PENGASAS Sekolah Pemikiran As-Syatibi - grup yang mempopularkan pengajian maqasid asy-syariah - Ustaz Wan Ji Wan Wan Hussin At-Ta'addudi (gambar kanan) hari ini mempersoal pendapat terbaru Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut.
Nooh Gadut dilaporkan mengeluarkan pendapat bahawa orang Islam bolej jadi kafir dan murtad sekiranya mempertikai keputusan Mahkaah Rayuan yang melarang kembali bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.
Itu, ekoran ketetapan Mahkamah Rayuan baru-baru ini sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.
"Kalau Mahkamah England halang muslim di sana menyebut kalimah Isa dalam Quran di negara mereka dengan alasan cara faham Isa yang muslim faham tidak sama dengan cara faham Kristian, agak-agak la, Noh Gadut setuju atau tidak dengan (ketetapan) Mahkamah England itu.
"Dalam quran dinyatakan sembelihan ahli kitab (yahudi dan nasrani) boleh di makan...sebab, sembelihan mereka dibacakan nama Allah...Noh Gadut rasa ayat al-Quran ini betul atau salah," tanya Wan Ji.
Wan Ji, pendakwah bebas yang lebih dikenali sebagai "Pak Sheikh Muka Buku di laman sosial Facebook.
"Dalam quran dinyatakan sembelihan ahli kitab (yahudi dan nasrani) boleh di makan...sebab, sembelihan mereka dibacakan nama Allah...Noh Gadut rasa ayat al-Quran ini betul atau salah," tanya Wan Ji.
Wan Ji, pendakwah bebas yang lebih dikenali sebagai "Pak Sheikh Muka Buku di laman sosial Facebook.
Sinar Harian melaporkan, Nooh sebelum ini berdalih, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.
Bekas Musti Johor itu berkata, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.
"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," kata Nooh Gadut (gambar kiri) yang dipetik Utusan.online.
Kelmarin, dilaporkan, Mahkamah Rayuan kembali melarang bukan Islam dan The Herald menggunakan kalimah Allah.
Nooh dalam reaksi spontan dilaporkan berkata, mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan itu (baca: bukan Mahkamah Syariah) itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran, iaitu ALLAH kononnya hanya untuk orang Islam.
"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.
"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment