang mendapat liputan media serta perhatian Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.

Aras Tanda
Mat Jamil berpendapat Kerajaan Negeri melalui agensi berwajib dengan kerjasama PPMPMPP sepatutnya menggariskan aras tanda (banchmark).

“Pulau Pinang ini adalah negeri pelancongan, ertinya, imej penjajaan pun penting untuk dilihat.

“Contoh seperti di Padang Kota, penjajaan di kawasan larangan sejak era dahulu Kerajaan Negeri (sebelum tahun 2008) lagi. Dulu pun MPPP buat penguatkuasaan, sekarang pun sama.

“Garis panduan aktiviti penjajaan memang ada, cuma tinggal macam mana nak diamalkan oleh peniaga.

“Ada pendapat mengatakan kawasaan penjaaan tak cukup, itu pun penting untuk dilihat. Tetapi, yang lebih penting, bagaimana nak meningkatkan mutu pelanggan di kawasan penjajaan yang sedia ada.

“Sebagai contoh, wujudkan banchmark dari segi kebersihan dan mutu pelanggan yang berkualiti, hanya penjaja yang memenuhi spesifikasi banchmark ini layak untuk berniag, tak kiralah di kawasan jaja berbumbung atau seperti di pasar malam.

“Ini secara langsung akan memberi peluang kepada penjaja-penjaja yang benar-benar komited untuk berniaga ikut banchmark negeri untuk memajukan perniagaan sendiri dan negeri,” ujar beliau.


Harapan
Mat Jamil memberitahu, bahawa kilangnya sudah menyediakan kiosk lengkap dengan peralatan membakar sate kepada mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga.

MAT Jamil Saad (kiri) dan Zolkifly Md. Lazim menunjukkan kiosk Satay Ibrahim untuk rakan niaga yang berminat dengan modal awalan serendah RM1,500.

“Bayar RM1,500 sahaja boeh dapat semua ini. Harga borong secucuk sate ayam 35 sen dan boleh dijual dengan harga 50 sen. (Harga borong secucuk) sate daging 45 sen dan boleh dijual 50 sen. (Harga borong secucuk) sate perut 60 sen dan boleh dijual dengan harga RM1.

“Dari awal kilang ini dibuka lagi, kita tak buat pinjaman bank kerana kita nak memajukan secara berperingkat.

“Kalau di Selangor terkenal dengan Sate Samuri Kajang, di Pulau Pinang biarlah Satay Ibrahim menjadi satu lagi identiti makanan enak negeri di negara ini...kalau boleh di luar negara,” ujar Mat Jamil.

Tambah Mat Jamil, beliau sendiri baru berbincang dengan Penasihat Koperasi Pasar Aneka Taman Selat, Zolkifly Md. Lazim mengenai pengalaman koperasi itu mewujudkan pinjaman mikrokredit tanpa riba, sebagaimana dilaporkan oleh Buletin Mutiara sebelum ini, untuk dilaksanakan dalam PPMPMPP.

Justeru, beliau berharap Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perdagangan Dalam Negeri berwajib mungkin boleh kolaborasi dengan Kilang Satay Ibrahim demi mengangkat jenama Pulau Pinang ke luar negeri.

Mat Jamil boleh dihubungi meneri nombor telefon 0195475227 atau matjamilsaad@gmail.com. Kilang Satay Ibrahim di alamat No.28, Tingkat Bawah, Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, 11,920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus