Skip to main content

[Youtube Info Grafik] PAS P.Pinang lancar Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - PAS Pulau Pinang pagi ini melancarkan penubuhan Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas, iaitu projek mengayakan manfaat daripada RM1 juta dana infaq ahli-ahli parti masa depan itu.

Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim berkata, pihaknya berharap inisiatif itu mampu mengubah dimensi parti sendiri supaya selari dengan perubahan dimensi dunia hari ini.

"Dunia terus berubah. Di semua negara, Ketua Turus Negara datang daripada Tentera Darat.

"Amerika Syarikat ubah Ketua Turus Tenteranya dari darat kepada laut, kerana mereka percaya untuk kuasai dunia perlu kuasai laut sebab semua daratan dikelilingi laut.

"Saya pun nak ubah dimensi politik PAS dengan memaksimakan peranan ekonomi dalam parti dengan memaksimumkan peranan bendahari di peringkat kawasan dan negeri.

"Kita tak akan guna duit (Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas) pokok RM1 juta yang ahli-ahli indah, tetapi, kita akan mengatakan manfaatnya untuk pengurusan parti," ujar Zolkifly Md. Lazim di Auditorium C, Komtar.

Beliau berucap demikian dalam program bersama-sama Majlis Penerangan Kerajaan Negeri, kendalian Ustaz Rosidi Hussain (Timbalan Pengarah Komunikasi Kerajaan Negeri merangkap Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang).

Sebelum itu, digandingkan wacana Mengayakan Manfaat Infaq Wahana Ekonomi Menusiawi.

ROSIDI Hussain (depan, berdiri) sedang menyampaikan penerangan mengenai prospek Kerajaan Negeri, sepentas dengan Zolkifly Md. Lazim (depan, tengah) di sini, pagi tadi.