Skip to main content

Posts

Showing posts from October 25, 2013

Veteran DAP P.Pinang letak jawatan parti

VETERAN DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd.Noor hari ini umum melepaskan semua jawatannya, tetapi kekal sebagai ahli biasa dalam parti masa depan itu.Beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism (iaitu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC)."Cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya," ujar beliau menerusi emel, petang tadi.Zulkifli menyertai DAP sejak 26 tahun lepas.

KM terima kunjungan hormat Nik Amar, 120 kakitangan KN Kelantan

KETUA Menteri, Y.A.B., Tuan Lim Guan Eng menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta 120 kakitangannya di Komtar, pagi tadi.
Mereka, ketua-ketua pentadbir dan ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Daerah diraikan dalam satu majlis jamuan tengah hari secara sederhana.
Hampir semua Exco Kerajaan Negeri Kelantan, ADUN dan lima Ahli Parlimennya turut menyertai kunjungan hormat itu.
Roasfanizam Din selaku Setiausaha Sulit bagi Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya mengadakan kursus berkaitan hal ehwal tanah selama dua hari di sebuah hotel sekitar George Town.
Serentak itu, katanya, mereka mengadaka kunjungan hormat di Komtar yang menempatkan Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Skandal PKFZ: Liong Sik tipu Malaysia pun boleh terlepas?

Tun Dr Ling Liong Sik hari ini berjaya melepaskan diri dari dakwaan menipu Kerajaan Malaysia berhubung projek Don Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskan Dr Ling selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.Dr Ling, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ.Dia didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1.088 bilion sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan, dalam menentukan nilai itu, telah mengambil ki…

Belanjawan PR 2014: Akademis kata relevan, MP Umno kata 'cerita lama'

AKADEMIS Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir berkata Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 masih relevan walaupun ada perkara sama yang diulang.
Analisis Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial itu sekaligus menolak dakwaan Ahli Parlimen Umno bagi kawasan Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyebut, 'Bajet PR tidak realistik.
"Ini bukan soal perkara lama atau baru, sebaliknya apa yang ditawarkan perlu dilihat dari segi keperluannya untuk rakyat.
"Pendidikan percuma, rumah mampu milik, misalnya, adalah perkara asas yang membabitkan rakyat secara langsung.
"Walaupun sudah diulang banyak kali oleh PR, ia masih relevan kerana ini yang diinginkan rakyat," katanya, dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.
Tambah beliau, Belanjawan PR 2014 lebih menumpu pada kepentingan asas yang diperlukan rakyat.
Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan PR 2014 di Parlimen, bertemakan 'Mempertahan hak dan kepentingan rakyat dalam …

Hudud Brunei: Harmonisasi undang-undang sivil, syariah lebih mudah di P.Pinang, kata Ketua Hakim Mahkamah Syarie

WACANA AMAL ISLAMi | "Brunei dah laksana Hudud. Malaysia bila lagi?" Itu, mungkin menjadi cakap-cakap rakyat selepas Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara menyeluruh di Brunei Darussalam bermula tahun depan.
Isu menarik ini sedikit banyaknya menggamit perhatian rakyat Pulau Pinang sendiri.
Umum mengetahui, Malaysia, termasuk Pulau Pinang dikatakan unik kerana mempunyai sistem dwi perundangan, iaitu sivil dan syariah, hingga kerap kali membawa pada konflik perundangan di antara kedua-duanya.
Sebagai contoh, proses mengadili pihak bukan Islam dalam mahkamah syariah.
Bapa Perundangan Malaysia, Allahyarham Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, Tun Abdul Hamid Mohammad (bekas Ketua Hakim Negara) dan Tan Sri Harun Hashim (bekas Hakim Mahkmah Agung) adalah tokoh-tokoh penting yang mencadangkan percantuman beberapa bahagian khusus antara mahkamah syariah dan sivil.
Fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB sempat mengadakan wawancara dengan Ketua Hakim Mahka…