25 June 2013

Khalid Samad, 'BlackOut505' senada desak pecat Pengerusi SPR

"Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan (BlackOut505), kita lawan at all level, tetapi jangan kita serah pada dia (Umno BN) apa yang dah kita menang." [petikan ucapan Khalid Samad]

Protes aman yang dikenali sebagai BlackOut505 di Padang Merbok dan perkarangan Parlimen Malaysia, semalam, adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan proses demokrasi berperlembagaan di negara ini.

Justeru, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (bersongkok) dilaporkan cuba menenteram peserta yang hadir selepas proses tangkapan oleh polis dilakukan.

Khalid berkata, beliau senada dengan peserta BlackOut505, iaitu mendesak Dewan Rakyat bersetuju untuk memecat pengerusi serta jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menipu PRU13.

"Kita turut bersama dengan mereka yang ditahan. Kami (PAS) akan bantu dan peguam akan ke sana (Lokap Jinjang), Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih.

“Saya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan,” ujar Khalid.

Beliau berjanji akan mendapakan barisan peguam Pakatan Rakyat untuk membela anak-anak muda yang kini di bawa ke balai polis di Jinjang dan Dang Wangi.

“Kita akan minta kepada pihak polis untuk tidak mengapa-apakan mereka,” kata Khalid.

32 aktivis yang ditahan dalam himpunan depan bangunan Parlimen hari ini dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang selepas diambil keterangan di IPD Dang Wangi.

Tindakan Khalid itu sekaligus mereputasi imej PAS di mata aktivis rakyat.

Khalid Samad ni liberal, kata Ayam kepada Beruk

Indonesia saksi bekas presiden Parti Islam didakwa seleweng kuasa

LUTHFI Hasan Ishaq
MALAYSIA sahaja masih menyaksikan sesetengah penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seakan cuba mengkuduskan para agamawan mereka, walhal Islam itu sebenarnya suci.

Di Indonesia, Parti Keadilan Islam (PKS) yang tidak jauh perbezaannya dengan PAS sudah mula menerima cemuhan khalayak apabila pemimpin tertinggi parti itu dikaitkan dengan penyelewengan kuasa.

Mantan Presiden PKS, Luthfi Hasan Ishaq serta rakannya Ahmad Fathanah disebut-sebut mempunyai 'bisnes hitam' melalui ahli korporat Yudi Setiawan, lapor Tribunnews.com.

Laporan asing itu menyebut, pengaruh Luthfi membolehkan Yudi Setiawan mendapat projek dari Kementerian Pertanian di bawah pimpinan Suswono.

Luthfi baru didakwa semalam (Isnin waktu asing) di Pengadilan Pidana Korupsi (Tipikor), Jakarta.

Pendakwa raya, Rini Triningsih mendakwa, Luthfi seringkali menerima jutaan rupiah daripada Yudi Setiawan.

Bahkan, permintaan 2 juta rupiah oleh Luthfi pada 24 Ogos tahun lepas segera ditunai oleh Yudi.

"Uang itu dikumpulkan Yudi dari beberapa vendor, antara lain dari PT Radina Bio Adicita milik Elda Devianne Adiningrat yang bekerja sama dengan Yudi Setiawan ,dalam proyek pengadaan bibit jagung di Kementan," tutur asal Rini dipetik.
PKS (Partai Keadilan Sejahtera) adalah antara partai "politikal islam" yang terbesar di Indonesia, parti ini menjual/memperguna agama di dalam kempen politiknya. 
Dan partai ini juga sangat terkenal dengan pelbagai skandal dan rasuah di kalangan pemimpinnya.seperti "politikal islam" yang lain Partai ini juga sangat pro kapitalis dan menjadi komprador kepada sistem neoliberal kapitalisme
Kata kawan Indonesia partai PKS sudah menjadi Partai Kemunafikan Sebenar 
[tulis Anas Abd. Jalil di facebooknya] 

"Kalau ada nas, tak pa!" kata Ayam kepada Beruk

Jenayah kurang punca Belanda sekular tutup penjara, Malaysia?


MALAYSIA pernah menyaksikan Penjara Pudu dekat Kuala Lumpur yang berusia 115 tahun bukan sahaja ditutup hampir sedakad lepas, malah dirobohkan pada Jun 2010.

Warisan sejarah itu dimusnahkan selama-lamanya bukan kerana indeks jenayah kian menurun, tetapi, demi memulihara kroni 'Perdana Menteri Minoriti' Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. - Al-Fatihah Buat Penjara Pudu. 

Indeks jenayah acap kali dilaporkan menurun terutama apabila negara menempuhi musim pilihan raya umum (PRU), namun hakikatnya tidak.

Senario itu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sendiri secara jujur menasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya melakukan sesuatu memandangkan indeks jenayah di negeri berkenaan dilihat kian meningkat.

Di Belanda yang tidak pernah diumumkan sebagai negara Islam serta dilaksanakan undang-undang Hudud, lain pula keadaannya.

Satu media antarabangsa melaporkan, Netherlands to close prisons for lack of criminals.

Timbalan Menteri Keadilan, Nebahat Albayrak mengumumkan penutupan lapan penjara dan memberhenti 1,200 pekerjanya atas alasan "penurunan indeks jenayah mengakibatkan banyak sel kosong."

Pada era 1990-an, negara sekular itu menghadapi kekurangan sel penjara, tetapi indeks jenayah termasuk tahanan sel kian berkurang sehingga sekarang.

Difahamkan, negara itu mempunyai kapasiti untuk menahan 14,000, tetapi sekarag jumlah tahannnya 12,000 sahaja. 

Ekoran itu, Anas Abdul Jalil dalam reaksi spontan di status Facebook menulis:
kenapa di Natherland penjara terpaksa ditutup kerana kurang penjenayah? kenapa ini berlaku?Negara ini adalah sebuah negara sekular yang tidak menjalankan hudud . . .Bincangkan . . .

Belanda sekular sesat, kata Ayam kepada Beruk.

Perkongsian Trans-Pasifik lambung harga ubat 1,000 kali ganda :Ahli Akademik

MUHAMMAD Agus Yusoff
PERJANJiAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang disertai Malaysia secara rahsia sejak empat tahun lepas dijangka melambung harga ubat 1,000 kali ganda berbanding sekarang, kata Prof Madya Dr. Muhammad Agus Yusoff di page facebook pagi ini.

"Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. 

"Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. 

"Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti," tanya penganalasisi politik itu lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau mempertikai langkah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa merahsiakan inti perjanjian yang dimererai bersama-sama Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

"Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. 

"Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia," tanya beliau lagi.

Malah, katanya, adalah liberalisasi pasaran yang bakal merugikan ekonomi negara serta rakyat terbanyak kelak. 


Di bawah adalah inti status penuh Muhammad Agus Yusoff:
SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti.
Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya.
Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.
TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam.
TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai.
Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar.
Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?
Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya.
Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:
i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.
Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi.
Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?
ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara.
Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita. 
iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka.
Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna.
Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.
ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita.
Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat.
Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

Bunuh blogger punca Najib sokong Perkongsian Trans-Pasifik, SOPA


CADANGAN menguatkuasa Akta Henti Cetak Rompak Online (SOPA) di Amerika Syarikat dan sedunia tidak lama dahulu pernah ditentang habis-habisan.

Wikipedia dan beberapa open source lain pernah menggantung operasi masing-masing beberapa hari sehingga menangguh pelaksanaan akta tidak demokratik itu.

Cadangan melaksanakan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang membabitkan Malaysia baru-baru ini, banyak pihak dilihat tidak mengetahui hubungan perjanjian antarabangsa itu dengan pelaksanaan SOPA yang tertangguh sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif VPNReviewz, Michael Maxstead berkata, kerahsiaan serta sikap tergesa-gesa di sebalik perundingan tersebut bertujuan untuk memastikan orang ramai dalam kegelitaan.

"Jika orang awam menyedari pencerobohan dan sekatan yang termaktub dalam perjanjian itu, kemarahan akan menjadi satu perjuangan, sekurang-kurangnya bantahan secara besar-besaran terhadap SOPA itu.

"Jika dokumen-dokumen (Perkongsian Trans-Pasifik) yang tulen tiris, setiap pihak yang bersetuju dengan terma dan syarat menjurus kepada SOPA akan melihat semula inti persefahaman yang dipersetujui itu," ujar beliau dipetik dari sesawang http://dontilton.hubpages.com

AHMAD Adil Mohamad
Menurut fotojurnalis Ahmad Adil Muhamad, sebelum pelaksanaan SOPA aka Perkongsian Trans-Pasifik, pengendali maya hanya diminta menurunkan satu-satu artikel atau gambar atau video yang dikenal pasti mempunyai hak cipta terpelihara sahaja, tidak lebih dari itu.

Namun, dengan penyertaan Malaysia dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik baru-baru ini, membolehkan mana-mana blog umpamanya untuk ditutup serta-merta tanpa waran mahkamah.

Sebagai contoh, blog seperti faqar.blogspot.com dan tukartiub.blogspot.com boleh ditutup serta-merta cukup berdasarkan neraca perasaan rejim negara yang berkepentingan.

Ini kerana, SOPA dalam dimensi baru Perkongsian Trans-Pasifik membenarkan server blogger.com yang dikuasai Google berpengkalan di Amerika Syarikat membenarkan mana-mana blog atau sesawang lain ditutup tanpa siasatan dan proses pengadilan yang demokratik lagi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus