Skip to main content

Posts

Showing posts from February 21, 2014

Cina DAP dituduh baling babi ke dalam masjid, apa Guan Eng buat di Masjid Terapung P.Pinang?

Empat hari selesai air takung Masjid Terapung
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
TANJUNG BUNGAH – Kerja awalan memajukan dua terusan sepanjang 20 meter termasuk membuka tebing pasir bagi menangani masalah takungan air kotor di bawah Masjid Terapung Tanjong Bungah, di sini siap sepenuhnya dalam tempoh empat hari seperti dirancang.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama-sama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) turut diberi tanggungjawab untuk membuat kajian menyeluruh supaya masalah berbangkit tersebut segera selesai demi kepentingan umat Islam setempat.
"Apa yang lebih penting adalah kajian menyeluruh akan dibuat…supaya takungan air ini boleh dibersihkan secara semula jadi, sebelum dibawa ke laut," ujar Guan Eng baru-baru ini.
Terdahulu, Guan Eng bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tembatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banj…

Sejuta jiwa Anwar di Kajang!

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'.

Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.

Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Ba…

Jumpa Anwar, che'GuBard di Kajang malam ini!

Kekal Uptown Perda, Anwar ulangi komitmen

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi komitmen untuk mempertahankan Uptown Perda di tempat asal dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya dengan syarat dilakukan penambahbaikan ke atas pusat jajaan tersebut.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian selepas melawat kawasan komersial tersebut, serta mengasaskan interaksi dua hala dengan kaum penjaja yang diketuai oleh Nasorudin Shah Mat.
"Kekal di sini. Ini komitmen saya. Urus elok-elok tempat ini (Uptown Perda)," respons Anwar kepada penjaja-penjaja berwajib di sini.
Anwar yang juga Penasihat PKR Malaysia turut meminta grup Nasoruddin membantu semua pihak berwajib menangani masalah kesesakan trafik serta kebersihan di situ.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi PKR Negeri, Datuk Mansor Othman, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang), Dr. Afif Bahardin (ADUN Seberang Jaya merangkap Ketua AMK Pula…