17 October 2012

Audit2011: Hutang RM1,628.68 juta Perwaja halal, PTPTN wajib bayar!!!

Ini jadual dari Laporan Ketua Audit Negara 2011. (lihat halaman 34)

Hutang tertunggak Perwaja Terengganu Sdn Bhd sejak 17 tahun lalu sehingga 31 Disember tahun lepas sebanyak RM1,628.68 juta.

No dua, UDA Holdings Bhd.

Tak perlulah saya jelaskan individu mesra Umno di belakang syarikat ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 Pada halaman 35 antara lain menyebut:

"Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang Perwaja Terengganu Sdn Bhd bermula tahun 2011 dan dijangka selesai Pada tahun 2027..."

Impian mahasiswa untuk mendapatkan pendidikan percuma ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, peminjam PTPTN wajib bayar hutang sebab itu tuntutan agama.

Habis, kenapa HAPUS KIRA RM1,628.68 JUTA HUTANG PERWAJA?

Kroni Umno?

Berapa komisen yang Umno dapat dengan tebus hutang ini?

Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang

+60194241583
faqar.blogspot.com | penanginsight.com
No.A/C 164258481533 (Maybank2U) & 14171020182480 (Bank Islam)

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus