Skip to main content

Posts

Showing posts from December 11, 2015

Pulihara Makam Dato' Koyah 175 tahun perlu RM2 juta sumbangan, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kerja-kerja pemuliharaan semula Makam Datuk Koyah yang berusia 175 tahun dekat Jalan Transfer di tengah-tengah Bandaraya George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai satu lagi monumen warisan di negeri ini memerlukan dana antara RM800,000 hingga RM2 juta.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan berkata beliau mengeluarkan peruntukan warisan sebanyak RM100,000, manakala RM250,000 dikeluarkan melalui agensi persekutuan Tink City.

Katanya lagi, sumbangan RM100,000 tersebut diserahkan kepada wakil Persatuan Warisan Datuk Koyah, selepas mendapat sokongan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sendiri.

"Bangunan ini adalah sebahagian daripada warisan dan sejarah negeri Pulau Pinang kerana ia berusia 175 tahun.

"Ia seharusnya dijadikan milikan semua tak kira orang Islam atau bukan Islam, menjadi satu kebanggaan untuk George Town dan Pulau Pinang.

"Pihak MAINPP sendiri telahpun bersetuju untuk menyegerakan kerja-kerja baik pul…