|
BEGINILAH kesesakan di jalan utama masuk ke kawasan sekitar Pasar Awam Jelutong yang berpunca oleh aktiviti penjaja berlesen sendiri tidak berniaga dalam kotak niaga yang ditetapkan, selain, parkir kenderaan tidak bersusun. |
|
INILAH senario kesesakan pada musim cuti sekolah di jalan utama berdekatan Pasar Awam Jelutong yang sempat dicuri dek lensa pada jam 8.00 pagi tadi. Bayangkan senario kesesakan pada hari guru serta murid ke sekolah. |
|
PENJAJA 'haram' berani berniaga betul-betul di depan pagar rumah penduduk setempat berpunca oleh kelemahan Jabatan Pelesenan MPPP dalam mengurus aduan komuniti setempat sejak sebelum PRU12, 8 Mac 2008 lagi. |
TiADA tindakan wajar daripada Jabatan
Pelesesan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengenai aktiviti penjajaan tanpa lesen di depan pintu pagar premis kediaman komuniti setempat di sekitar kawasan Pasar Awam Jelutong adalah perkara
pokok yang wajar diselesaikan, bukan kontroversi isu
‘kucing kurap’ dan ‘tokong’.
|
MOHD. Faruk Abdul Rahman meninjau isu sebenar di sini.
|
Justeru, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelutong, Mohd. Faruk Abdul Rahman
menasihatkan semua pihak supaya jangan mengabaikan isu pokok berwajib sungguhpun tidak selesa dengan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun.
“Penjaja tanpa lesen tiap-tiap pagi berniaga di depan rumah komuniti.
Amarah rakyat jangan sampai menutup isu pokok, iaitu kelemahan Jabatan
Pelesesan mengurus aduan komuniti di sini.
“Umno mungkin akan memainkan isu ini (kononnya) DAP mengusir peniaga
Melayu atau staff MPPP berbangsa Melayu dihina sebagai 'kucing kurap' atau
‘tokong’, tetapi akar umbi PAS di Jelutong sangat jelas mengenai isu ini,”
ujar Mohd. Faruk awal pagi tadi di perkarangan Pasar Awam Jelutong, di sini.
Mohd. Faruk berkata, beliau sendiri secara peribadi akan marah apabila aduannya
seakan tidak dilayan.
|
BUKTI tersusun perniaga berlesen berniaga dalam petak. |
“Yang membuat aduan, semuanya Cina. Cina yang membuat aduan ini sama ada
penduduk atau penjaja berlesen sendiri yang selama ini berniaga dalam kotak
niaga yang disediakan oleh MPPP.
“Semua peniaga tanpa lesen pun yang berniaga sampai depan rumah penduduk
setempat pun adalah Cina sama bangsa dengan Jeff Ooi.
"Kalau saya, saya pun
marah kerana tiada tindakan wajar atas aduan yang dibuat kepada (Jabatan)
Pelesenan,” ujar beliau.
Justeru, pemimpin Umno Pulau Pinang serta fraksi-fraksi parti perkauman itu
dinasihatkan supaya tidak mengambarkan kenyataan kontroversi isu ‘kucing kurap’
dan ‘tokong’ sebagai simbol Kerajaan Negeri anti Melayu di.
|
JEFF Ooi Chuan Aun |
“Mungkin boleh fitnah Jeff Ooi anti Cina sebab aduan ini menyentuh
kepentingan penjaja Cina tanpa lesen, tetapi fitnah itu sudah jadi lawak antarabangsa lah,”
sindir Mohd. Faruk.
Tinjauan di lapangan seawal 7.30 pagi tadi menyaksikan Jalan Ipoh menghala
ke Lorong Sekolah cukup sesak sungguhpun peniaga-peniaga yang mempunyai lesen
berniaga dalam petak niaga yang disediakan.
Di satu persimpangan lain, peniaga-peniaga tanpa lesen berniaga betul-betul
di depan pagar rumah penduduk setempat.
