Skip to main content

Posts

Showing posts from January 19, 2015

Kes saman NGO, FMT tangguh ke 27 Feb.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Saman Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ke atas Penasihat NGO Citizens Awareness Chant Group (Chant), Dr. Jimmy Lim Cheok Sim dan pemberita Free Malaysia Today (FMT), Athi Shankar ditangguhkan pada 27 Februari depan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Datuk Nordin Hassan membuat ketetapan itu selepas sepagi pihak pembelaan dan pendakwaan menyoal balas plaintif, Guan Eng.
Guan Eng diwakili oleh Datuk N. Murali.
Manakala, Jimmy Lim diwakili oleh V. Amareson dan Buljit Singh.
Athi Shankar pula diwakili oleh Clement Lopez.
Perbicaraan berkisar pada sebuah artikel berita berjudul, "Guan Eng has failed, says NGO" yang disiarkan menerusi portal berita FMT pada 6 Disember lepas.
Artikel tersebut melaporkan, Jimmy antara lain menyebut, Guan Eng sebagai gagal, manakala pentadbiran Kerajaan Negeri dalam tempoh lima tahun lepas didakwa gagal memulihara bangunan warisan di Pulau Pinang.
Pihak pembelaan pagi tadi pun turut mempersoal isu perobohan sebuah rum…