15 March 2016

Tiada lantikan politik dalam Lembaga Rayuan simbol integriti, kata Mohd. Rashid Hasnon

MOHD. Rashid Hasnon (tengah) diiringi Jagdeep Singh Deo (dua dari kiri), Chong Eng (paling kiri) dan Yeo Yang Poh (paling kanan) menerima cenderamata daripada Mohd. Anuar Maidin (empat dari kiri), selepas Majlis Pelancaran e-Rayuan di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PANTAI JEREJAK – Tiada lantikan politik menganggotai Lembaga Rayuan Pulau Pinang sekaligus menyerlahkan integriti Kerajaan Negeri hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, semalam.

"Tidak seperti kerajaan lama sebelum ini, kini, ia (Lembaga Rayuan Pulau Pinang) terdiri daripada ahli profesional daripada pelbagai jurusan profesional, yang tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi," ucap Mohd. Rashid, mewalili Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada majlis perasmian seminar anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) tersebut.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan Pengerusi Lembaga Rayuan Pulau Pinang, Dato' Yeo Yang Poh turut berucap pada Seminar Lembaga Rayuan & Pelancaran e-Rayuan Negeri Pulau Pinang dekat Hotel Olive Tree di sini.

Hadir sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng serta Pengarah JPBD Negeri, Mohd. Anuar Maidin.

Tambah Mohd. Rashid, aplikasi e-Rayuan yang dilancarkan di negeri ini merupakan pertama di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Rashid berkata, Kerajaan Negeri menyokong keputusan Lembaga Rayuan Pulau Pinang pada 20 November tahun lalu dalam kes pembabitkan perayu, Sim Khoo Tneah & Anor, dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selaku defenden.

Difahamkan, lembaga berkenaan memutuskan bahawa MBPP boleh menolak permohonan Pelan Kebenaran Merancang ke atas projek istimewa berketinggian 76 meter (250 kaki), yang 'diluluskan' oleh Kerajaan Negeri terdahulu kepada pemaju, Sunway Sdn. Bhd..

"Kes ini masih tertakluk kepada judicial review (semakan kehakiman) di mana pemaju telah mengemukakan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan Lembaga Rayuan," jelas Mohd. Rashid.

Justeru, Mohd. Rashid memberitahu, Kerajaan Negeri melantik dua pakar undang-undang, Professor Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof. Gurdial Singh Nijar A/L Sadu Singh dan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HAKAM), Dato' Ambiga Sreenevasan untuk membantu MBPP menghadapi pemaju.

"Akan timbul (selepas ini) isu tuntutan ganti rugi yang boleh mencapai jumlah ratusan juta ringgit akibat pembatalan Kebenaran Merancang dan CCC yang telah diperolehi oleh Sunway Sdn. Bhd.

"Demi kepentingan rakyat dan alam sekitar, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia mempertahankan keputusan Lembaga Rayuan dengan melantik pakar-pakar perundangan yang high profile untuk membantu Kerajaan Negeri di Mahkamah Tinggi nanti." jelas Mohd. Rashid lagi.

Selain itu, Mohd Rashid berharap majlis-majlis rundingan awam mengenai Pelan Induk Pengangkutan (TMP) yang dianjurkan sebelum ini dapat memastikan rakyat Pulau Pinang bebas mengakses sumber maklumat Kerajaan Negeri, melalui saluran yang betul dan tepat.

"Ianya bertujuan agar segala perancangan dan program yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mendapat penyertaan dan penglibatan menyeluruh daripada orang awam serta badan-badan berkepentingan," katanya.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus