Skip to main content

Posts

Showing posts from April 16, 2013

PapaGomo di Penang sekarang, jom buru blogger lucah itu!

PAPAGOMO atau nama sebenarnya Wan Muhamad Azri Wan Deris didedah baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.
Sumber memberitahu, macai Umno yang datang ambil beliau menaiki kereta Honda Silver AHF4925.
Tolong jejak beliau kerana saya nak tanya kenapa PapaGomo nak lari dari saman dua tiga orang pemimpin Pakatan Rakyat.
Jom kita buru dan bancuh dia setakat yang boleh hari ini.

Pesta merajuk yang tak jadi calon 24 jam saja dari sekarang

Faqar nak pesan, yang mana tak jadi calon, merajuk 24 jam saja ya.

PRU-13: Senarai penuh calon BN P.Pinang
P.041 KEPALA BATAS - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican *
- N.01 PENAGA - Mohd. Zain Ahmad *
- N.02 BERTAM - Shariful Azhar Othman *
- N.03 PINANG TUNGGAL - Datuk Roslan Saidin (Penyandang)

P.042 TASEK GELUGOR - Shabudin Yahaya
- N.04. PERMATANG BERANGAN - Omar Abd. Hamid *
- N.05 SUNGAI DUA - Muhamad Yusoff Mohd. Noor *
- N.06 TELUK AIR TAWAR - Datuk Jahara Hamid (penyandang)

P.043 BAGAN - Chua Teik Siang*
- N.07 SUNGAI PUYU - Sum Yoo Keong *
- N.08 BAGAN JERMAL - Tan Chuan Hong *
- N.09 BAGAN DALAM - M. Karuppanan *

P.044 PERMATANG PAUH - Mazlan Ismail *
- N.10 SEBERANG JAYA - Datuk Mohammad Nasir Abdullah *
- N.11 PERMATANG PASIR - Anuar Faisal Yahaya*
- N.12 PENANTI - Ibrahim Ahmad *

P.045 BUKIT MERTAJAM - Gui Guat Lye*
- N.13 BERAPIT - Lau Chiek Tuan
- N.14 MACHANG BUBUK - Tan Lok Heah* - N.15 PADANG LALANG - Tan Teik Cheng

P.046 BATU KAWAN - N. Gobalakrishnan*
- N.16 PE…

7 Mei harga minyak seluruh negara turun - Anwar

HARGA minyak negara akan diturunkan serta merta pada 7 Mei jika Pakatan Rakyat diumum mendapat mandat rakyat bagi menubuhkan Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut calon perdana menteri dalam penantian berkata langkah Pakatan Rakyat itu akan menjadi sejarah besar rakyat selepas menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional Pusat direkod acap kali menaikkan harga minyak demestik sebelum ini,

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Anwar kelmarin.

Pidato bersejarah itu disampaikan di depan lebih 7,000 rakyat sempena Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.
Penamaan calon yang diumumkan SPR pada 20 April depan, manakala 5 Mei adalah Hari Buang Undi.

Muhammad Taib elok di dalam atau di luar PAS sekarang?

Tan Sri Mohammad Muhd Taib sertai PAS. 
Penyeberangan bekas naib presiden Umno merangkap bekas menteri besar Selangor itu tentunya mengembirakan penyokong PAS.
Semoga tindak tanduk Mohammad itu murni serta menguntungkan Islam.
PAS mempunyai kejenteraan kempen parti yang berpengalamn. Sepatutnya Muhammad Taib wajar menyokong PAS menerusi jendela Umno.
Itu lebih memberi impak kepada rakyat selain meletakkan PAS di bawah kawalan keselamatan yang baik dalam musim pilihan raya umum sekarang.
PAS patut belajar daripada kesilapan Anwar mengundang Adun Bota menyeberang ke PKR hingga mengakibatkan kudeta di Perak.
Setuju?

Bekas Ketua Umno Jelutong kata Melayu 17 cawangan parti tak salah sertai PR

JIKA parti Melayu seperti Umno pun tidak boleh meramahi masalah akar umbi sampai menutup 17 cawangan parti di Jelutong, elok ahli parti memilih parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak-hak Melayu yang ditindas.

