29 October 2013

Exco tanya Menteri status PR1MA, TP1M P.Pinang

JAGDEEP Singh Deo (kanan) memerhati Jerry Chan (kiri) menjelaskan mengenai pendirian REHDA berhubung pelaksanaan 3 peratus levi ke atas pemberi asing hartanah dalam satu sidang media di Komtar George Town pada tengah hari tadi.

EXCO Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo meminta Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan tapak lokasi serta status pelaksanaan projek perumahan mampu milik yang dimaksudkan di negeri ini.

Pengesahan itu, menurut Jagdeep, merujuk pada satu pengumuman Kerajaan Pusat yang merancang pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dalam 15 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Lemah Klang, Johor, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

"Saya ingin bertanya, di manakah lokasi sebenar projek PR1MA ini dan bagaimana pula status projek perumahan mampu milik (kendalian) Kerajaan Pusat di negeri ini," ujar beliau pada tengah hari tadi di Komtar, George Town.

Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan serta beberapa anggota pemaju lain turut serta pada sidang media sama.

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkata, pihaknya telahpun mengutus surat rasmi kepada Abdul Rahman pada 24 Oktober lepas bagi mendapatkan penjelasan berwajib.

Tambah Jagdeep, pihaknya akan menysuli dengan surat baru memohon pengesahan tapak di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) bagi 80,000 unit rumah oleh PR1Myang mana harganya 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran , sepertimana diumumkan dalam Bajet 2014.

Status TP1M
Dalam satu surat berasingan pada tarikh sama, Jagdeep berkata, pihaknya turut minta penjelasan lanjut berhubung status terbaru permohonan dana program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).

Penjelasan itu merujuk pada jawapan Abdul Rahman kepada Ahli Parlimen Bagan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 30 September lepas.

"Datuk telah menyatakan lapan permohonan telah diluluskan di bawah TP1M yang berjumlah RM4.5 juta.

"Kami akan berbesar hati sekiranya pihak YB Datuk dapat memberi butiran terperinci berkenaan lapan permohonan tersebut serta status pelaksanaan memandangkan maklumat yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ada cuma satu permohonan diluluskan di bahagian pulau dan dua di bahagian seberang masing-masing," ujar Jagdeep.

Jagdeep dalam satu surat rasmi pada 18 September lepas kepada Abdul Rahman turut membangkitkan masalah kerja-kerja penyelenggaraan PR1MA tidak dapat disiapkan di Saujana Height Apartment dekat Bayan Lepas seperti yang diluluskan kerana peruntukan kementerian Pusat tidak cukup.

Permohonan TP1M penting untuk memulihara rumah mampu milik rakyat yang sedia ada memandangkan Kerajaan Negeri bersedia membiayai baki 10 peratus dan 30 peratus yang sepatutnya ditanggung oleh persatuan penduduk berwajib, melalui Program Bantuan Perumahan Rakyat Pulau Pinang, Yes! (HAPPY!).

3 peratus levi pembeli asng
Dalam perkembangan sama, Jagdeep berkata, pembeli asing hartanah akan dikenakan tiga peratus levi atau cukai khas pemilikan hartanah demi menghentikan pembelian spekulatif.

Langkah itu, katanya, sebagai reaksi pada keputusan Kerajaan Pusat melalui Bajet 2014 mahu menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).

Difahamkan, RPGT dinaikkan kepada 30 peratus untuk harta yang dijual dalam tempoh pegangan tiga tahun.

Bagi penjualan dalam tempoh pegangan sehingga empat dan lima tahun, kadar itu naikkan kepada masing-masing 20 peratus dan 15 peratus.

Bagi penjualan pada tahun keenam dan selanjutnya, tiada RPGT dikenakan, sementara syarikat dicukai pada 5 peratus.

Bagi Jagdeep, kenaikan RPGT akan mengekang belian spekulatif, namun, sebilangan pembeli sebenar mungkin terjejas.

"(Pemilikan hartanah) itu tidak banyak kerana jumlah hartanah di Pulau Pinang yang dibeli oleh warga asing (kira-kira) tiga peratus sahaja...tentunya (langkah mengenakan tiga peratus levi) tidak akan menjejaskan pelaburan asing , termasuk dalam hal hartanah," ujar beliau.

Justeru, katanya, Kerajaan Pusat sepatutnya membina lebih banyak projek pemajuan hartanah perumahan baru, termasuk di negeri ini dari menaikkan RPGT.

Ini kerana, katanya, langkah itu mampu menstabilkan harga hartanah demi keperluan pembeli sebenar di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus