24 July 2013

[Wawancara] Dikenali YB termuda, satu cabaran – Dr. Afif



BARU berusia 28 tahun, beliau sudah bergelar Yang Berhormat (YB) apabila menenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya.

Selepas dilantik menjadi Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, beliau direkodkan pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri termuda.

Pun begitu, beliau telah berumahtangga dengan, Dr. Mardhiah Zakaria, 28, dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Dalam wawancara baru-baru ini, Dr. Afif mengaku kehadirannya acapkali mencuri perhatian banyak pihak.

"Apabila menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) termuda dan jadi Exco pula, orang akan skeptikal, sama ada kita mampu atau sebaliknya.

15 peratus cukai insentif WPI diskriminasi, tak logik - Guan Eng

CUKAi insentif 15 peratus kepada warga asing serta warganegara yang pulang ke Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sahaja didakwa tidak adil untuk rakyat dari negeri-negeri lain yang selama ini membayar pada kadar 25 peratus.

Ahli Parlimen Bagan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mendakwa, Kerajaan Pusat nyata melakukan diskiriminasi serta cubaan menipu rakyat di sebalik amalan cukai Satu Negara Dua Sistem itu.

"Tidak ada logik, mengapa ia tidak boleh dinikmati di Sabah, Sarawak dan negeri lain.

"Bukankah Sabah, Sarawak serta negeri lain perlukan juga pakar-pakar berpengetahuan (sebagaimana di WPI)," tanya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tengah hari tadi di Komtar, George Town.

Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat pada 15 Julai lepas antara lain bertanya mengenai status cukai peribadi berkadaran 15 peratus di WPI untuk Program Kepulangan Pakar (REP) sama ada akan diperluas ke seluruh negara atau sebaliknya.

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan turut diminta menjelaskan bilangan pakar lengkap dengan bidang kepakaran masing-masing yang berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas dilaksanakan REF ini.

Najib dalam satu jawapan lisan dipetik berkata, insentif REF itu tidak ditawarkan kepada tenaga mahir tempatan di luar WPI.

Katanya lagi, langkah itu demi menarik minat warga asing serta warganegara berkemahiran tinggi untuk menetap dan bekerja di wilayah komersial berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, penetapan kadar cukai insentif 15 peratus tersebut demi bersaing dengan beberapa bandar raya pesaing kadar cukai efektif, seperti negara jiran Singapura (15%) dan Hong Kong (17%).

Difahamkan, permohonan insentif REF yang diluluskan bagi tahun 2011 adalah sebanyak 680 orang.

Seramai 923 permohonan profesional direkodkan lulus pada tahun 2012.

Sejak Januari hingga Mei tahun ini, seramai 419 permohonan profesional diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Najib berkata, pelaksanaan cukai insentif 15 peratus itu ditawarkan untuk permohonan sehingga Disember 2020 sahaja.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus