Skip to main content

Peguam kontroversi penasihat 'Angsa Bertelur Emas'

(Dari kiri) RIZAL Hafiz Roslan, Khairul Ishak, Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani, 'Bang Pin', Zolkifly Md. Lazim, Dr. Mohd. Fauzi Hyffny dan Mhd. Nasir Yahya merakamkan gambar di Restoran Subaidah dekat Seberang Jaya pada malam tadi, sejurus selesai majlis musyawarah mengenai Projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas PAS Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Peguam kontroversi Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani akhirnya bersetuju menjadi penasihat Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas selepas berbeza pendapat secara tertutup mengenai idea Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang tersebut.

"Perlu nasihat supaya ia betul-betul ikut piawaian (pematuhan) syariah," ujar Ahmad Jailani di sini, malam tadi.


Beliau berkata demikian selepas bermusyawarah dengan Pengerusi Lajnah, Zolkifly Md. Lazim.

Beberapa ahli jawatankuasa lajnah lain, Dr. Mohd. Fauzi Hyffny, Mhd. Nasir Yahya , 'Bang Pin' dan Rizal Hafiz Roslan, serta 'DAP Melayu' Khairul Ishak turut hadir pada majlis tersebut.

Sebelum itu, Zolkifly menjelaskan bahawa projek 'Angsa Bertelur Emas' itu bukanlah skim takaful atau skim simpanan kelompok, sebagaimana yang disangsikan oleh beberapa pemimpin kanan PAS Pulau Pinang.

"Infaq ertinya kita memberi sumbangan dana tanpa mengharapkan pulangan keuntungan, ia sama sekali berbeza dengan konsep skim takaful atau simpanan berkelompok," jelas Zolkifly yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh. 

Terdahulu, projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas yang dilancarkan Sabtu lepas khabarnya menerima reaksi dingin daripada majoriti Ahli Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, walaupun idea mengayakan manfaat infaq telahpun dibentangkan kepada khalayak sebelum ini.

Manakala, Ahmad Jailani pula pernah dilihat kontroversi, ekoran, tindakannya memenangkan permohonan murtad oleh seorang mualaf bernama Siti Fatimah Tan Abdullah di Mahkamah Syariah, beberapa tahun lepas.