20 July 2013

Populariti Che Long pengaruhi trend kempen lawan

POPULARITI Che Long di Kuala Besut turut melebihi trend kempen 'Calon Putrajaya' yang diperjudi oleh Umno, kata Pusat Kajian Strategik (PKS) Kerajaan Negeri Kelantan.

"Calon Putrajaya pun sengaja nak dipanggil 'Abe Ku' kerana populariti nama 'Che Long ' di sini," ujar Ketua Penyelidik, Zainal Abidin Hussin (gambar di atas).

Malah, katanya, Umno juga cuba menggunakan sentimen agama sebagaimana Pas dalam kempen empat hari sebelum Hari Buang Undi, 24 Julai ini.

"Mula-mula dulu, Umno menggambarkan 'calon Putrajaya' sebagai calon muda dan profesional (jurutera) sungguhpun calon Pas juga seorang kontraktor.

"Pengurus kempen Umno boleh naik kain rentang yang tertera gambar 'calon Putrajaya' dengan ayahnya...dengan memberitahu 'calon Putrajaya' itu anak u ustaz mungkin kerana Umno percaya itu kekuatan mereka," ujar Zainal Abidin.

Beliau bagaimanapun berkata, kedua-dua pihak seakan masih mencari format akhir untuk mencipta mood mampu menang pada 24 Julai nanti.

Che Long di depan kecuali politik wang lawan : Mujahid

ALHAMDULILLAH... Kami sempat bertandang di Surau Kampung Alur Pisang, Kuala Besut menjelang masuk waktu Zuhur.

Surau itu menjadi Rumah Pas Pulau Pinang.

Saya sempat meramahi dua pemimpin Pas Kawasan Bayan Lepas. Mereka, Zailan Zainol dan 'Mat Siam'.

Ketua Pas Cawangan Bayan, Zolkifly Md Lazim dilaporkan sempat meramahi Fauzi Yusoff (Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Pas Kawasan Balik Pulau.

Sementara itu, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula dilihat mematuhi sukarelawan Pas Pulau Pinang memotong daging dan menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.

Menarik juga kesimpulan Dr Mujahid semasa ditanya mengenai memang-kalah PRK itu.

"Populariti Che Long lebih mendahului 'Calon Putrajaya', tetapi, politik wang Umno mungkin boleh mengubah sokongan majoriti pengundi terhadap Pas," respons
AJK Malaysia merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Dr Mujahid mempertikai langkah Kerajaan Umno BN memberi tunai  RM200 elaun nelayan di sini yang didakwa mendekati amalan rasuah.

Dr Mujahid mempelawa saya dan enam lain bertandang di rumah Mertuanya sejurus selesai solat Zuhur berjamaah di sini.

Baru saya tahu, orang rumah Dr Mujahid adalah orang Kampung Dengir, Kuala Besut.

Pecah rahsia!

Kuala Besut: Che Long vs Calon Putrajaya, kata pengundi

ANTARA pengalaman merayu undi untuk Che Long tengah hari tadi di Kilang Keropok Ikan Emas 3 di Kampung Jerat dalam kawasan PRK Kuala Besut.

AJK Pas Malaysia, Datuk Dr Mujahid yang mengetuai ekspedisi politik dakwah di sini.

Saya lihat Dr Mujahid membawa kempen yang mudah, iaitu memberi salam dan bertanya khabar, lalu, mengaku beliau wakil Che Long merayu undi kemenangan untuk Jamaah Pas.

Seorang pekerja tempatan yang mahu dikenali sebagai Che Mat (macam nama calon Pas pula) lantas mengulas mengenai teori perubahan 16:16.

Menurut Che Mat, Umno letak 'calon Putrajaya'.

"Kerja kilang keropok atau turun ke laut (nelayan) sumber rezeki di sini...16:16 itu perlu untuk perubahan di sini," ujar Che Mat meramahi orang luar seperti saya.

Pas, katanya, meletak calon 'mudoh jjumba' dan lebih penting orang tempatan yang tidak tinggal di Kuala Besut, bukan macam calon Umno Putrajaya.

Menjelang Zuhur, kami bergegas ke Surau Alor Pisang dekat Kuala Besut.

Di situ, Rumah Pas Pulau Pinang.

Kuala Besut: Politik dalam jalur dakwah, dakwah dalam jalur politik.

Tengah hari ini, saya menyertai Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa II (AJK Pas Malaysia merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar) singgah di Rumah Pas Perlis-Negeri Sembilan di Kampung Jerat, Seberang Barat dalam kawasan PRK Kuala Besut.

Zolkifly Md Lazim, Ustaz Izham dan Pae turut sertai kempen kecil-kecilan kami di sini.

Kami disambut oleh Dr Hatta Ramli (AJK PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Kerai) serta kepemimpinan setempat di sini.

Menarik, Dr Hatta berkongsi pengalaman mengenai politik dakwah Pas untuk mendekati pengundi, termasuk penyokong Umno.

Umumnya, calon Pas Che Long popular di sini, termasuk dalam kalangan ahli Umno.

Setakat ini dulu, kami sertai ekspedisi merayu undi di sini sekarang.

Dakwah dalam jalur politik, politik dalam jalur dakwah.

MPSP dapat kekal ISO 14007:2004 dua tahun lagi

KETUA MENTERI (baju batik kuning) menyempurnakan gimik pelancaran Tourist Map Seberang Perai dan Soal Selidik Bajet MPSP 2014.

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atas kejayaan mengekalkan Persijilan Semula ISO 14001:2004 dalam tempoh dua tahun sehingga 13 Jun 2015 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Justeru, beliau meminta MPSP memberi fokus pada usaha mengukuhkan kedudukan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu demi kepuasan pelanggan.

"Kedudukan kewangan yang semakin kukuh membolehkan MPSP meneruskan program-program yang mengutamakan rakyat," ujar beliau di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif turut berucap pada majlis rasmi tersebut.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy, Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) dan Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk) turut hadir dalam majlis sama.

Hadir bersama, Setiausaha MPPP, Sr. Rozali Mohamud dan Amir Md. Ghazali (Ahli Majlis).

Guan Eng berkata, MPSP dalam proses mendapatkan pensijilan OHSA 18001:2007.

“Saya difahamkan persijilan ini memerlukan MPSP mengutamakan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.

“Ini menunjukkan MPSP mempunyai inisiatif untuk menjaga kebajikan kakitangan yang bekerja di lapangan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut melancarkan Tourist Map Seberang Perai dan Soal Selidik Bajet MPSP 2014.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus