Skip to main content

Dalih Menteri KDN terus jadi isu senjata api hilang 'misteri'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus berdalih mengenai misteri kehilangan 44 senjata api sebagaimana didedah Laporan Audit Negara 2012 kononnya 'terjatuh ke dalam laut'.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang di Dewan Rakyat tadi, Ahmad Zahid berdalih, tujuh senjata api telahpun dijumpai.

"Daripada 44 senjata api yang hilang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tujuh daripadanya telah dijumpai," kata Ahmad Zahid dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.

Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menanggung kerugian sehingga RM1.33 juta apabila aset termasuk senjata api, gari, dan kenderaan dilaporkan hilang.

Pendedahan tersebut menimbulkan respon negatif pelbagai pihak yang turut mempertikaikan keupayaan pasukan keselamatan berkenaan mengawal ketenteraman awam memandangkan berlakunya kehilangan harta benda mereka sendiri.