Itu antara kata-kata bekas Ketua Umno Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Rashid Ismail di depan kira-kira 60 anak buahnya.

Abdul Rashid berkata, Umno sepatutnya tidak menggantung keputusan Pemilihan Agung Umno pada tahun 2004.

Malah, katanya, kepemimpinan Umno tidak wajar menggantung keahlian veteran itu kononya atas dakwaan mengamalkan politik wang.

Abdul Rashid disegani pengikutnya dalam menempuh pancaroba politik dalaman semasa isterinya turut dilapor terbunuh di Jelutong.

"Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula,” katanya.

Ekoran itu, beliau menolak cadangan memegang jawatan kanan parti itu.

Abdul Rashid menggesa ahli-a…

17 Caw.Umno Jelutong tutup mendekatkan Melayu dengan DAP

SEMALAM, saya berceramah sepentas dengn Jagdeep Singh dan Jeff Ooi di Kampung Dodoi dalam Parlimen Jelutong.

Kampung itu dikenali sebagai 'kubu kuat Umno. PAS ada tiga cawangan sahaja. Tetapi, Umno pernah mempunyai 42 cawangan.

Sekarang, 17 cawangan Umno ditutup sendiri oleh pemimpin parti perkauman itu kerana tidak tahan dengan kritikan akar umbi parti.

Perkara ini, saya sebut malam tadi. Cerdik pandai Umno tidak akan meninggalkan parti, tetapi, mereka bersedia mengundi DAP dalam pilihan raya kali ini.

Hampir 40 anak muda Umno semalam mengumumkan keluar parti. Mereka pakai baju serba merah yang tertera gambar Cina Lim Guan Eng.

Mereka, menggantung bendera DAP di seluruh kampung. Mereka juga yang menjayakan kenduri kendara rakyat yang rata-rata disertai oleh Melayu tempatan.

Inilah hikmahnya apabila DAP menjadi bukan parti agama serta bukan parti bangsa. Maka, semua bangsa termasuk Melayu diberi peluang untuk menguatkan parti masa depan itu.

Saya tanya, "Ini(Jelutong) bukan k…

Tuah nelayan pantai jika PR terus urus ekonomi P.Pinang

MANIFESTO PR P.PINANG Mengembang ekonomi rakyat, warga luar bandar
Pakatan Rakyat akan menghapuskan bayaran lesen tangkap ikan dan bot serta memberi pukat secara tahunan untuk membantu nelayan pantai sekiranya terus diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pemangku ketua menteri Lim Guan Eng berkata, langkah itu ke arah mengembangkan pertumbuhan ekonomi rakyat luar bandar sungguhpun Kerajaan Negeri berstatus negeri perindustrian.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, langkah itu mampu direalisasikan memandangkan urus tadbir Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas telahpun menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.
"(Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri) mencatatkan pelaburan tertinggi dalam sejarah Pulau Pinang pada tahun 2010 berjumlah RM12.2 bilion dan tahun 2011 (berjumlah) RM9.1 bilion," ujar Guan Eng semalam semasa majlis pelancaran Manifesto Pakatan Rakya Pulau Pinang di Hotel Vistana, Bayan Baru.
Ekoran itu, Guan Eng berkata, juml…

RM5j Umno tipu 31 Melayu Kg.Terang sebab tiada integriti politik bak PR

MANIFESTO PR P.PINANG
Integriti Politik Ke Arah Kerajaan Bersih

Pemangku ketua menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng baru melancarkan Manifesto Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam

Setiausaha Agung DAP itu berjanji akan terus melaksanakan integriti politik dalam tadbir urus Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika Umno Barisan Nasional terus tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita (Pakatan Rakyat) akan melarang ahli keluarga semua wakil rakyat daripada berurusan dengan Kerajaan Negeri," ujar beliau di Hotel Vistana, Bayan Baru.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebelum tahun 2008 hampir bangkrap disebabkan ketirisan serta penyelewengan kewangan berjumlah RM280 juta.

"Tetapi, mempertingkat tadbir urus CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) di semua peringkat Kerajaan telah menyelamatkan MPSP dari bankrap.

"Urus tadbir yang telus ini berjaya mengurang hutang, pengurangan hutang terbesar dalam sejarah Malaysia, daripada RM630 juta pada tahun 2008…