Skip to main content

Posts

Showing posts from May 17, 2014

Design Unit Amal, ARC demi ubah tabiat organisasi PAS?

REVOLUSI Islam Iran pada pengunjung tahun 1970-an sedikit banyaknya mempengaruhi waltanshuung PAS, khusus sayap pemuda pada pertengahan tahun 1980-an.Penubuhan Unit Amal Malaysia pun sebagai mengambil semangat sayap muda yang memainkan peranan militari penting di negara itu.Unit Amal Malaysia pada awal penubuhan dilihat cukup menarik, kerana disertai oleh anak muda daripada pelbagai latar belakang sosial.Dari lepasan universiti sampai pemuda yang kerja kampung menyertai Unit Amal Malaysia.Perkhemahan, main bola, mentara kenduri, kontrak dll menjadi antara enjin kaderisasi Unit Amal Malaysia, semasa itu.Unit Amal Malaysia dahulu akan menghantar wakil serta tenaga dalam semua program membabitkan PAS, tanpa mengira sentimen perbezaan pendapat antara pemimpin-pemimpin tertentu parti masa depan itu.ARC atau 'Alternative Riding Club' di bawah Sdr. Yasser Said dilihat memainkan peranan serupa dengan Unit Amal Malaysia yang dulu, dengan menjadikan aktiviti menunggang motosikal berkuas…

Umno tipu Umno, jenaka Fadhil Noor

"Tok Wan aku punya tinggi, kalau angkat tangan sampai kelangit"

"Masa Tok Wan hang angkat tangan ke langit, hang tak tanya dia apa benda yang dia pegang lembut-lembut?"

"Tak tanya pulak..."

"Kalau hang nak tau, lembut-lembut yang dia pegang itu baru janggut Tok Wan Aku."

Seluruh pendengar ketawa dengan cerita arwah Datuk Fadhil Noor.

Katanya, kalau datang pengkhabaran daripada Umno, elok tipu dilayan dengan tipu juga (baca: perli) oleh kita yang mendengar.

"Yang betul, nombot ekor dan hari bulan (tarikh) saja. Yang lain di Utusan dan Berita Harian, 10 dia cerita, 11 jangan percaya."