26 October 2013

KM harap briged kuasakan wanita P.Pinang

JAWI - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap Briged Wanita Pulau Pinang mampu memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan Negeri memperkuasa gender itu di negeri berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kursus Induksi Briged Wanita Pulau Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

"Saya berharap Briged Wanita menjadi kekuatan Kerajaan Negeri untuk memerangi rasuah.

"Kita akan terus memberi ruang serta memperkuasa wanita kerana potensi mereka sangat besar untuk memajukan masa depan Kerajaan Negeri ini," ujar Guan Eng pada pagi ini di Hotel D'Jawi Bella, di sini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng turut berucap turut dalam induksi kendalian Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) tersebut.

Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthoory, Soon Lip Chee (Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi) dan Dr.Norlela Ariffin (ADUN Penanti) turut hadir pada majlis tersebut.

Guan Eng yang juga ADUN Air Putih berharap, Briged Wanita Pulau Pinang menumpu pada usaha mendaftar ibu emas, iaitu suri rumah sepenuh masa berusia di bawah umur 60 tahun untuk membolehkan mereka menerima sumbangan RM100 tiap-tiap tahun.

Selain itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, briged itu diharap turut mendaftar wanita berusia 35 tahun dan ke bawah di bawah program pemeriksaan mammogram percuma demi mencegah penyakit barah dalam kalangan wanita.

Sebelum itu, Chong Eng turut menyuarakan harapan yang sama kepada hampir 100 peserta kursus tersebut.

"Hari ini kita duduk dan dengar, selepas kursus ini kita akan bekerja sebagai agen perubahan untuk memastikan Pulau Pinang semakin baik," Chong Eng.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus