16 April 2013

Bekas Ketua Umno Jelutong kata Melayu 17 cawangan parti tak salah sertai PR

SIDANG media protes Umno gantung 17 cawangan 2004 dulu.

JIKA parti Melayu seperti Umno pun tidak boleh meramahi masalah akar umbi sampai menutup 17 cawangan parti di Jelutong, elok ahli parti memilih parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak-hak Melayu yang ditindas.

ABDUL Rashid Ismail
Itu antara kata-kata bekas Ketua Umno Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Rashid Ismail di depan kira-kira 60 anak buahnya.

Abdul Rashid berkata, Umno sepatutnya tidak menggantung keputusan Pemilihan Agung Umno pada tahun 2004.

Malah, katanya, kepemimpinan Umno tidak wajar menggantung keahlian veteran itu kononya atas dakwaan mengamalkan politik wang.

Abdul Rashid disegani pengikutnya dalam menempuh pancaroba politik dalaman semasa isterinya turut dilapor terbunuh di Jelutong.

"Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula,” katanya.

Ekoran itu, beliau menolak cadangan memegang jawatan kanan parti itu.

Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula.

"Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat.

"Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus