Skip to main content

Posts

Showing posts from September 11, 2015

Usul Fiqh: Apa itu Dalalah Am?

DALALAH AM
Jumhur ulamak mengatakan lafaz am berfungsi untuk semua makna yang berkaitan dengannya, kecuali apabila ada dalil yang mengkhususkannya atau mengeluarkannya daripada makna umum.
يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ 
Maksud: "Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu..."
[Surat An-Nisa': 11]
Ayat ini bersifat umum, sekaligus difahami oleh para Sahabat R.A.hum bahawa anak-anak Rasulullah S.A.W juga berhak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh baginda S.A.W.
Namun, Namun Saidina Abu Bakar As-Siddiq memberitahu mengenai suatu sabda Rasulullah S.A.W:
ما تركناه صدقة
Maksud: "Apa-apa yang ditinggalkannya  (daripada harta itu) adalah menjadi sedekah...
[Hadith Riwayat Al-Bazzar,  sahih]
Maka dalil daripada As-Sunnah ini mengeluarkan hak anak-anak perempuan Rasulullah S.A.W daripada lafaz am ayat 14 daripada Surah An-Nisa' tersebut.
Kesimpulannya, berhukum berdasarkan satu-satu dalil adalah tidak memadai me…

Usul fiqh: Dalalah Am...

Jumhur ulamak mengatakan lafaz am berfungsi untuk semua makna yang berkaitan dengannya, kecuali apabila ada dalil yang mengkhususkannya atau mengeluarkannya daripada makna umum.
يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ Maksud: "Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu..."
[Surat An-Nisa': 11]
Ayat ini bersifat umum, sekaligus difahami oleh para Sahabat R.A.hum bahawa anak-anak Rasulullah S.A.W juga berhak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh baginda S.A.W.
Namun, Namun Saidina Abu Bakar As-Siddiq memberitahu mengenai suatu sabda Rasulullah S.A.W:
ما تركناه صدقة Maksud: "Apa-apa yang ditinggalkannya  (daripada harta itu) adalah menjadi sedekah..." [Hadith Riwayat Al-Bazzar,  sahih]
Maka dalil daripada As-Sunnah ini mengeluarkan hak anak-anak perempuan Rasulullah S.A.W daripada lafaz am ayat 14 daripada Surah An-Nisa' tersebut.
Kesimpulannya, berhukum berdasarkan satu-satu dalil adalah tidak memadai melainkan perlu …

Kempen MPSP berkesan, 10 lagi papan tanda 'karikator monyet' akan dipasang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), P. David Marshel berkata, 10 lagi papan tanda kempen menyamakan mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat dengan karikator monyet akan dipasangkan di beberapa lokasi yang dikenal pasti.
“Lebih kurang 90 peratus sampah di beberapa kawasan pembuangan sampah haram nampaknya semakin berkurangan apabila papan tanda kontroversi ini dinaikkan di kawasan tersebut.
“Walaupun ada kritikan daripada orang awam dan beberapa pihak media tertentu kononnya papan tanda ini seakan menghina Orang Hutan, tetapi, akhirnya media-media tersebut menyiarkan laporan yang positif, apabila melihat keberkesanan papan tanda kempen ini.
“Kita akan memasang 10 lagi papan tanda seperti ini, dengan menukar gambar monyet kepada karikator monyet sebagaimana disyorkan oleh beberapa pihak, asalkan kempen ini terus memberi kesedaran kepada komuniti kita,” jelas David Marshel pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat A…

Interaksi dakwah, keanjalan syariah....

Datang seorang gadis bertanya tentang kewajipan memakai tudung hingga ke paras dada,  maka aku berkata,  "memadai tutup aurat masa nak solat fardu," disebabkan beliau berat untuk solat. 
Apabila gadis itu lazimi solat fardhu,  barulah kukatakan, "lebih cantik pakai tudung hingga ke paras dada walaupun masa kita lunch bersama."
Kaedah fiqh menyebut:
إذَا ضَاقَ الْأَمْرُ اتَّسَعَ
Maksud: “Apabila sempit sesuatu, maka ia menjadi luaslah”
Wallahu 'a'lam.

Tidak siar Shaikh Hussein mohon maaf, Guan Eng saman malu Utusan, Berita Harian

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng akan mengfailkan saman malu ke atas akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, gara-gara enggan menyiarkan perkara sebenar mengenai lafaz permohonan maaf sebanyak dua kali daripada Shaik Hussein Mydin, sebelum Penghakiman Persetujuan diumumkan pada 20 Ogos lalu.

"Seolah-olah saya pula menarik saman fitnah itu tanpa syarat, sungguhpun Shaikh Hussein Mydin sebenarnya (melafazkan) dua kali permohonan maaf dengan syarat disiarkan dalam media-media terbabit.

"Nampaknya Utusan Malaysia dan Berita Harian enggan menyiarkan perkara sebenar yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman  (Y.A. Dato' Nordin Hassan), saya akan mengfailkan saman malu ke atas dua media terbabit," jelas Guan Eng kepada wartawan di sini pagi tadi.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) turut menyertai sidang media itu.

Terdahulu, G…