Itu, tidak termasuk budaya parkir secara tidak sistematik di kiri dan kanan
bahu jalan berwajib sehingga mengakibatkan kesesakan trafik pada waktu perdana,
terutama pada masa datang dan balik sekolah.
Seorang responden yang enggan identitinya diketahui memberitahu, komuniti
setempat sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (8 Mac 2008) lagi acap kali
membuat aduan kepada Jabatan Pelesesan MPPP, namun, tiada langkah proaktif
dilakukan ke atas penjaja-penjaja haram di sini.
"Jeff ini macam 'ayam sabung' yang akan lantang pertikai kelemahan semua pihak, bukan MPPP sahaja. Apa boleh buat, kalau rakyat tidak suka dengan ketegasannya itu, sejak PRU-13 (5 Mei 2013) lagi dia akan kalah," ujar responden sama.
|
TEKAPAN skrin komputer mendedahkan Jeff Ooi menulis, "I want to ask MPPP, MPPP Councillors and the illegal hawkers... What if it's your family member needs ambulance, and the ambulance is hampered like in Ipoh Lane? Do you empathize?" |
Seorang guru memberitahu, beliau, rakan sejawat lain serta murid-murid acap kali menghadapi
masalah kesesakan trafik semasa pergi dan pulang ke sekolah.
Beliau yang enggan identitinya diketahui umum berkata, pihak pentadbiran sekolah pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun, bagaikan “mencurah air ke daun keladi”.
“Waktu cuti sekolah seperti pagi ini pun, aktiviti penjajaan haram berleluasa serta jalan cukup sesak, bayangkan pada musim persekolahan,” ujar guru berkenaan.
|
INI gambar pada musim cuti sekolah,kenderaan parkir di bahu kanan kiri jalan menyempitkan trafik bergerak. Bayangkan pada musim persekolahan?. |
Responden lain pula memberitahu, sebuah ambulans dalam kecemasan pernah
terperangkap di tengah-tengah kesesakan Jalan Ipoh-Lorong Sekolah ini ekoran
kelemahan tadbir urus Jabatan Pelesenan MPPP.
“Rakaman itu memang ada di youtube,”
ujar lelaki separuh umur tersebut sambil menunjukkan rakaman berwajib, pagi
tadi.
Terdahulu, Jeff Ooi menerima kritikan banyak pihak gara-gara didakwa
menghina staff MPPP berbangsa Melayu tertentu sebagai ‘kucing kurap’.
Difahamkan, Jeff Ooi marah dengan pegawai pelesenan atasan yang didakwa
tidak turun padang berinteraksi dengan penduduk sebagaimana yang cuba
dilakukannya baru-baru ini.
Kontroversi isu ‘kucing kurap’ yang disebut oleh Jeff Ooi turut mendapat respons
bekas timbalan ketua menteri I merangkap Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato’
Mansor Othman.
Mansor yang kini Ahli Parlimen Nibong Tebal menasihatkan Jeff Ooi supaya
lebih profesional.
Dalam reaksi balas, Jeff Ooi dilaporkan mengungkit semula isu ‘tokong’ yang
pernah dikaitkan dengan Mansor sebelum ini, hingga mengundang amarah berantai
daripada sayap pemuda PKR, iaitu AMK.
Selain di media arus perdana, avatar
mesra Umno Barisan Nasional di laman sosial facebook
serta twitter rata-rata menggambarkan Jeff Ooi menghina Melayu.
Walhal, maksud
hakiki amarah Ahli Politik DAP tersebut merujuk pada kelemahan Jabatan
Pelesenan MPPP dalam menguruskan aduan kominiti sejak sekian lama dulu.
Mampukah perhatian rakyat kembali dibawa berbincang isu pokok sebagaimana yang dicadangkan Mohd. Farukm, berbanding sentimen politik asabiah yang diledakkan dalam media arus perdana
belakangan ini?